'Toyboy' baru Madonna berusia 22 tahun

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pop ikon Madonna masih berjaya memikat hati lelaki muda meskipun usianya sudah menjangkau 50 tahun.
Pop ikon Madonna masih berjaya memikat hati lelaki muda meskipun usianya sudah menjangkau 50 tahun.

POP ikon Madonna tidak menunggu masa yang lama untuk mendapat pengganti bekas suaminya, Guy Ritchie.

Kekasih barunya ialah seorang model kelahiran Brazil bernama Jesus Luz, cukup kacak dan sungguh muda.

Penyanyi yang terkenal dengan hitnya 'Material Girl' dilihat makan malam dengan pemuda kacak itu di sebuah restoran mewah di New York iaitu Macelleria Italian Steakhouse bersama-sama dua orang anaknya Lourdes, 12, dan anak angkatnya David, tiga tahun.

"Chemistry di antara Madonna and Luz sungguh ketara sekali. Walaupun David nampak macam tidak kisah saja tapi Lourdes seperti sudah suka sangat dengan Luz.

"Tentu sekali, Guy akan luluh hati seandainya model seksi yang tampan ini akan pindah dan tinggal bersama-sama keluarganya," jelas satu sumber.

Madonna, yang kini berusia 50 tahun telah bertemu dengan Luz pada bulan Disember ketika mereka dipadankan untuk satu 'photo shoot' bagi majalah fesyen US W.

Semenjak itu, banyak kolum gosip yang mengaitkan mereka berdua dan bercerita tentang keintiman penyanyi wanita kontroversi dan jejaka tampan yang 28 tahun lebih muda dari Madonna.

Madonna, atau panggilan manjanya Marge, baru-baru ini bercerai dengan suaminya pengarah director Guy Rirchie.

Sebelum dikaitkan dengan Luz, Marge juga digosipkan sedang menjalin hubungan dengan bintang baseball Amerika, Alex Rodriguez.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan