Juhi warnakan rambut untuk jadi 'isteri' Rishi Kapoor

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Juhi membawa watak isteri Chintuji, seorang wanita Punjabi yang bising dan ingin menjadi seorang 'socialite'.
Juhi membawa watak isteri Chintuji, seorang wanita Punjabi yang bising dan ingin menjadi seorang 'socialite'.

DUA belas tahun lamanya masa memisahkan Juhi Chawla dengan pelakon kesayangannya Rishi kapoor. Namun, filem terbaru 'Luck By Chance' akhirnya menemukan kembali kedua sahabat ini.

"Rishi dah berubah sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Dia lebih fleksibel tapi perampus. Namun saya tetap merindui saat-saat berlakon dengannya," jelas aktres yang kali terakhir dipadankan dengan Roshi dalam filem 'Karobaar'.

Juhi juga pernah digandingkan dengan aktor veteran itu dalam filem 'Daraar' pada tahun 1996.

"Saya selalu teruja berlakon dengannya. Sebenarnya dia masih melayan saya seperti dulu. Dia suka jerit pada saya dan semua yang berada di set. Itulah Chintuji," jelas aktres Juhi yang jelas gembira melihat perkembangan Rishi.

"Dulu-dulu kami pernah buat filem-filem seperti 'Bol Radha Bol' dan 'Eena Meena Deeka.' Dan Rishi paling tidak gemar bila ada shooting di malam hari.

"Jadi bila baru-baru ini ada pengambaran malam untuk filem 'Luck By Chance', saya berkata dalam hati tentu Chintuji akan mengamuk dan merengus. Tapi dia telah memeranjatkan saya apabila perangainya sudah jauh berubah. Dia langsung tidak merungut walaupun setelah kami 'wrap-up.'

"Kalau dulu, dia langsung tidak boleh bertolak ansur bila tiba soal waktu. Segalanya hendaklah mengikut schedule. Tapi kini dia sudah banyak berubah dan lebih fleksibel," jelas aktres yang membawa watak cameo dalam filem Zoya Akhtar, "Luck By Chance".

"Saya membawa watak isteri Chintuji, seorang wanita Punjabi yang bising dan ingin menjadi seorang 'socialite'. Saya pakai baju yang terang warnanya dengan make-up yang garang.

"Saya juga terpaksa mewarnakan rambut saya perang untuk memberi penghayatan kepada watak itu," jelas Juhi.

Aktres yang kini menetap di Selatan Mumbai ini berkata, dia tidak dapat meluangkan masa untuk berlakon lebih kerap seperti dulu.

"Untuk bekerja, saya boleh ke mana saja tapi untuk besosial agak susah sikit. Lebih sennag ke London dari ke Film City," katanya.

Untuk premier filem 'Luck By Chance', Juhi telah dijemput ke London.

"Saya mungkin ke London kerana saya tidak mahu terpisah terus dengan kawan-kawan termasuk Chintuji. Walaupun saya tidak muncul sekerap dulu tapi saya tidak pernah rasa saya tersisih dari warga seni di Mumbai," katanya.

Juhi kini dapat dilihat sebagai juri program realiti "Jhalak Dikhla Jaa".

"Nasib baik saya tidak perlu menunjukkan sikap agresif, sekadar memberi pandangan saja. Dan saya juga tidak perlu berlakon. Lagipun peserta-peserta semuanya bukan penari.

"Saya tidak pandai menilai peserta tapi tak apalah saya masih belajar," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan