Cinta internet dalam 'Must Love Dogs' di Popcorn N' Wed

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salah satu adegan dalam 'Everything Is Illuminated'.
Salah satu adegan dalam 'Everything Is Illuminated'.

SLOT popular di 8TV Popcorn N’ Wednesday kembali dengan filem-filem yang cukup menarik dari Hollywood untuk bulan Februari ini.

Penonton bakal dihiburkan dengan filem-filem menarik dari filem aksi hingga ke filem berunsur komedi.

"Februari bakal menjelang dan kami telah menyediakan filem-filem menarik dari Hollywood bagi mengisi malam Rabu anda," ujar Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim, .

Everything is Illuminated TX Date: 4 February 2009 Time: 10.00pm – 12.00am

Jonathan merupakan seorang remaja lelaki yang mengembara ke Ukraine dalam misi mencari seorang wanita bernama Augustine yang pernah menyelamatkan datuknya semasa zaman pemerintahan Nazi.

Berbekalkan gambar-gambar lama Datuknya, peta dan beberapa kotak rokok, Jonathan memulakan pengembaraannya di Ukraine dan akhirnya bertemu dengan Alexander “Alex” Perchov dan menjadi menjadi sahabat baik.

Dibintangi Elijah Wood & Eugene Hutz

The Big Bounce TX Date: 11 February 2009 Time: 10.00pm – 12.00am

Owen Wilson melakonkan watak seorang pencuri yang jatuh hati dengan Sara Foster. Sara merupakan wanita simpanan Gary Sinise yang merupakan seorang pengusaha hotel.

Filem ini turut dibintangi oleh Charlie Sheen sebagai orang suruhan Gary yang penuh dengan tipu muslihat. Morgan Freeman pula membawakan watak seorang hakim yang juga pemilik salah sebuah resort yang mahu menghalang Gary dari membina hotel-hotel baru.

Setiap karakter dalam filem ini mempunyai agenda masing-masing yang akhirnya merumitkan keadaan.

Dibintangi Owen Wilson, Morgan Freeman, Sara Foster

Must Love Dogs TX Date: 18 February 2009 Time: 10.00pm – 12.00am

Sarah Nolan merupakan seorang guru yang baru sahaja bercerai. Keluarganya merancang untuk mencarikan teman lelaki baru untuk Sarah. Setelah gagal dalam beberapa temujanji, Sarah bersumpah tidak mahu berpacaran buat seketika.

Namun kakaknya telah mendaftarkan sesi temujanji di internet dan telah meletakkan salah satu kriteria untuk pasangan Sara iaitu mereka perlu mempunyai anjing sebagai haiwan peliharaan.

Tapi realitinya, Sarah sendiri tidak pernah mempunyai anjing sebagai haiwan peliharaannya.

Dibintangi Diane Lane & John Cusack

Firestorm TX Date: 25 February 2009 Time: 10.00pm – 12.00am

Jesse Graves seorang berusaha menyelamatkan seorang gadis bernama Jennifer yang terperangkap di sebuah kebakaran hutan. Kebakaran itu telah dilakukan oleh Earl Shaye yang juga merupakan seorang pembunuh.

Earl telah meloloskan diri dari penjara bersama dengan beberapa banduan yang lain dan menyamar sebagai pasukan penyelamat.

Dibintangi Richard Burgi & Sarah Jane Redmond

Jangan lupa untuk menyaksikan filem-filem menarik setiap hari Rabu secara PERCUMA sepanjang bulan Februari ini. Saksikan slot Popcorn N’ Wednesday setiap jam 10.00 malam hanya di 8TV. Anda juga dapat menonton siaran 8TV di saluran 708 Astro anda.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan