Mas keluar wad Neurologi Selasa ini, Freddie terus nafi masalah album

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Freddie mengatakan kekasih Mas, Rock cuba mengalihkan persepsi orang ramai dengan mengatakan kelewatan album punca Mas tertekan.
Freddie mengatakan kekasih Mas, Rock cuba mengalihkan persepsi orang ramai dengan mengatakan kelewatan album punca Mas tertekan.

DI SEBALIK kisah yang melanda bintang realiti AF2, Asma Ghani atau lebih dikenali sebagai Mas dikatakan mengalami tekanan akibat kelewatan albumnya dikeluarkan, Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent & Management, Freddie Fernandez bagaimanapun terus menafikan perkara tersebut.

Jelas Freddie, ayah Mas,Ghani@Ghani Jivie, 67, yang memberitahunya bahawa Mas tertekan kerana mempunyai masalah peribadi dengan teman lelakinya, Rock.

"Mas dah semakin tenang dan dia ok. Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya di sini jika ada pihak yang menunding jari mengatakan punca kelewatan album menyebabkan dia (Mas) tertekan,” katanya.

Tambah beliau lagi, adalah satu perkara yang tidak masuk akal untuk seorang artis itu tertekan hingga terpaksa ditempatkan di wad sakit jiwa gara-gara kelewatan penerbitan album.

"Teman lelaki dia (rock) cuba nak elakkan diri dari masalah peribadi dengan mengatakan masalah album. Takkan hanya kerana album lewat dikeluarkan seminggu dia mengamuk dan kena masuk wad. Ini memang tidak betul sama sekali," tegas Freddie ketika dihubungi mStar Online semalam.

Menurut Freddie lagi, Mas dijangka keluar dari wad psikiatrik HKL secepat mungkin kerana pihak hospital telah memberi jaminan mengenai perkara tersebut.

"Saya masih tak dapat jumpa dengan dia (Mas) kerana pihak hospital tidak beri kebenaran tapi Man (PA Maestro) telah menemani ayah Mas ketika berada di hospital semalam.

"Ayah Mas dapat jumpa dengan anaknya. Saya diberitahu oleh ayah Mas, jika tiada halangan Mas akan dibenarkan keluar pada hari Selasa ini. Hari ini dengan esok (Isnin) doktor yang merawat Mas masih bercuti," ujar Freddie.

Ditanya siapa yang membawa ayah Mas, Ghani ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Mas, Freddie berkata:

"Mula-mula memang kami (Maestro) nak bawa ayah Mas datang tapi ahli keluarganya sendiri telah menaja tiket kapal terbang dari Tawau. Mungkin kami bantu perkara yang lain pula."

Menurutnya lagi, walaupun kontrak Mas dengan Maestro telah berakhir tahun lalu, pihaknya tetap membantu bintang realiti AF itu setakat yang termampu.

"Selepas ini Mas akan dibawa balik ke kampungnya di Tawau. Dia (Mas) akan berehat sehingga dia pulih selepas itu kita akan siapkan pembikinan album dia yang tertangguh ketika ini,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan