Noel Gallagher dakwa beliau layak bergelar PM Britain

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gallagher mendakwa akan ada satu permintaan yang tinggi yang ingin menjadikan beliau Perdana Menteri Britain dan beliau sendiri sudah merangkakan perancangan lima tahun ke arah itu.
Gallagher mendakwa akan ada satu permintaan yang tinggi yang ingin menjadikan beliau Perdana Menteri Britain dan beliau sendiri sudah merangkakan perancangan lima tahun ke arah itu.

PERANCANGAN masa depan yang terperinci dan keyakinan yang cukup tinggi membuatkan penyanyi dan gitaris utama band rock Oasis, Noel Gallagher, merasakan beliau calon yang paling layak untuk bergelar Perdana Menteri Britain pada suatu hari nanti.

Menurut laporan akhbar, Gallagher mendakwa akan ada satu permintaan yang tinggi yang ingin menjadikan beliau Perdana Menteri Britain dan beliau sendiri sudah merangkakan perancangan lima tahun ke arah itu.

"Akan ada permintaan dan perbincangan dari masyarakat untuk menjadikan saya Perdan Menteri. Dan begitulah caranya saya akan masuk ke ofis perdana menteri nanti.

"Percayalah, saya hanya akan memegang tampuk pemerintahan selama lima tahun saja dan perpisahahn itu nanti akan berakhir dengan babak airmata. Namun ketika saya menerajui pemerintahan, akan ada banyak saat-saat suka," kata Gallagher dalam sati program radio British.

"Kita belum ada sesiapa yang dapat mengisi kekosongan Tony Blair yang pandai berhujah," katanya.

Gallagher pernah membuat komen politik di masa lampau.

Antara komennya yang meninggalkan kesan ialah: "Sungguh menyakitkan hati saya apabila ikon terbesar sejak 30 tahun ialah Margaret Thatcher, seseorang yang cuba hancurkan sistem pekerjaan.

"Politik seperti satu permainan bolasepak. Labour adalah team saya dan kalaupun anda tidak suka dengan striker, anda tidak boleh lepas tangan dengan tidak menyokong pasukan anda."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan