Wajah 'tua' Brad Pitt menjadi!

Diterbitkan: Selasa, 3 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Brad disolek seperti wajah lelaki tua berusia 80 tahun bagi filem 'The Curious Case Of Benjamin Button.'
Brad disolek seperti wajah lelaki tua berusia 80 tahun bagi filem 'The Curious Case Of Benjamin Button.'

SOLEKAN yang dikenakan ke atas wajah kacak Brad Pitt nampak begitu realistik sekali hinggakan ayahnya sendiri terperanjat melihat hasilnya.

Wajah Brad yang selalu dikatakan tidak dimakan usia itu, disolek untuk kelihatan seperti wajah lelaki tua berusia 80 tahun bagi filem 'The Curious Case Of Benjamin Button.'

Ketika melawat anaknya di set penggambaran filem itu, ayah Brad Pitt William hampir-hampir tidak percaya yang ditatapnya ialah wajah anak kesayangannya.

Malah, beliau terkejut dengan 'perubahan drastik' yang dilakukan oleh jurusolek untuk solekan wajah anaknya itu.

Di dalam filem itu, Pitt membawa watak lelaki tua yang kembali muda secara perlahan-lahan dan kemudiannya jatuh cinta dengan seorang wanita tua.

"William begitu terkejut melihat wajah Brad begitu tua, lebih tua dari dirinya sendiri. Dia begitu terganggu melihat perubahan mendadak itu. Katanya, ia begitu mengerikan," kata satu sumber.

Namun ketika diberitahu Brad terpaksa disolek selama lima jam setiap hari tapi tidak pernah sekali mengeluh, ayah Brad berkata, "begitulah cara dia dibesarkan. awak akan melalui fasa itu dan tidak akan mengeluh," kata sumber itu lagi.

Brad Pitt telah menunjukkan lakonan yang begitu cemerlang seklai untuk filem 'The Curious Case of Benjamin Button.'

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan