Rock: Saya masih kekasih Mas!

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Rock, yang juga kekasih Mas AF2 kecewa setelah pihak hospital tidak membenarkannya berjumpa dengan Mas.Foto mStar Oleh:NURUL AIN MOHD.HUSSAIN.
Rock, yang juga kekasih Mas AF2 kecewa setelah pihak hospital tidak membenarkannya berjumpa dengan Mas.Foto mStar Oleh:NURUL AIN MOHD.HUSSAIN.

HATI kekasih mana tidak sayu apabila menyaksikan sendiri wanita yang dicintainya dimasukkan ke wad Neurologi atau lebih dikenali sebagai wad gila.

Itulah yang dialami oleh Shahrul Azman atau lebih dikenali sebagai Rock. Kekasih bintang Akademi Fantasia musim ke-2 Mas ini dengan penuh emosi melahirkan rasa yang terbuku akibat tidak dibenarkan masuk menemui Mas di wad tersebut semalam.

“Mas tak gila. Saya perlu jumpa dengan Mas kerana dia nak jumpa Freddie,” itulah rayuan Rock kepada Ketua Jururawat, Siti Fatimah di wad Neurologi, Hospital Kuala Lumpur tengah hari semalam.

Biarpun puas dipujuk pihak hospital tetap enggan melayani permintaan Rock, walaupun pada mulanya hampir timbul kekecohan antara pengawal keselamatan dan dia, akhirnya Rock berjaya ditenangkan.

“Mas menangis masa peluk saya kelmarin. Dia cakap dengan saya tolong bawa dia keluar dari sini. Dia cakap dia tak gila.

“Saya ada dua saksi semalam, dua orang Datuk. Mas cakap dia penyanyi kenapa letak dia ditempat macam ni dan dia mintak tolong keluarkannya dari sini.

“Kenapa dia digari, niat dia nak jumpa Freddie. Dia tak ada masalah lain, dia cuma tertekan sebab album tak siap lagi.

“Semalam saya dan Melodi dapat jumpa dia. Saya pasti dan tak yakin dia tak nak jumpa saya hari ini (semalam). Semalam (kelmarin) masa jumpa saya, dia cakap tolong bawak Freddie datang jumpa dia.

“Masa borak-borak dengan dia semalam ok je. Kalau dia gila dah lama dia godok dengan saya dengan pisau. Dia memang tak gila, saya kenal sangat dia.

“Kami pun ada jumpa dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid kelmarin pun polis dah beritahu Mas tak gila. So, kenapa pihak hospital nak tahan dia kat sini (hospital). Cuma satu perkara yang buat saya betul-betul kesal kenapa mereka nak tempatkan Mas di sini?,” kata Rock dalam nada kecewa.

Semuanya dikatakan bermula daripada insiden penyanyi berstatus janda itu dikatakan mengamuk di balai polis gara-gara disaman selepas memandu tanpa lesen dan membuat pusingan ‘U’ di tempat yang dilarang. Sumber itu juga menambah, ini merupakan kali kedua Mas membuat hal dan mengamuk di balai polis.

Mas adalah ibu tunggal kepada Nurfadilah, 10, dan Mohd. Fadzil, 8.

Ditanya bagaimana dia mengenali bintang realiti tv itu, Rock pada mulanya enggan bercerita mengenainya, namun setelah dipujuk berkali-kali akhirnya dia akur.

“Saya kenal Mas lebih kurang setahun. Bukan senang nak faham dia, kecuali orang yang betul kenal baru boleh kawan dengan dia. Lagipun Mas tak ramai kawan dan dia tak suka bercerita masalah dia dengan orang.

“Kami berkongsi minat yang sama. Selalu lepak dan pergi karaoke dan nyanyi lagu Rock sama-sama. Saya ni tempat dia melauhkan masalah dan mencurah isi hati tentang kisah hidup dia,” kata Rock yang pernah berlakon satu ketika dahulu.

Bercerita lebih lanjut mengenai percintaannya dengan Mas, Rock berkata Mas sering meluahkan rasa kecewanya kerana kelewatan penerbitan albumnya.

“Mas nak hak dia. Dia tertekan sebab keluarga dia di Tawau, anak-anak dia pun jauh, sebab mak dan ayah Mas jaga mereka.

“Memang Mas mengamuk masa kejadian tu sebab tangan dia kena gari dan sakit. Mas pun masa tu mintak saya tolong lepaskan dia.

Ketika ditanya lanjut mengenai insiden yang terjadi Isnin lalu, Rock dia enggan memberi sebarang kenyataan.

Ditanya adakah pertengakaran yang berlaku disebabkan duit atau hubungan cinta antara mereka berakhir kerana Rock mahu menamatkan hubungan tersebut, dia berkata:

“Mengenai duit saya hanya boleh cakap no komen. Mana ada saya mintak putus. Mas Cuma cakap jangan tinggalkan dia itu sahaja.

“Bukan saya sengaja nak suruh dia nak balik Tawau, saya Cuma nak dia berada dekat dengan keluarga ketika dia memerlukan mereka.”

Menurut Rock lagi, apa yang dia tahu pada ketika ini dia masih lagi kekasih kepada bintang realiti itu.

“Tapi tak tau la kalau Mas yang cakap saya ni bukan kekasih dia lagi,”ujarnya.

Namun satu perkara yang betul-betul mengecewakan Rock adalah apabila pihak hospital memaklumkan kepadanya Mas mungkin ditahan untuk tempoh dua minggu untuk pemeriksaan lanjut.

“Bagi saya ini kelakar sangat. Kenapa mereka (hospital) nak tahan dia begitu lama. Dia tak sakit, dia normal macam orang lain cuma dia tertekan masa itu. Dia ingat anak, orang tak tahu hidup dia, hanya saya sorang yang tahu dia macam mana,"katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan