Kieran impikan anak lelaki

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kieran tidak sabar menantikan kelahiran anak sulungnya pada bulan Mac nanti.
Kieran tidak sabar menantikan kelahiran anak sulungnya pada bulan Mac nanti.

SUDAH menjadi satu trend apabila seorang deejay radio menjadi host di kaca televisyen. Bermula dengan bekas deejay Era, Halim Othman, kini langkah tersebut diteruskan seorang lagi penyampai radio Hot FM, Kieran atau nama sebenarnya Maskiran Jakiran.

Dia bakal memahat nama sebagai pengacara gameshow paling lama bertahan di negara ini iaitu Roda Impian, yang bakal disiarkan di stesen swasta nombor satu negara,TV3.

Kesempatan bertemu dengan deejay yang dikenali dengan gelaran Jawa Rangersini digunakan untuk bertanya pengalamannya sebagai pengacara Roda Impian musim terbaru.

“Saya anggap rezeki sebagai pengacara Roda Impian ini sebagai rezeki anak sulung saya yang bakal lahir nanti. Biarpun bayaran yang diterima agak lumayan, ia bukan sebab utama saya menerima tawaran ini.

"Saya anggap peluang ini sebagai sesuatu yang bagus untuk saya terokai dalam bidang pengacaraan," kata Kieran yang juga suami kepada Yang Azliyang Mohd Yunus sejak Jun tahun lalu.

Bagi bekas deejay Radio Era FM ini, peluang yang diberikan oleh Media Prima tidak harus disia-siakannya.

"Biarpun pada awalnya agak payah untuk saya ikut cara penyampaian yang formal sebab dah biasa dengan perangai ‘gila-gila’ di konti, namun saya tetap kuatkan semangat untuk mencuba dan buat yang terbaik dalam program ini.

"Saya juga perlu jaga diri supaya tak over acting sebab takut penonton tak suka pula nanti. Saya juga berdebar-debar tunggu reaksi penonton apabila episod pertama disiarkan nanti," kata Kieran.

Dalam masa yang sama jejaka kelahiran Klang, Selangor ini tetap membuat persediaan sebelum menerima tawaran menjadi hostprogram yang diadaptasi daripada gameshow, Wheel Of Fortune dari Amerika Syarikat ini.

"Saya banyak juga menonton rakaman gameshow, Roda Impian versi berbeza yang disiarkan di negara lain seperti di Filipina, Singapura, Amerika Syarikat dan Malaysia sendiri sebagai sumber rujukan saya.

"Saya tak mahu bawak kelainan keterlaluan kerana program ini sudah ada identitinya sendiri. Cuma kelainan yang dapat saya bawa adalah dari segi gaya penyampaian saya sebagai pengacara rancangan berbentuk gameshow," ujar Kieran yang pernah bergandingan dengan Khairil Rashid mengendalikan slot Pagi Di Era.

Cari keserasian bersama Fouziah

Pertama kali bergandingan dengan pelakon meningkat naik, Fouziah Gous yang bertindak sebagai gadis pembuka kotak Roda Impian musim terbaru menjadi pengalaman baru buat Keiran.

"Ini pengalaman pertama saya, bergandingan bersama Fouziah. Kami berbual pertama kali masa recordingepisod pertama Roda Impian.

"Masa mula-mula tu agak susah jugak nak cari chemistry bersama sebab masing-masing sibuk dengan kerja sendiri. Tapi sekarang ini setiap kali masuk set kami akan berbual-bual dan berbicang bagaimana untuk memantapkan lagi program ini.

"Setiap hari kami mula recording seawal jam 7;30 pagi hingga 6 petang, biarpun agak memenatkan kerana saya bertugas di sebelah malam bersama AG, saya seronok dapat pengalaman sebegini. Ia banyak memberi pendedahan kepada saya," katanya.

Tidak sabar bergelar ayah

Bercerita mengenai kisah peribadinya, nyata Kieran tidak sabar untuk bergelar ayah, hasil perkongsian hidupnya bersama isteri tercinta Yang Azliyang yang dikahwininya tahun lalu.

"Kehidupan rumah tangga saya sangat membahagiakan. Saya juga bersyukur kerana isteri saya sangat memahami jadual kerja saya walaupun dia dalam keadaan mengandung dan sarat. Mak saya banyak tolong tengok-tengokkan dia di rumah kalau saya tiada.

"Insya-Allah saya akan jadi ayah tak lama lagi. Isteri saya akan bersalin awal bulan Mac ini. Saya pun tak sabar nak menjadi ayah.

"Tentang jantina anak biarlah dahulu. Saya pun kalau boleh tak mau la tau awal, isteri saya pun tak kisah, baby boy ke girl. Tak tau jantina lagi bagus biarlah bagi kejutan untuk saya dan isteri,” ujar Kieran dalam nada ceria.

Namun dalam masa yang sama Kieran berkata jika diberikan rezeki dia mengimpikan anak lelaki agar dia mempunyai geng bermain bola sepak dan menonton perlawanan bola sepak bersama-samanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan