Slumdog Millionaire jadi siri TV pula - Berita Hiburan | mStar

Slumdog Millionaire jadi siri TV pula

Diterbitkan: Selasa, 3 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WALAUPUN ramai yang mencemuh filem 'Slumdog Millionaire' di Mumbai, realitinya filem ini berjaya membuka mata ramai orang tentang kehebatan filem ini dari segi moral, budaya dan nilai kemanusiaan.

Setelah membolot banyak anugerah penting di Anugerah Golden Globes ke-66 baru-baru ini, khabar terbaru mendapati beberapa penerbit TV sudah berura-ura untuk menerbitkan filem itu dalam bentuk bersiri yang diberi nama 'Secret Slumdog Millionaire'.

Program ini akan menjadi 'spin-off' siri 'Secret Millionaire.'

Jika dalam 'Secret Millionaire', ramai orang kaya yang menyamar dalam komuniti orang susah sebelum benar-benar menghulurkan bantuan kepada golongan tidak bernasib baik ini, tetapi dalam siri baru ini pula, jutawan-jutawan akan dibawa melawat tempat setinggan di Mumbai, di mana pengambaran filem Slumdog Millionaire dibuat dan menolong orang-orang susah di daerah ini.

Idea ini dicetus oleh Celador, yang juga pengarah bersama filem itu dan pernah menerbitkan program 'Who Wants To Be A Millionaire?' yang dipersembahkan oleh Chris Tarrant.

Syarikat produksi tidak sabar-sabar hendak mengumumkan siri baru ini dan ingin mempromosi dan memberi publisiti secepat mungkin.

"Ini adalah idea yang bijak. Secret Millionaire begitu disukai dan nampak gaya program baru ini akan lebih lagi disukai," jelas orang dalam stesen TV itu.

"Jutawan-jutawan yang ingin turut serta akan melihat sendiri betapa kemiskinan di Mumbai dan ianya tentu sekali akan menyentuh perasaan apabila mereka mengenalkan identiti sebenar mereka," kata beliau lagi.

"Pihak penerbit sudah menyiapkan diri mereka untuk menghadapi cemuhan yang mengatakan mereka cuba mengambil kesempatan atas kemiskinan kerana yang penting mereka akan dapat membantu orang-orang miskin," jelasnya lagi.

Celador sendiri khabarnya akan bekerjasama dengan RDF Media, syarikat produksi bebas yang menghasilkan siri Secret Millionaire.

Buat masa ini, tajuk yang dicadangkan ialah 'Secret Slumdog Millionaire' tapi kemungkinan akan berubah nanti.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan