Grammy: Robert Plant & Alison Krauss menang besar

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Robert Plant dan Alison Krauss mendominasi Anugerah Grammy kali ini dengan meraih lima kemenangan
Robert Plant dan Alison Krauss mendominasi Anugerah Grammy kali ini dengan meraih lima kemenangan

[SEMASA] LOS ANGELES: Gandingan Robert Plant dan Alison Krauss 'menang besar' menerusi album Raising Sands pada Anugerah Grammy ke-51 yang berlangsung di Staples Centre, Los Angeles, California, Amerika Syarikat, hari ini, apabila mereka meraih lima kemenangan termasuklah Rakaman Terbaik dan Album Terbaik.

Kumpulan Coldplay pula berjaya merangkul anugerah Lagu Terbaik menerusi lagu Viva La Vida, Persembahan Vokal Pop Duo/Berkumpulan Terbaik dan ALbum Rock Terbaik.

Penyanyi baru Adele pula meraih dua kemenangan menerusi kategori Artis Baru Terbaik dan Persembahan Vokal Pop Wanita Terbaik.

Penyanyi popular John Mayer pula dinobatkan sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Pop Lelaki Terbaik dan Persembahan Vokal Rock Solo Terbaik menerusi lagu Say dan Gravity.

Alicia Keys dan Ne-Yo pula masing-masing memenangi kategori Persembahan Vokal R&B Wanita dan Lelaki Terbaik. Lagu Miss Independent nyanyian Ne-Yo juga turut dinobatkan sebagai Lagu R&B Terbaik.

Jennifer Hudson yang membuat 'comeback' setelah menyepikan diri seketika sejak insiden hitam yang melanda keluarganya ekoran kes pembunuhan kejam terhadap ibu, abang dan anak saudaranya sekitar akhir tahun lalu menerima trofi kemenangannya bagi kategori Album R&B Terbaik dalam keadaan sebak.

Dalam tangisan, Hudson mendedikasikan kemenangan manisnya itu buat ibu, abang dan anak saudaranya itu.

Carrie Underwood turut merangkul satu anugerah menerusi Persembahan Vokal Country Wanita Terbaik.

Persembahan Solo Rap Terbaik pula dimenangi oleh Lil Wayne manakala Persembahan Rap Duo/Berkumpulan Terbaik dirangkul oleh Jay-Z & T.I dengan penampilan khas oleh Kanye West dan Lil Wayne.

Lil Wayne turut memenangi Album Rap Terbaik menerusi albumnya The Carter 3.

Lagu American Boy nyanyian Estelle dengan penampilan Kanye West dinobatkan Kolaborasi Lagu dan Rap Terbaik.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan