Harman nafi Amrita cinta barunya

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelakon baru Harman Baweja menafikan aktres Amrita Rao adalah cinta barunya.
Pelakon baru Harman Baweja menafikan aktres Amrita Rao adalah cinta barunya.

KALAU orang lain mungkin sudah putus harap tapi aktor baru Harman Baweja dapat menerima semua cabaran dengan hati yang tenang.

Meskipun filem pertamanya 'Love Story 2050' tidak mendapat sambutan 'box office' dan di masa yang sama dia terputus kasih dengan aktres Priyanka Chopra, semua ini tidak melemahkan semangat Harman. Malah pemuda yang agak kacak ini sanggup bekerjasama dengan bekas teman wanitanya, Priyanka dalam filem terbaru Ashutosh Gowariker bertajuk "What's Your Rashee."

Katanya, "Kisah peribadi tidak menganggu kerja saya."

"Memang seronok bekerja dengan Priyanka masa dulu. Begitu juga dengan sekarang. Kisah peribadi tidak harus dicampur aduk dengan kerja. Kita perlu bersikap profesional. Ianya tidak harus menjejas persahabatan yang terjalin antara kami," kata Harman.

Harman juga tidak begitu senang apabila dia dikritik hebat kerana kelemahan filem pertamanya ''Love Story 2050.'

"Cara saya dikritik seolah-olah saya telah melakukan satu jenayah. Bukannya saya seorang saja yang telah berlakon dalam filem yang tidak laku. Ramaipun macam tu juga. Neil Nitin Mukesh misalnya. Mungkin ini salah satu cara untuk mereka mematahkan semangat saya," jelasnya.

'What's Your Rashee' sepatutnya dilakonkan oleh pasangan kekasih Shahid Kapur dan Kareena Kapur tapi setelah mereka berpisah, peranan itu telah diberikan kepada Harman dan Priyanka.

Ketika ditanya, Harman berkata, "ianya berlaku secara kebetulan sahaja."

Harman juga tidak merasa jauh hati bila dia tidak menerima nasib baik seperti pendatang baru yang lain seperti Ranbir Kapoor, Neil atau Imran Khan. Namun dia tidak kisah semua itu.

"Saya tidak mencemburui mereka. Lagipun kita di dalam bidang yang sama. Cari makanpun di tempat yang sama. Di sini kita tidak meraikan kejayaan atau kekecewaan orang lain," jelasnya.

Walaupun filem pertamanya tidak memberangsangkan, Harman masih berjaya mencuri perhatian pengarah tersohor Sanjay Leela Bhansali, Ashutosh Gowariker dan Anees Bazmi.

"Yang penting mereka dapat melihat potensi saya. Itu sudah mencukupi," katanya.

Harman juga agak optimistik kejayaan filem barunya yang lagi satu, "Victory" gandingannya dengan Amrita Rao.

Tapi yang tidak sedapnya, beliau pula digosipkan menjalinkan hubungan dengan Amrita.

"Ini semua hanya satu publisiti murahan. Baru sekarang saya faham industri ini...," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan