Nikki dan Audi Mok pilih bulan Jun untuk meterai kasih

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Komposer terkenal Audi Mok akan disatukan dengan penyanyi Nikki pada bulan Jun ini.
Komposer terkenal Audi Mok akan disatukan dengan penyanyi Nikki pada bulan Jun ini.

[SEMASA] TARIKH 27 Jun 2009 semestinya menjadi tarikh keramat buat penyanyi Nikki, 24, dan komposer terkenal Audi Mok, 38, apabila mereka bakal disatukan atas gelaran suami dan isteri.

Ketika membuka persoalan tentang kahwin, terus hati Nikki atau Nicolette Louisa Palikat diserbu rasa takut.

Bukan kerana belum bersedia, namun penyanyi lagu Drama yang berduet dengan Yanie dan Ning Baizura ini berasa bimbang sekiranya beliau tidak mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang baik di kemudian hari.

Namun, dalam masa yang sama Nikki turut meluahkan perasaan gembiranya apabila telah menemui seseorang untuk dijadikan teman hidupnya di waktu susah dan senang akan datang.

Bercerita mengenai saat-saat menerima lamaran Audi semasa Hari Lahirnya pada November lalu, Nikki seakan-akan terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Audi pada masa itu.

"Kiranya saya mendapat hadiah Hari Jadi yang paling istimewa apabila menerima lamaran Audi di Bangkok, Thailand.

"Sebelum itu, saya memang tidak jangka yang Audi akan melamar saya sehingga apabila dia membuat kejutan tersebut, saya sudah tidak mampu menahan perasaan terharu lalu menangis," cerita Nikki yang turut mendapat hadiah istimewa lain daripada Audi tetapi mahu merahsiakannya.

Episod perkenalan sehingga membibitkan perasaan cinta sudah berputik sejak tiga tahun lalu namun Nikki mahupun Audi pandai merahsiakan perhubungan tersebut.

Jelas Nikki, mereka bukan sengaja merahsiakannya sebaliknya tidak mahu terlalu mendedahkan hubungan tersebut bimbang sekiranya putus di tengah jalan.

Selepas betul-betul mengikat tali pertunangan pada 26 Disember lalu, barulah Nikki bersedia menjawab semua persoalan yang dinanti-nantikan oleh setiap orang yang mencurigai hubungan mereka berdua.

"Sehari selepas menyambut Hari Krismas, saya dan Audi bertunang di Sabah.

"Apa yang membuatkan saya nekad memilihnya kerana dia merupakan seorang lelaki yang mempunyai ‘chemistry’ dengan saya yang sebelum ini saya belum pernah jumpa sepertinya. Saya susah nak jumpa lelaki yang berfikiran ‘golden’ sepertinya.

"Prinsip, idea dan moralnya boleh dikatakan selalu sama dan sependapat dengan saya.

"Apabila bergaduh pun, kami akan cepat berbaik dan perasaan sayang tetap ada," tutur Nikki yang mengenali Audi ketika masing-masing terlibat dalam pembikinan albumnya, Maharani.

Bercerita sedikit mengenai perancangan perkahwinannya, Nikki dan Audi akan dikahwinkan di salah sebuah gereja di Kuala Lumpur pada 27 Jun depan manakala pada sebelah malamnya, mereka akan menjalani resepsi di sebelah Audi iaitu di Melaka.

Pasangan ini dijangka akan berbulan madu di Phuket pada keesokan harinya.

Menyentuh tentang karier seninya, Nikki telah memasarkan album terbarunya, Hawa pada Disember lalu.

Diterbitkan oleh Vernon Kedit-Jolly dan Michael Ang, Hawa memuatkan 12 buah lagu termasuk dua lagu Inggeris.

Meneruskan kolaborasi dengan Audi Mok, album ini juga mendapat sentuhan daripada Faizal Tahir, Kieran Kuek, Pam Yuen dan Nur Fatimah serta lirik nukilan Amylea, Ad Samad, Azalea, Imran dan Mode.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan