Luahan marah Maya terhadap kekejaman Israel

Diterbitkan: Selasa, 3 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jika berpeluang Maya Karin mahu bersemuka dengan puak Israel demi menghentikan peperangan di Gaza. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT
Jika berpeluang Maya Karin mahu bersemuka dengan puak Israel demi menghentikan peperangan di Gaza. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT

MUNGKIN niatnya untuk bersemuka dengan rejim Israel yang menyerang orang Palestin di Gaza dianggap suatu cita-cita yang sukar dicapai.

Namun, mana tahu suatu hari nanti jika berpeluang, aktres cantik Maya Karin Roelcke, 30, mampu mengabulkan niatnya itu.

“Saya nak sangat bercakap dengan semua rejim Israel di mana jika melihat sejarah semasa 50 tahun lalu, mereka telah lalui saat-saat diserang dan menjadi mangsa.

“Namun, sejarah itu berulang kembali tetapi kali ini mereka bertindak kejam seolah-olah tidak mempelajari daripada pengalaman lalu.

“Jika dahulu mereka menjadi mangsa, sepatutnya mereka perlu memuhasabah diri dan bukannya bertindak jahat dan membalas balik.

“Orang yang pernah menjadi mangsa sepatutnya berasa simpati dengan orang lain yang pernah senasib dengan mereka dan bukannya mempunyai perasaan untuk membuat jahat lagi,” ulas Maya yang turut menginsafi diri apabila dirinya turut menjadi mangsa rompak ketika meninggalkan keretanya dalam masa beberapa minit sahaja kira-kira dua minggu lalu.

Bukan itu sahaja, Maya berkata beliau juga berasa geram dan marah apabila melihat penderitaan yang dialami oleh mangsa serangan Israel.

“Saya berasa sangat sakit hati dan marah kerana orang Israel merupakan umat manusia yang sangat kejam.

“Tetapi, apa yang boleh kita lakukan? Macamana kita nak boikot barangan Israel sedangkan barangan mereka tidak diimport ke sini.

“Jika kita hendak boikot produk Amerika pun, semua orang tak boleh guna komputer pula. Saya rasa susah untuk kita lakukan sesuatu perkara berhubung isu boikot ini.

“Saya hanya mampu berikan sumbangan dalam bentuk kewangan untuk mengurangkan kesengsaraan mangsa tentera Zionis,” kata Maya.

Selain itu, menurut beliau, semua rakyat Malaysia juga boleh meningkatkan kesedaran terhadap apa yang berlaku di sana.

“Misalnya, saya terlibat dengan jualan dan lelongan amal yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu,” tutur isteri kepada Muhammad Ali Abdullah, 39 atau Steven David Shorthose ini.

Simpati dengan cara hidup di Gaza

Memandangkan Maya juga merupakan seorang yang prihatin terhadap alam sekitar, beliau juga bersimpati dengan cara hidup yang diamalkan oleh penduduk di Gaza.

“Cara hidup rakyat di Gaza cukup menyeksakan. Mereka hidup dikelilingi dengan debu dan batu.

“Saya pernah menonton sebuah dokumentari di Jerman yang memaparkan tentang Israel menghalang Palestin daripada mendapatkan air bersih sehingga mereka terpaksa mengambil air dari sungai.

“Kalau suatu masa nanti jika Malaysia mengalami masalah tiada bekalan air, mungkin kita akan mengalami nasib yang sama dengan mereka,” luah Maya dalam nada tenang.

Berlakon watak bunian

Dalam sibuk beramal, Maya juga sedang mempersiapkan diri untuk berlakon sebagai bunian di dalam filem Magika terbitan KRU Studios.

“Dalam filem Magika, saya memegang watak gadis bunian dan pengambaran filem itu akan berjalan mulai pertengahan bulan ini,” kata Maya yang turut mendapat tawaran berlakon dua buah filem lain yang belum boleh diberitahu buat masa ini.

Tambah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-21 ini, beliau tidak sabar menantikan tayangan filem Pisau Cukur dalam tahun ini. Filem arahan Bernard Chauly itu turut dilakonkan oleh Fazura.

Di dalam filem tersebut, Maya memegang watak Bella yang digambarkan seorang wanita manja dan gedik.

Bereksperimen semula dengan muzik

Selepas lima tahun sepi tanpa nyanyian, Maya berkata beliau akan kembali aktif dalam bidang tersebut mulai tahun ini.

“Saya akan bereksperimen semula dengan muzik selepas berehat daripada nyanyian sejak lima tahun lalu.

“Saya akan merakam album baru dalam tahun ini. Sekarang, saya sedang melalui proses ‘jamming’, mencari material dan merakam beberapa buah lagu di mana ianya ada yang jadi dan ada yang tidak.

“Mungkin buat permulaan, saya akan keluarkan sebanyak dua hingga tiga buah ‘single’ dahulu.

“Saya nak tengok dulu jika ada satu hingga dua buah lagu yang hits,” ulas Maya.

Antara komposer yang menjadi pilihan Maya adalah Audi Mok.

“Saya suka bekerja dengan Audi kerana dia tahu apa yang patut dan sesuai dengan suara saya. Selain itu, saya juga mengambil lagu daripada Faizal Tahir, Aidit Alfian dan Sharon Paul.

“Saya menjanjikan lagu-lagu saya merupakan sesuatu yang baru untuk peminat dan pendengar yang pelbagai. Saya tak tahu nak katakan kelainan yang bagaimana, tetapi saya harap semua sabar menantikan kemunculan lagu saya nanti,” tutur Maya yang merasakan beliau tidak mempunyai kelebihan dalam menggubah lagu.

Jelas Maya, beliau sudah cuba menggubah lagu tetapi akhirnya akur dan biarlah orang yang mahir membuatnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan