Apa Khabar Orang Kampung buka tirai 2009 di Sepang

Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nik Sayyidah dan Aziz Desa menemubual Tan Sri Datuk Muhammad Muhammad Taib
Nik Sayyidah dan Aziz Desa menemubual Tan Sri Datuk Muhammad Muhammad Taib

PROGRAM Apa Khabar Orang Kampung (AKOK) membuka tirai 2009 dengan destinasi pertama di Kampung Orang Asli Bukit Bangkung, Sungai Pelek, Sepang, Selangor pada Sabtu lalu dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah dijayakan bersama-sama penduduk setempat.

AKOK sekali lagi menyaksikan warga kota bekerjasama dengan penduduk desa untuk merasai kehidupan seharian penduduk di lokasi kampung terpilih. Ini juga merupakan pertama kali acara ini menerokai kawasan perkampungan Orang Asli dan merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Acara padang anjuran TV9 yang ditaja oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) ini turut menerima kunjungan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Senator Tan Sri Datuk Muhammad Muhammad Taib, Ketua Setiausaha, Datuk Abd. Jabar Che Nai dengan diiringi Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda.

Ternyata kehadiran program itu di desa tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Malahan pelbagai aktiviti menarik diatur bagi mewujudkan masyarakat bekerjasama yang saling membantu dalam menyempurnakan aktiviti secara bergotong-royong.

Antara acara-acara yang dimeriahkan penduduk adalah aktiviti gotong-royong seperti memasak, senamrobik, membersihkan kawasan persekitaran kampung, mengecat kawasan sekolah dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan, aktiviti kerohanian seperti solat berjemaah, tazkirah, ceramah motivasi, kuliah subuh, sumbangan kemasyarakatan, serta pameran-pameran produk, dianjurkan khas buat penduduk seiring dengan misi TV9 yang mementingkan pembangunan rohani masyarakat dan kemajuan masa kini.

AKOK juga turut menyediakan aktiviti santai yang bersifat kekeluargaan seperti sukan rakyat antara pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, penduduk dan masyarakat kampung serta tidak ketinggalan juga warga kerja TV9 di samping persembahan nyanyian daripada beberapa artis tempatan.

Turut memeriahkan acara adalah rancangan bual bicara TV9, Nasi Lemak Kopi O yang dihoskan oleh Aziz Desa dan Mek Nik Sayyidah pasti membuka mata penonton untuk sama-sama merasai kemeriahan dan keseronokan Apa Khabar Orang Kampung seawal jam 8 pagi.

Acara padang ini turut membawa personaliti-personaliti TV9 seperti Zuhairah, Adruce, Fimie, Azian, Farrah Adeeba, Noraniza Idris, Jefri Din dan Akbar.

Seperti biasa, AKOK memberi peluang kepada penonton untuk bersama dengan dua ahli panel jemputan Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Pengarah Institut Kajian Haids, KUIS dan Ustaz Roslan Mohamed, Pensyarah Kanan Universiti Malaya dalam rancangan bual bicara keagamaan Halaqah yang bermula pada jam 9 malam.

Rakaman Halaqah yang membincangkan tajuk ‘Berani Gagal’ ini ditemani oleh Ustaz Syukri Yusof sebagai pengacaranya. Seiring dangan hasrat kerajaan yang ingin melihat masyarakat orang asli terus maju, mereka harus membuat perubahan untuk lebih realistik, belajar serta menyahut seruan ini. Stigma kemiskinan, hak dan bantuan bukanlah penghalang untuk bergerak pantas bagi pembangunan ekonomi dan sosial. Justeru, masyarakat ini harus mengadaptasikan kebolehan diri dan menggunakan kekayaan hasil bumi sebagai sumber bagi menampung kehidupan.

AKOK juga memberi peluang kepada penduduk kampung mempamerkan barangan hasil kerja tangan ataupun hasil titik peluh mereka untuk dikongsi bersama masyarakat setempat.

Justeru, ini membuka peluang pekerjaan kepada pemuda di desa di samping menaikkan nama kampung mereka di mata masyarakat. Usaha untuk memajukan kawasan luar bandar pastinya berhasil sekiranya semua pihak sudi bekerjasama dan melihat rancangan ini dari sudut positif.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan