Natasha tidak kekok bawa watak guru Kristian Miss Ruth

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Natasha teruja berlakon teater.Foto The Star Oleh:MOHD SAHAR MISNI.
Natasha teruja berlakon teater.Foto The Star Oleh:MOHD SAHAR MISNI.

AGAKlama menyepi dari industri hiburan, pelakon dan model jelita, Datin Natasha Hudson kembali menjengah ke pentas lakonan dan kali ini dia membuat penampilan sulung di pentas teater.

Lebih istimewa Natasha akan membawakan watak sebagai Miss Ruthdalam teater sejarah, Ibu Zain.

Biarpun agak gementar kerana tidak punya pengalaman namun dia tetap memberanikan diri mencuba sesuatu yang belum pernah dibuatnya sebelum ini.

Menceritakan mengenai tawaran yang diterimanya itu, nyata gadis yang berasal dari Ipoh, Perak ini tidak kisah biarpun dia dipilih bagi menggantikan pelakon, Catriona Ross bagi watak Miss Ruth.

"Saya tahu memang watak Miss Ruth dalam teater Ibu Zain ini yang Cat bawa musim lepas. Lagipun dia (Cat) yang mencadangkan nama saya kepada pengarah, Kak Siti Rohaya (Kak Roy).

"Bagi saya soal ganti atau tidak, bukan masalah utama tapi apa yang dipersembahkan nanti akan menjadi lebih penting dan orang akan menilai kita dari sana.

"Rabu minggu lepas masa Kak Roy call saya dan bagitau tentang tawaran ini, saya fikir, eh betul ke ni, saya dapat tawaran berlakon teater?

"Memang tidak dinafikan agak takut dan gementar jugak masa awal-awal berlakon teater ini, tapi sebab saya dah rindu sangat nak berlakon jadi saya fikir inilah peluang yang terbaik untuk saya membuat comeback dalam industri. Lagipun suami yang banyak memberi dorongan dan galakan supaya saya terima tawaran ini," katanya yang ditemui di sidang media pelancaran teater Ibu Zain di Istana Budaya semalam.

Menceritakan lebih lanjut mengenai watak yang bakal dilakonkannya itu, Natasha berkata dia memang teruja membawa watak tersebut.

"Biarpun watak Miss Ruth seorang guru berbangsa Kristian, namun satu yang istimewa mengenainya adalah dia seorang yang menyokong perjuangan Ibu Zain.

"Dia tidak menyokong British ketika itu biarpun dia berbangsa Inggeris. Jiwanya kental dan membantu perjuangan Ibu Zain.

"Baginya pendidikan dan wanita merupakan dua perkara penting yang perlu diperjuangkan untuk menjadi sebuah bangsa yang berjaya,"ujar pelakon yang pernah membintangi filem Chermin ini.

Jelasnya lagi, dia sudah bersedia menerima kritikan dari pihak media.

Bagi wanita kacukan Melayu-Australia ini, peristiwa diboikot pihak media gara-gara tidak membenarkan media membuat liputan terhadap majlis perkahwinannya sedikit masa lalu dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran yang berguna buat dirinya.

Tidak menafikan yang kontroversi itu hampir melemahkan semangatnya untuk meneruskan karier seni, Nastasha memberitahu dengan adanya sokongan yang berterusan dari suami dan keluarganya dia masih mampu bertahan hingga ke hari ini.

Malah katanya lagi, dunia seni sudah sebati dalam dirinya dan sukar baginya untuk meninggalkan dunia itu walaupun penuh dengan onak duri.

Walaupun teater bidang yang agak baru ibu muda ini melihatnya sebagai satu platform untuk memperbaiki gaya lakonannya.

"Pentas teater banyak membantu memperbaiki cara lakonan dari segi penghayatan watak, penghafalan skrip, voice projectiondan saya rasa ia sangat banyak membantu dan memberi ilmu kepada saya sebagai pelakon.

"Bagi saya teater menuntut skilllakonan dalam pelbagai cara dan aksi yang dilakonkan itu nampak lebih hidup tanpa disunting oleh pengarah," ujar Natasha yang lebih dikenali dengan panggilan Tasha.

Jelas isteri kepada Datuk Shahrin Zahari ini, dia banyak membuat penyeledikan mengenai watak Miss Ruthmelalui pembacaan buku sejarah, melihat semula gaya lakonan Cat sebelum ini dan bertanya kepada suaminya yang punya latar belakang dalam bidang politik.

"Saya tak nafikan memang saya banyak buat research untuk menghayati watak ini. Bagi saya watak ini, bukan terlalu susah dan bukan terlalu senang untuk dibawa. Dari segi bahasa memang dia guna Bahasa Inggeris cuma dia ada loghat 'Mat Saleh’ dari segi lenggok bahasa yang digunakan itu agak payah sikit," katanya.

Bahagia bersama puteri sulung

Bercerita tentang kehidupan peribadinya, Natasha memberitahu yang hidupnya kini lebih tenang dan bahagia selepas berkahwin.

Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata pertamanya, Nessa Helena Shahrin,8 bulan, sebagai penyeri yang melengkapkan lagi rumah tangganya.

"Hidup saya kini dah banyak berubah. Kehidupan sekarang lebih tenang dan menggembirakan. Sejak ada anak ni, saya rasa hidup semakin lengkap. Tapi ada kalanya, rasa macam tak percaya yang saya dah jadi ibu.

"Komitmen dan tanggungjawab pun semakin berat, kerana banyak perkara yang harus saya lakukan. Selain jaga anak, saya juga kena uruskan rumah tangga.

"Agak lama saya tak berlakon hampir lapan bulan dalam tempoh masa itu saya sibuk menjaga puteri sulung saya kerana dia menyusu badan dan agak payah untuk tinggalkan dia dan sehingga hari ini pun dia masih menyusu badan,” ujar Natasha ceria.

Bagi pelakon yang pernah merangkul angugerah pelakon harapan pada FFMke-21 ini, antara sebab dia menerima tawaran teater adalah kerana dari pembahagian masa untuk membuat latihan adalah singkat berbanding berlakon filem dan drama.

"Setiap hari hanya empat dan lima jam sahaja saya berlatih untuk teater. Lagipun, tak sampai hati nak tinggalkan dia lama semata-mata untuk penuhi keinginan saya (berlakon). Keutamaan saya sekarang ialah `anak' dan keluarga. Soal karier seni pula jatuh nombor dua.

"Walaupun ada pembantu rumah, saya lebih senang uruskan anak sendiri, sebab saya tak mahu dia terlalu rapat dengan pembantu rumah dan biarlah saya nak rasa susah payah jaga anak sendiri," luah Natasha.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan