Malaika 'tinggalkan' suami jauh ke belakang. - Berita Hiburan | mStar

Malaika 'tinggalkan' suami jauh ke belakang.

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keseksian model dan aktres jelita Malaika membuatkan popularitinya jauh ke hadapan meninggalkan suami, aktor Arbaaz Khan.
Keseksian model dan aktres jelita Malaika membuatkan popularitinya jauh ke hadapan meninggalkan suami, aktor Arbaaz Khan.

KALAU suami lain, tentu sudah cemburu dengan kejayaan yang dikecapi isterinya. Tambahan pula jika dalam bidang yang sama. Berlainan dengan sikap pelakon Arbaaz Khan yang langsung tidak mempunyai masalah dengan ego apabila isterinya yang seksi dan jelita, model dan aktres Malaika Arora Khan lebih menonjol dari dirinya.

Malah Arbaaz tampak gembira bila karier Malaika berkembang dengan baik dan tidak kisah jika dia 'tertinggal' di belakang.

Kata Arbaaz, perangainya sedikit pun tidak seperti watak suami chauvinist yang dilakonkan di dalam filem 'Mere Khwabon Mein Jo Aaye'.

"Karektor saya dalam filem itu sama seperti perangai suami-suami yang sering awak dengar - yang ada ego dan tidak mahu mengalah.

"Suami tipikal yang selalu sibuk dengan kerja dan langsung tidak menunjukkan keperihatinan pada isteri. Sikap saya tidak seperti ini.

"Dan saya tidak pernah dapat melakonkan watak suami seperti saya sendiri. Selalunya saya akan dapat watak yang bertentangan. Jika anda seorang aktor, anda perlu mempelbagaikan watak-watak anda," kata Arbaaz yang juga adik kesayangan pelakon popular Salman Khan.

Arbaaz adalah seorang pelakon yang kuat bekerja dan selalu melakukan sedikit eksperimen untuk watak-wataknya. Beliau memulakan kerja pada tahun 1996 dalam filem 'Daraar' di mana beliau berlakon sebagai kaki pukul dan seorang psiko.

Setelah itu, beliau mendapat tawaran untuk watak-watak sampingan dalam filem-filem 'Pyaar Kiya To Darna Kya', 'Qayamat: City Under Threat', 'Hulchul' dan terbaru, 'Fashion.'

Arbaaz tidak takut jika sering diberikan watak yang stereotype. Namun, dia agak berhati-hati membuat pemilihan tawaran.

Walalupun bintangnya belum lagi bersinar seperti abangnya, Arbaaz tidak mahu mengaku kalah. Kini, beliau sibuk dengan filem baru 'Kissan' dan thriller 'Stoneman' dan teringin sekali berlakon filem komedi dalam filem 'Partner'

Aktor gigih ini juga akan cuba menggapai impiannya untuk bergelar produser filem dan mendapatkan abangnya, Salman untuk menjadi hero dalam filem itu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan