Shila lebarkan sayap ke Indonesia, dipilih duta baru Cornetto

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shila bersama kumpulan Ran dipilih menjadi duta baru Wall's Cornetto
Shila bersama kumpulan Ran dipilih menjadi duta baru Wall's Cornetto

JIKA tahun lalu, gandingan dua penyanyi muda, Dafi dan Gita Gutawa sebagai duta Wall's Cornetto dilihat cukup 'serasi', nampaknya naib juara One In A Million musim kedua, Shila dan kumpulan pemuzik dari Indonesia, Ran pula menjadi pilihan jenama aiskrim popular itu sebagai duta baru bagi tahun ini.

Dua bakat hebat dari Malaysia dan Indonesia ini dipilih berdasarkan pencapaian mereka dalam arena muzik yang dilihat sesuai bagi kempen Wall's Cornetto yang menumpukan kepada perpaduan menerusi muzik.

Bertemakan 'Tunjukkan Cintamu', pelbagai program telah diaturkan oleh pihak Wall terhadap dua duta jenama ini dan salah satu daripadanya ialah gandingan mereka menyanyikan lagu tema, Tunjukkan Cintamu, yang kini telah mula diputarkan di stesen-stesen radio tempatan.

Klip video serta iklan komersial produk ini yang membabitkan dua artis muda ini mempromosikan dua perisa aiskrim baru Cornetto, Cornetto Disc Chocolate dan Cornetto Disc Vanilla juga akan mula disiarkan di kaca televisyen tempatan dan bakal menyusul di Indonesia tidak lama lagi.

Mengulas tentang pemilihannya sebagai duta jenama ini, kata Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, dia melihat peluang itu sebagai satu platform yang baik untuk mengembangkan lagi karier seninya.

"Bukan mudah untuk artis baru seperti saya diberi peluang seperti ini, apatah lagi dapat digandingkan pula dengan artis Indonesia. Saya akan cuba gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk lebarkan karier ke Indonesia.

"Memandangkan lagu Tunjukkan Cintamu juga sudah mula diputarkan di radio-radio Indonesia sejak Disember lalu, jadi saya rasa ini satu permulaan yang baik.

"Sewaktu rakaman klip video lagu ini di Jakarta tidak lama dulu, saya turut ditemubual oleh media Indonesia.

"Walaupun mungkin saya tidak begitu dikenali di sana, tetapi buat masa ini memadailah kalau mereka tahu lagu yang saya nyanyikan bersama Ran itu," kata Shila yang ditemui pada majlis pelancaran dan pengumuman duta baru Cornetto di The Curve, semalam.

Bercerita lanjut tentang pengalaman bekerja bersama kumpulan trio, Ran yang dianggotai oleh Nino, Asto dan Rayi ini, kata Shila, walaupun sebelum ini dia tidak pernah tahu tentang latar belakang trio tersebut, tetapi dia akui cukup senang mendekati tiga anak muda ini.

"Pada awalnya, memang saya tidak mengenali siapa mereka sebenarnya. Kemudian saya buat sedikit 'research' di Internet dan Youtube. Bila sudah berjumpa dan mengenali mereka, memang saya melihat mereka ini cukup 'fun'.

"Malah, kami masih menghubungi satu sama lain setelah selesai menjayakan penggambaran klip video dan iklan di Bangkok serta Indonesia tidak lama dulu," kata Shila tentang kumpulan yang mengenengahkan muzik pop itu.

Dalam pada itu, ditanya tentang projeknya yang lain, kata anak kepada penyanyi ND Lala ini, dia akan memberi tumpuan kepada 'road tour' anjuran produk Clean & Clear sementara menantikan album sulungnya menjengah di pasaran.

"Album sebenarnya sudah siap. Tetapi syarikat rakaman saya tidak mahu keluarkan lagi kerana nak tengok masa yang sesuai memandangkan jadual saya cukup padat dengan pelbagai aktiviti ketika ini.

"Malah, saya juga terpaksa menangguh pengajian saya di Kolej Segi yang sepatutnya memasuki semester kedua," kata Shila lagi.

Suka lelaki berumur

Sengaja soalan tentang lelaki diajukan kepada penyanyi cilik ini. Dalam usianya yang mencecah 19 tahun, pasti Shila juga sama seperti gadis-gadis lain yang ingin merasai perasaan bercinta.

Tidak lama dulu, dia pernah digosipkan bersama Aliff OIAM. Menegaskan mereka hanya kawan baik, kata Shila, buat masa ini dia masih lagi belum mempunyai kekasih.

Ditanya apakah kriteria lelaki yang disukainya, sambil tersenyum dia menjawab:

"Saya lebih sukakan lelaki yang lebih tua daripada saya. Bukannya apa, lelaki yang lebih berumur ini lebih matang dalam apa saja yang mereka lakukan," tutur Shila dalam nada ceria.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan