Mawi-Ekin semakin bahagia setelah berbulan madu

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasangan bahagia Mawi dan Ekin. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Pasangan bahagia Mawi dan Ekin. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

CERITA pasangan suami isteri, Mawi dan Ekin kurang digembar-gemburkan selepas pemergian mereka ke Korea untuk berbulan madu baru-baru ini.

Asmawi Ani, 28, dan Nora’Ashikin Rahmat, 30, yang bernikah pada 20 Disember lalu di Johor Bahru, Johor kembali memenuhi ruang akhbar dan media elektronik dengan cerita menarik yang dibawa pulang dari Korea selepas pulang ke tanah air pada 22 Januari lalu.

Selepas menghabiskan cuti bulan madu selama seminggu, kini penyanyi terkenal dan penuh kontroversi ini mula menjalankan tugas seninya seperti biasa pada Sabtu lalu.

Diusik tentang keadaan pasangan sama cantik sama padan ini, mereka akui semakin bahagia selepas lebih sebulan meniti kehidupan sebagai suami dan isteri.

"Saya berasa seronok dan bahagia sekarang ini selepas mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik...

"Mulai hari ini (31 Januari), saya kembali bekerja. Selepas ini, saya akan terlibat dengan pengambaran filem Magica terbitan KRU Studios.

"Album terbaru saya, Qasidah Allah Habeebi juga telah berada di pasaran sejak minggu lepas tetapi saya belum dimaklumkan tarikh ia akan dilancarkan," beritahu Mawi di samping Ekin yang terlibat dalam aktiviti lelongan dan jualan amal di Amcorp Mall, Petaling Jaya baru-baru ini.

Lelong kasut dan jeans berjenama untuk Gaza

Mawi berjaya melelong sepasang kasut Ferragamo yang masih baru dan belum pernah dipakai olehnya sebelum ini pada harga RM280.

Menurut Mawi, kasut itu dibeli olehnya ketika beliau menjalani pengambaran program Langkah Mawi di London.

Sementara itu, sehelai jeans Guess yang dilelong pada harga RM250 dibeli ketika beliau ke Los Angeles pada tahun lalu.

"Saya juga menjual seluar jeans yang tidak pernah dipakai itu kerana ia berbentuk ‘boot cut’," kata Mawi yang turut meluangkan masa menjual aiskrim Wall’s di mana sumbangan untuk setiap barangan yang dijual disalurkan kepada tabung Gaza.

Sementara pada sebelah malamnya, Mawi menjayakan Konsert Malam Amal Atas Nama Kemanusiaan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Pakai baju pengantin tradisional Korea

Ketika berkunjung ke Korea, Mawi dan Ekin sempat melawat beberapa tempat menarik seperti Pulau Nami, Lotter Water World dan Seoul.

"Waktu kami ke Korea, negara tersebut sedang mengalami musim sejuk.

"Jadi, banyak pengalaman baru yang diperolehi seperti dapat bermain jet ski di Pulau Nami iaitu lokasi pengambaran ‘soap opera’ Winter Sonata. "Paling istimewa, kami berpeluang mengenakan baju pengantin tradisional Korea yang dibuat khas oleh pereka terkenal dari sana di mana beliau bukan sahaja termasyur di Korea malah turut dikenali di United Kingdom.

"Kami juga melihat pertunjukan ‘jumps’ di Seoul serta beberapa persembahan popular di sana," ujar pasangan yang belum menunjukkan tanda-tanda untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini.

Kunjungan mereka ke Korea tidak sah jika tidak membeli-belah seperti cenderamata kenangan untuk di bawa pulang bersama.

"Kami ada juga membawa pulang cenderamata dari Korea tetapi tidak banyak yang kami beli sebab kebanyakan barangan di sana agak mahal.

"Lagipun, niat kami ke sana hanya untuk bercuti semata-mata," ulas Mawi yang membeli baju-T, beberapa pakaian lain dan cenderamata.

Tambah Mawi, selepas ini, beliau terpaksa menyimpan dahulu angan-angan untuk membawa Ekin bercuti ke Syria disebabkan masalah mendapat cuti panjang.

"Insya-Allah, kalau ada cuti lagi, kami akan pergi berbulan madu lagi. Buat masa ini, masa tidak mengizinkan sebab tiada cuti,"” kata Mawi.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan