Sunburst 2009 pertaruhkan muzik indie

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Meet Uncle Hussein terus menjadi rebutan apabila tampil sebagai membuat persembahan pada Sunbusrt Concert 2009.
Meet Uncle Hussein terus menjadi rebutan apabila tampil sebagai membuat persembahan pada Sunbusrt Concert 2009.

[SEMASA] KUALA LUMPUR: Sunburst KL International Music Festival 2009 kembali untuk kali kedua setelah berjaya dalam penganjuran sulungnya tahun lalu.

Konsert anjuran Pineapple Concerts Sdn Bhd ini akan diadakan pada 21 Mac, di Polo Pavillion, Bukit Kiara Equesterian & Country Resort, Kuala Lumpur bermula jam 2 petang hingga jam 2 pagi.

Konsert 12 jam tanpa henti ini bakal menampilkan kumpulan-kumpulan indie seperti Butterfingers, Meet Uncle Hussein, Estranged, Hujan, Agrikulture, Bunkface, Maliq& D’Essential, Gerhana Ska Cinta, Estrella, Dead Mushroom, Joe Flizzow, Projek Pistol, 21st Night, Pesawat, They Will Kill Us, Arabyrd, The Otherside Orchestra, Juwita Suwito, Reza Salleh, Aseana Percussion Unit (APU), Cosmic Kitchen, Twillight Action Girl, Loops Collective.

Terdapat juga band dari Indonesia seperti Nidji dan Andra&The Backbone, kumpulan Sixx dari Singapura, dan Russian Winters dari Australia serta ramai lagi band-band antarabangsa yang bakal menyertai konsert berkenaan.

Lebih istimewa, peminat muzik tanah air juga bakal dihiburkan dengan persembahan band hip-hop terkenal dari Amerika Syarikat,iaitu N.E.R.D.

Menurut Pengarah Urusan Pineapple Concerts Sdn Bhd, Razman Razali berkata kali ini pihak penganjur sengaja memberi peluang kepada band-band indie untuk membuat persembahan pada konsert berkenaan.

"Ini merupakan sebagai satu platform untuk memperkenalkan muzik mereka ke persada muzik tempatan.

"Saya rasa sudah tiba masanya muzik mereka dikenali. Ramai pendengar muzik hari ini mahukan kelainan. Jadi mereka mula beralih kepada muzik yang dibawa oleh kumpulan indie.

"Muzik yang dibawa oleh kumpulan indie ini juga sudah mula diiktiraf, hingga ada yang berjaya menang Anugerah Juara Lagu seperti kumpulan Meet Uncle Hussien dan Estranged."

Ditanya mengenai kelainan konsert tersebut pada tahun ini, Razman berkata:

"Dari segi persembahan seramai 35 artis bakal mengambil bahagian pada konsert kali ini. Jumlah ini meningkat sedikit berbanding hanya 26 artis pada tahun lalu.

"Pentas untuk persembahan juga ditambah dua lagi, menjadikan enam pentas kesemuanya. Di mana Sun Stagedan Sky Stageakan menjadi pentas utama untuk kumpulan antarabangsa dan tempatan membuat persembahan.

"Bagi Livesounds Stage dan Tuborg Loud & Clear Stage bakal menampilkan kumpulan indie tempatan yang baru meningkat naik akan membuat persembahan di pentas berkenaan.”

Satu perkara menarik mengenai konsert kali ini pihak penganjur turut menampilkan The Speedzone Intercative Touryang akan menghiburkan peminat sukan permotoran dengan elemen futuristik di pentas tersebut.

Akhir sekali, pentas bercirikan Silent Disco Arena akan turut diperkenalkan buat pertama kali.

Di pentas ini tiada mikrofon akan digunakan sebaliknya setiap peminat akan dibekalkan dengan wireless headphoneuntuk mendengar muzik yang dimainkan oleh deejay ketika berada di pentas tersebut.

Bagi kumpulan Bunkface, peluang beraksi pertama kali dikonsert tersebut merupakan satu perkara yang tidak pernah diimpikan sebelum ini.

"Dapat peluang menyanyi dengan kumpulan ternama seperti N.E.R.D macam mimpi jadi kenyataan.

"Kami akan buat persediaan secukupnya menjelang konsert ini dan akan memberikan persembahan yang terbaik. Insya-Allah kami menjanjikan kelainan dan kejutan kepada mereka yang datang menyaksikan kami nanti.

"Kami sangat teruja dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada kami untuk membuat persembahan," kata Sam selaku vokalis Bunkface.

Penaja-penaja utama bagi KL International Music Festival 2009 ini adalah Majlis Tindakan Pelancongan KL,, Xpax, Tuborg, Livesounds, Speedzone Interactive Tour, MTV Asia, Junk Magazine, Pavillion KL dan Brandvision.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket The Sunburst KL 2009 boleh mendapatkannya dengan menelefon Axcess Tickets Hotline ditalian 03-77115000.

Tiket boleh didapati pada harga RM203 dan RM253. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.sunburstkl.com.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan