Ash makin laku!

Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Status isteri tidak pernah menghalang pelakon Bollywood popular ini terus ligat dengan karier seninya
Status isteri tidak pernah menghalang pelakon Bollywood popular ini terus ligat dengan karier seninya

STATUS sebagai isteri nampaknya terus memberi tuah terhadap karier seni Aishwarya Rai Bachchan yang mesra dengan panggilan Ash ini.

Selepas mengikat kontrak dengan filem-filem hebat bersama Mani Ratnam, Sanjay Leela Bhansali dan sebuah filem bersama produksi Farhan Akhtar-Ritesh Sidhwani, kini impiannya untuk bekerjasama dengan Vishal Bharadwaj akan menjadi kenyataan.

Ash cukup mengagumi hasil kerja Vishal selama ini. Vishal mula berjinak-jinak di dalam bidang pengarahan sejak tahun 2002 menerusi filem Makdee, sebelum meneruskan dengan filem-filem seperti Maqbool dan Omkara.

Vishal dikatakan telah pun 'melamar' Ash untuk membintangi filem terbarunya, Timbuctoo, tetapi masih tiada perkembangan lanjut tentang filem tersebut.

Pengarah itu ketika ini sibuk dengan penggambaran filem Kaminey dan dijangka akan memulakan filem terbarunya itu bersama Ash sekitar akhir tahun ini.

"Saya dan Vishal memang ingin bekerjasama sejak dia menjadi komposer muzik saya dalam sebuah projek sebelum ini. Kami saling berjanji bahawa saya akan berlakon di dalam filemnya jika satu hari nanti dia bergelar pengarah.

"Memang saya cukup mengagumi hasil kerjanya. Tetapi dia menegaskan bahawa kami hanya akan bekerjasama apabila dia merasakan projeknya itu sesuai dengan saya.

"Vishal menunjukkan skrip itu kepada saya dan memang saya merasakan filem ini cukup sesuai untuk kami kembali bekerjasama," kata Ash.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan