Siri seram baru 'Keliwon' TV3 tonjolkan kelainan

Diterbitkan: Selasa, 3 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SLOT Seram yang disiarkan menerusi TV3 terus mendapat sambutan menggalakkan setiap minggu. Sejak diperkenalkan, bermula dengan siri Susuk sehinggalah Puaka Niang Rapik, peningkatan penonton yang menyaksikan slot yang disiarkan setiap Khamis jam 9.30 malam ini bertambah setiap kali ia disiarkan.

Kini, TV3 mempamerkan kelainan dalam slot ini dengan menampilkan satu lagi siri seram, ”Keliwon” yang akan menemui penonton mulai 5 Februari ini.

Berbeza dengan siri yang ditayangkan sebelum ini, ”Keliwon” memaparkan kisah yang berbeza setiap minggu dengan pelakon-pelakon yang berbeza.

”Keliwon” diarahkan oleh Rashid Sibir, pengarah yang sinonim dengan drama bergenre cinta yang sering menyentuh perasaan naluri penonton menerusi hasil kerjanya. Buat pertama kalinya, Rashid mencuba sesuatu yang baru apabila berubah arah kepada penghasilan drama bergenre seram pula.

Lebih menarik siri ”Keliwon” yang bersiaran sebanyak 13 episod ini menampilkan kelainan pada setiap episod yang memaparkan kisah seram rakyat. Siri ini diterbitkah oleh syarikat miliknya sendiri, Rashbir Media Sdn. Bhd. "Ini merupakan percubaan pertama TV3 bagi membawa kelainan dengan menampilkan pelbagai cerita dalam slot seram ini. Apa yang penting, adalah pada tajuk itu sendiri.

"”Keliwon” merupakan perkataan Jawa dan menurut kepercayaan mereka, makhluk-makhluk halus pada malam Jumaat ketiga setiap bulan merupakan malam yang ’keras’ dan akan merayau dan mengacau orang ramai.

"Drama sebegini bukan berniat untuk menakut-nakutkan orang tetapi ini adalah untuk mengajar penonton mengelakkan diri daripada tertipu atau mempercayai ajaran-ajaran tahyul.

"Cerita-cerita sebegini membangkitkan nostalgia kepada generasi lama dan membuka mata genarasi muda." ujar Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Pn Nurul Aini Abu Bakar.

Berdasarkan cerita-cerita seram rakyat ini, sebanyak 13 episod yang akan membawa penonton mengenali entiti-entiti seram dengan tajuk-tajuk menarik seperti Sungai Puaka, Darah Lantera, Saka Harimau, Saka Pulut Kuning, Santau, Pontianak, Hantu Kopek, Tiang Seri, Anak Belaan, Rasuk, Puaka Kain Kapan, Mak Andam Cantik dan Puja.

Barisan-barisan pelakon yang membintangi ”Keliwon” ini juga tidak kurang hebatnya. Setiap minggu ia menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Emelda Rosmila, Zed Zaidi, Zulhuzaimi, Elly Mazlein, Fezrul Khan, Mariani, Adet, Kefli, Maria Farida, Hamidah Wahab, Khatijah Tan, Norlia Ramli, Wan Maimunah, Rosnah Mat Aris, Norkhiriah, Safura, Fazura, Azizan Nin dan ramai lagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan