Siapa cakap kami nak ambil anak angkat?

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Walaupun jarak umur agak jauh, pasangan ini berjaya mengekalkan keharmonian rumahtangga mereka.
Walaupun jarak umur agak jauh, pasangan ini berjaya mengekalkan keharmonian rumahtangga mereka.

AKTRES Demi Moore benar-benar marah dengan laporan yang mengatakan beliau akan mengambil seorang anak angkat bersama suaminya, Ashton Kutcher.

Sebuah berita baru-baru ini melaprkan yang pasangan itu ingin mengambil anak angkat setelah gagal untuk mengandung secara natural.

"Mereka tidak pernah bersetuju dengan cadangan untuk mengambil anak angkat. Mereka selalu menginginkan seorang anak sendiri. Tapi sekarang semuanya sudah berubah.

"Setelah kecewa dengan berbagai cara termasuk dengan cara IVF, pasangan tersebut seperti mendapat semangat baru untuk memperolehi cahaya mata," jelas sumber itu.

Namun, perkhabaran itu tidak menyenangkan Moore yang sebelum ini ada tiga orang anak perempuan dengan dengan bekas suaminya, Bruce Willis.

Kata Demi dalam blognya, "Tidak ada kebenaran gosip ini. Jangan percaya dengan apa yang kamu baca..."

Pasangan Demi dan Ashton sering mendapat perhatian media keran jarak umur yang agak besar di antara mereka berdua. Ashton berusia 30 tahun sedangkan Demi akan menjangkau 47 tahun ini.

Demi ada cara tersendiri untuk mengekalkan kejelitaannya dan tidak ada sehelaipun rambut putih di kepalanya. Bila ditanya, Demi hanya tersenyum dan berkata..."Saya makan salad, diet dan menghindarkan stress dalam hidup saya."

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan