Muzikal Ibu Zain 2: Catriona anggap tiada rezeki, Nur Fatimah seronok

Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tunggak utama yang melakonkan watak Ibu Zain iaitu Liza Othman, Nur Fatimah Abd. Wahab, Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin dan Nurul Syariza Nor Azim.
Tunggak utama yang melakonkan watak Ibu Zain iaitu Liza Othman, Nur Fatimah Abd. Wahab, Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin dan Nurul Syariza Nor Azim.

MUZIKAL Ibu Zain kembali dipentaskan mulai 13 hingga 22 Mac depan di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Kuala Lumpur di mana terdapat muka lama dan muka baru dalam gandingan musim kedua ini.

Mengekalkan teraju utama seperti Liza Othman, Nur Fatimah Abd. Wahab, Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin dan Nurul Syariza Nor Azim sebagai Ibu Zain, turut membintangi pementasan ini adalah Datuk Rahim Razali, Avaa Vanja, Mazin Ameen Siraj, Zaefrul Nordin, Tania Zalina, Sherry Syed Abdullah serta 50 pelakon lain.

Bagi aktres Catriona Ross yang tidak dapat turut serta kerana mempunyai komitmen lain terpaksa melepaskan watak Miss Ruth kepada pendatang baru dalam dunia teater, Datin Natasha Hudson.

Jika tidak, pastinya Catriona atau Cat akan ‘turun padang’ untuk sama-sama menjayakan muzikal ini.

Disebabkan tempatnya perlu mempunyai pengganti, Cat terus mencadangkan beberapa nama pelakon yang dirasakan mampu menggantikan tempatnya.

“Saya anggap tiada rezeki dan sayang untuk lepaskan watak Miss Ruth sebab saya yang memegang karektor itu di dalam muzikal tersebut dulu.

“Saya tidak dapat berlakon untuk musim kedua ini kerana mendapat tawaran berlakon filem di mana saya dah tandatangan kontrak untuk berlakon filem itu sejak bulan Disember.

“Jadi, terus saya cadangkan tiga nama iaitu Natasha Hudson, Annahita Bakavoli dan Sharifah Sofea. Selepas itu, mereka memilih Natasha.

“Saya rasa tak salah mereka memilih Natasha kerana dia bukan sahaja merupakan kawan baik saya malah turut membuka peluang baru kepadanya yang baru pertama kali menceburi bidang teater,” ujar Cat yang masih merahsiakan tajuk filem lakonannya mulai hujung Februari ini.

Filem ini merupakan filem pertama Cat membawakan watak utama selepas berpengalaman melakonkan tiga buah filem lain.

Antara filem yang dilakonkan oleh Cat adalah Mistik, Qabil Khusry Qabil Igam dan Chermin.

Nur Fatimah seronok diberi kepercayaan

Dalam pada itu, pelakon, penyanyi, komposer dan penulis lirik Nur Fatimah berasa teruja apabila mendapat tahu tentang berita Muzikal Ibu Zain bakal dipentaskan semula.

“Saya berasa seronok sebab diberikan kepercayaan buat kali keduanya.

“Walaupun sebelum ini saya mendapat komen positif daripada kawan-kawan, saya merasa susah dan takut juga untuk melakonkan watak yang agak berat iaitu Ibu Zain kerana saya perlu membawakan watak seorang tokoh yang disegani ramai.

“Lagipun, saya perlu menyanyi dalam enam hingga tujuh buah lagu dan berdialog secara langsung.

“Memanglah saya sudah mempunyai pengalaman sebelum ini tetapi bagaimanapun saya tetap merasakan cabarannya kerana perlu mengekalkan seperti yang diharapkan oleh semua atau berikan lebih lagi daripada itu.

“Jadi, saya cuba memberikan komitmen penuh setiap kali menjalankan latihan teater,” kata Nur Fatimah.

Beliau akur dengan pertukaran lokasi pementasan muzikal ini kerana sebelum ini Muzikal Ibu Zain di pentaskan di Istana Budaya namun kali ini ia berubah tempat ke MTC.

“Dari segi pertukaran set, saya rasakan mungkin di Istana Budaya lagi canggih dan besar.

“Namun, saya juga mempunyai pengalaman berlatih teater di MTC sejak zaman kanak-kanak lagi.

“Jadi, saya sudah biasa dengan kedua-dua tempat itu. Oleh itu, saya boleh agak dari segi perubahan set dan menyesuaikan diri dengan keadaan di situ.

“Bagi saya, jika dipentaskan di Istana Budaya, risikonya amat tinggi apabila set tidak dapat beroperasi dan sebagainya.

“Bagaimanapun, kedua-dua tempat ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan sebagai pelakon, memang penting untuk kita sesuaikan diri dengan mana-mana tempat,” ulasnya yang turut melakukan kerja-kerja penerbitan lagu di studio.

Terbaru, Nur Fatimah sedang membikin lagu untuk penyanyi Jaafar Onn dan pendatang baru, Hesni yang bakal diterbitkan dalam bulan ini.

Sebelum ini, Nur Fatimah juga telah bertindak selaku penerbit lagu Cinta Suci di dalam album terbaru penyanyi Misha Omar.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan