Hanya yang murah dan sedap dalam 'Warung Kita'

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Program Warung Kita ini disasarkan kepada para penonton yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun terutamanya para suri rumah.
Program Warung Kita ini disasarkan kepada para penonton yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun terutamanya para suri rumah.

JIKA TV3 terkenal dengan program menjamu selera 'Jalan-jalan Cari Makan', kini Astro Prima tampil hebat dengan 'Warung Kita', sebuah program baru yang mengajak para penonton menjelajah ke seluruh pelusuk Malaysia untuk menjamu selera. Warung Kita akan dihoskan oleh pelawak terkenal tanah air yang tidak asing lagi iaitu Farouk Hussien dan juga Azrul Zaidi dari kumpulan Cham, yang cukup dikenali menerusi program 'Raja Lawak.'

Pemilihan mereka berdua sebagai hos rancangan sememangnya tepat dan sesuai dengan program yang berkonsepkan santai ini.

Saksikan pelbagai aksi dan gelagat spontan mereka sepanjang misi penjelajahan ke lokasi-lokasi hebat di seluruh Malaysia khusus untuk menjamu selera.

Mereka telah diberi tanggungjawab untuk memperkenalkan warung-warung terpilih yang menyediakan pelbagai juadah istimewa untuk dinikmati ketika sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam dengan harga yang cukup murah dan munasabah.

Bukan itu sahaja, para penonton juga berpeluang untuk mengetahui apakah ramuan serta resipi-resipi hebat yang menjadi rahsia di sebalik keenakan pelbagai juadah yang sememangnya menyelerakan.

"Kami di Astro Prima sentiasa peka dengan kehendak para pelanggan dalam membekalkan pengisian yang bukan sahaja dalam bentuk hiburan semata-mata, bahkan turut menyelitkan pelbagai informasi dan tips-tips hebat yang relevan dan boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian kepada para pelanggan.

"Ini adalah selari dengan pendirian Astro untuk memastikan pembangunan seni industri dapat dicapai. Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati apabila diberi peluang untuk menyampaikan mesej kandungan tersebut kepada para pelanggan.

"Program Warung Kita ini disasarkan kepada para penonton yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun terutamanya para suri rumah.

"Program Warung Kita dapat memainkan peranan penting dalam usaha menyemai sikap cintakan makanan tempatan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

"Bukan itu sahaja, penghasilan program-program seumpama ini juga dapat membantu usaha untuk memperkenalkan pelbagai juadah tempatan yang enak dan menyelerakan kepada para penonton serta secara tidak langsung boleh menarik minat pelancong yang datang ke negara ini untuk mencuba keenakkan juadah-juadah tersebut," ujar Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani.

Program Warung Kita akan cuba membuktikan kepada para penonton bahawa kita boleh menikmati pelbagai juadah enak dan menyelerakan dengan harga yang cukup murah dan berbaloi.

Bukan itu sahaja, program ini dapat membantu untuk mempromosikan keistimewaan warung-warung tersebut secara lebih komersil dan dengan secara tidak langsung ini dapat menarik minat orang ramai untuk datang sendiri ke warung-warung tersebut dan mencuba juadah-juadah lazat yang dijual.

Program ini juga turut menyelitkan tips-tips hebat mengenai pemakanan yang sihat dalam setiap segmen yang disediakan.

Program 23 episod ini akan menjelajah ke setiap pelusuk negeri di Malaysia untuk mendedahkan rahsia keistimewaan resipi-resipi juadah lazat yang menjadi tarikan utama di setiap negeri yang terpilih.

Antara juadah enak yang akan dipersembahkan termasuklah ikan dan ayam panggang, sup daging, kerutup daging, ayam goreng serta pelbagai jenis ulam seperti sambal belacan, tempoyak, budu dan cencalok sebagai pembuka selera yang begitu menyelerakan.

Jangan lupa saksikan gelagat Farouk Hussien dan juga Azrul Zaidi di dalam program Warong Kita yang berdurasi selama 30 minit bakal bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 7.30 malam, bermula pada 6 Januari ini menerusi saluran Astro Prima (saluran 105).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan