Nikki langkah bendul tiga kakak

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nikki dan Audi Mok ketika majlis pertunangan mereka di Sabah pada 26 Disember lalu. -foto oleh Nikki
Nikki dan Audi Mok ketika majlis pertunangan mereka di Sabah pada 26 Disember lalu. -foto oleh Nikki

SETIAP pasangan yang sedang mempersiapkan diri ke alam rumah tangga pastinya mempunyai perkahwinan impian sebagaimana penyanyi Nikki, 24, yang bakal berkahwin dengan komposer terkenal Audi Mok, 38, pada 27 Jun depan.

Jika ramai di kalangan artis lebih gemar memilih konsep taman, Nikki atau Nicolette Louisa Palikat sebaliknya berkata dia bercita-cita untuk membuat majlis resepsi perkahwinan di pantai.

"Setakat ini, saya belum pasti bagaimana majlis resepsi saya di Sabah nanti. Tetapi, dari kecil lagi, apa yang saya impikan adalah membuat majlis tersebut di pantai kerana ia lebih santai dan romantik serta ada ombak dan angin.

"Saya tak sabar untuk menjalani majlis resepsi seperti ini tetapi semua itu perlukan banyak perancangan. Jadi, semua ini saya akan fikirkan kemudian," luah Nikki yang terlebih dahulu akan menjalani majlis perkahwinan di salah sebuah gereja di Kuala Lumpur pada 27 Jun.

Kemudian, Nikki dan Audi Mok akan bergerak ke Melaka untuk menjalani resepsi perkahwinan di sebelah pihak pengantin lelaki pada sebelah malamnya.

Tambah Nikki, jika boleh beliau inginkan majlis resepsinya di Sabah nanti dihadiri oleh guru-guru dan rakan-rakan taulan di Sekolah Menengah Convent Saint Francis dan Sekolah Rendah Convent Saint Francis, Kota Kinabalu.

"Saya sedang cari semula nombor telefon dan alamat emel untuk menghubungi dan menjemput rakan-rakan sekolah semasa di tingkatan 5 Sains menghadiri majlis resepsi saya nanti.

"Kalau boleh, saya juga mahu menjemput cikgu di sekolah menengah iaitu Cikgu Jafri yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Cikgu Nurul yang mengajar subjek Geografi kerana saya amat menyayangi pasangan suami dan isteri ini.

"Sementara di sekolah rendah, saya teringin sangat menjemput Sister Collette yang mengajar saya menyanyi dan subjek bahasa Inggeris serta menggalakkan saya menyertai koir dan tidak dilupakan Cikgu Marsiah.

"Saya rasa tak sabar untuk menanti dan berjumpa dengan mereka pada hari resepsi perkahwinan itu.

"Saya juga berasa teruja sebab dah lama tak jumpa dengan mereka setelah kenal dari kecil lagi. Kira macam majlis ‘reunion’ kami bersama," kata Nikki yang akan turut menjemput rakan artis seperti Amylea AF3, Siti Sarah Raisudin, Dina, Jaclyn Victor dan Saiful dari Malaysia Idol untuk menghadiri majlis resepsi itu nanti.

Mula hadiri kursus kahwin

Bertanya tentang persiapan dan persediaan yang dilakukan, Nikki berkata dia baru sahaja selesai menghadiri sesi pertama kursus perkahwinan di gereja pada Ahad lalu.

Jelas Nikki, dia perlu menghadiri tujuh sesi kursus lagi pada setiap Ahad.

"Selepas menghadiri kursus kahwin ini, saya mula rasa tenang sedikit. Saya mempelajari banyak perkara ketika menyertai kursus selama dua jam itu.

"Antaranya adalah persediaan menghadapi kehidupan berumahtangga. Apa yang saya pelajari iaitu janganlah kita hanya harapkan mahu romantik, berbulan madu dan berada di awang-awangan kerana banyak perkara yang perlu dipikul termasuk risiko dan dugaan selepas berkahwin nanti," cerita anak kelima daripada tujuh beradik ini.

Mengenai persiapan lain, penyanyi lagu Selamat Tinggal ini berkata dia telah berjumpa dengan pereka yang menjahit baju pengantinnya.

"Saya akan memakai baju cheongsam berwarna merah untuk majlis resepsi di Melaka manakala gaun tradisional putih semasa majlis perkahwinan di gereja direka oleh Jovian Mandagie.

"Baju cheongsam itu dijahit menggunakan kain yang Audi beri sebagai hantaran semasa majlis pertunangan kami pada 26 Disember lalu.

"Selain kain, Audi juga memberikan kasut, payung, kek dan barang kemas yang diperbuat daripada emas untuk tiga orang kakak saya yang belum berkahwin sebagai adat melangkah bendul," beritahu gadis yang berketurunan kadazan dusun ini.

Nikki menambah, dia turut memasang keinginan untuk nampak kelihatan cantik dan berseri-seri semasa majlis perkahwinan nanti.

Jadi tidak hairanlah jika dia sanggup berulang-alik ke pusat gimnasium untuk menjalani ‘exercise’ bersama jurulatih peribadinya.

Tidak lupa promosi Hawa

Nikki yang kini tampil dengan album Hawa turut tidak ketinggalan untuk mempromosikan album yang mengandungi lagu hits seperti Oh’ My, Cantik dan Hawa.

Single pertamanya, Selamat Tinggal telah diputarkan di corong radio dan selepas ini Nikki menjangkakan single Cantik pula akan hits.

"Walaupun album ini belum dilancarkan secara rasmi, tetapi ramai peminat saya sudah mengetahuiya melalui laman web saya.

"Ramai kalangan mereka yang telah mendapat album itu memberikan respons yang positif dan gemarkan lagu-lagu tersebut.

"Saya berharap lagu di dalam album ini dapat dicalonkan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun ini," katanya yang telah menyerahkan borang pencalonan AIM.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan