Faezah pernah fobia berlakon filem

Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pernah dihentam teruk dalam filem Otai,Faezah Elai tidak mudah berputus asa.
Pernah dihentam teruk dalam filem Otai,Faezah Elai tidak mudah berputus asa.

DIA pernah dilabel sebagai 'perosak' filem diawal kemunculannya dalam filem Otai pada awal 2007. Dek kritikan yang hampir menjatuhkan kariernya sebagai pelakon, aktres cantik, Faezah Elai semakin matang dalam meniti kehidupan sebagai seorang pelakon.

Baginya peristiwa yang berlaku itu sememangnya meniggalkan kesan yang amat mendalam dihati sehingga dia hampir sahaja menarik diri daripada pentas lakonan.

“Saya akui ketika itu saya betul-betul tertekan. Ada kalanya saya fikir teruk sangatkah lakonan saya dalam filem Otai. Lagi pun sudah berbuih mulut saya mengatakan itu filem pertama saya. Tolong lah beri peluang dan jangan menghukum saya sebegitu rupa.

“Namun semuanya berubah sebaik ulasan filem Otai keluar, saya dikritik dan dihentam dengan begitu teruk sekali. Saya betul-betul kecewa dan ambil keputusan untuk berehat sehingga enam bulan lamanya.

“Saya hampir putus asa. Nasib baik ada keluarga, rakan-rakan, Prof Razak sendiri, mereka yang banyak beri kata-kata semangat kepada saya. Alhamdulillah saya bertekad selepas itu tak akan terima tawaran filem sehingga saya betul-betul bersedia,” ujar gadis kacukan Punjabi-Siam ini.

Tambah Faezah lagi selepas apa yang berlaku, dia betul-betul fobia untuk berlakon filem namun dia akan cuba berlakon sekurang-kurangnya sebuah filem untuk tahun 2009.

Biarpun hatinya kecewa dengan apa yang menimpa dirinya, dia nekad untuk cuba bangkit sehingga namanya kembali menjadi sebutan apabila dia berjaya membawakan watak Maya Sofea seorang gadis 'tomboy' dalam drama bersiri Sutera Maya dengan baik.

Lakonan mantapnya dalam drama bersiri tersebut kembali menjadikan dia sebagai pelakon yang mampu membawakan watak mencabar dengan baik.

“Watak Maya Sofea banyak beri pengalaman baru buat saya. Tidak semua orang boleh dan berpeluang membawakan watak sebegitu. Jadi apabila dapat tawaran itu, saya tidak mengambil masa panjang untuk menerimanya kerana peluang tidak menjengah dua kali.

“Alhamdulillah saya menerima banyak respon positif dan ramai orang sukakan karakter Maya Sofea. Memang banyak perubahan dan peningkatan mutu lakonan saya berbanding sebelumnya,”kata Faezah yang pernah mengacarakan program Gegar ‘U’ di saluran Astro Ria.

Takut berlakon dengan Ida dan Shidi

Kini dia terus memacu kerjaya seninya tanpa menoleh ke belakang lagi apabila dia menerima tawaran sebagai Edrina menerusi drama bersiri Hartamas.

Lebih istimewa kali ini dia bergandingan dengan nama-nama besar dalam bidang lakonan seperti Ida Nerina dan Rashidi Ishak.

“Saya akui ketika mula-mula mendapat tawaran daripada Abg Kabir, saya terkejut besar ketika lihat nama pelakon-pelakon macam Kak Ida dan Abg Shidi. Dalam hati saya fikir matilah saya, berlakon dengan pelakon yang bagus macam mereka.

“Saya bersyukur sangat biarpun agak sukar pada awalnya, tapi bila masuk set kami ada 'chemistry'. Lagipun Kak Ida dan Abg Shidi banyak membantu memperbaiki lakonan saya,” kata Faezah yang pernah berlakon dalam drama bersiri Enigma.

Bagi gadis kelahiran Pulau Pinang ini, wataknya sebagai gadis Edrina seorang tomboy dengan gaya gothik dan muzik rock sememangnya berbeza dengan dirinya.

“Watak Edrina memang sangat bebeza dengan diri saya kerana di luar set saya seorang yang feminin dan tidak minat muzik rock dan gaya gothik.

“Ia merupakan cabaran bagi saya tapi seronok bekerja dengan Abg Kabir kerana dia seorang pengarah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kita,” katanya.

Ditanya mengenai perancangannya pada tahun ini, Faezah berkata sudah bersedia berlakon filem dan bersedia menerima kritikan.

“Saya tak kisah lagi, selepas ini kalau saya berlakon filem saya akan buat yang terbaik dan jika orang masih nak kritik juga terserahlah kepada mereka. Saya hanya mahu tumpukan perhatian kepada karier lakonan dan dunia modelling saya,” ujarnya gadis yang berusia 26 tahun ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan