Kisah perebutan harta dan cinta antara dua beradik

Diterbitkan: Jumaat, 30 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sheila Rusly membawakan watak Malika, seorang pengamal ilmu hitam
Sheila Rusly membawakan watak Malika, seorang pengamal ilmu hitam

SEBUAH lagi drama bersiri menarik, Anak Betong, mula menghiasi kaca televisyen menerusi saluran TV3 dan TV9 sejak 27 Januari lalu, arahan pengarah tersohor Azman Yahya atau Jinggo yang merupakan terbitan J.S Pictures Sdn Bhd.

Drama bersiri 20 episod itu disiarkan di slot Lagenda setiap Isnin hingga Khamis.

"Anak Betong adalah pembikinan semula daripada filem klasik Anak Buluh Betong, kisah anak angkat yang kemudiannya derhaka kepada bapa angkatnya. Olahan dan nafas baru diberikan bagi menguatkan jalan cerita dimana diselitkan sedikit unsur seram.

"Apa yang penting adalah untuk memberikan pengajaran dan teladan kepada semua lapisan masyarakat dan peringkat umur penonton supaya nilai-nilai positif yang diterapkan dalam siri ini mampu memberi kesedaran dan mendidik generasi akan datang.

"Dengan lakonan hebat pelakon-pelakonnya, pasti membuatkan penonton tertunggu-tunggu kisah selanjutnya dari siri ini dan ini juga merupakan salah satu kelainan dan keunikan yang disiarkan dalam slot Lagenda ini," ujar Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar.

’Anak Betong’ dibintangi oleh barisan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Ezany (Zaman), Fizz Fairuz (Jagat), Sheila Rusly (Malika), Hairee Othman (Hasan), Wan Nor Azlin (Salmah), Normah Damanhuri, Maya Matahari, Abon, Haiza, Linda Hashim, Bagio dan ramai lagi.

Siri ini mengisahkan Hasan, seorang guru silat terkenal di daerah Betong yang telah berkahwin dengan Salmah lebih dari 20 tahun. Namun pasangan ini masih tidak dikurniakan seorang pun cahaya mata.

Hasan enggan mengambil anak angkat kerana “legasi” keluarganya. Legasi pertama adalah ilmu persilatan yang diwarisinya terlalu berkuasa dan merbahaya jika jatuh ke tangan orang “asing”. Legasi kedua adalah harta pusakanya. Walaupun hidup sederhana mewah di kawasan terpencil, hartanya bernilai puluhan juta ringgit. Hasan tidak mahu kekayaan yang besar itu diwarisi oleh orang yang tidak ikhlas dan jujur.

Malika merupakan seorang wanita misteri yang terkenal sebagai seorang bomoh yang sering saja membantu mereka yang sakit. Tanpa diketahui, Malika merupakan seorang pengamal ilmu hitam. Dia berniat jahat untuk memiliki dan menguasai kedua-dua legasi Hasan.

Malika berjaya memperdayakan fikiran Naya, pembantu rumah Hasan yang bisu dengan berjanji yang dia akan mengubati penyakit bisu Naya jika Naya bekerja bersamanya. Suatu hari, mereka berjaya menculik seorang bayi. Malika menjampi dan memberi “kuasa” agar bayi itu masih boleh mendengar “seruan” Malika secara mistik, dan mengikut perintahnya.

Bayi itu diletakkan di bawah rimbunan pokok buluh. Hasan yang lalu dan terjumpa anak itu tidak sampai hati dan mengambilnya sebagai anak angkat.

Anak lelaki itu diberi nama Jagat dan dia begitu disayangi oleh Hasan dan Salmah. Keadaan itu kekal sehinggalah Jagat berumur 5 tahun. Jagat bertukar dari seorang anak yang baik, menjadi terlalu nakal dan sering saja menangis.

Dengan takdir Allah, Salmah tiba-tiba mengandung. Pelbagai cara dilakukan Malika untuk menggugurkan kandungan Salmah dan akhirnya dia berjaya namun anak Salmah diselamatkan oleh seorang nenek tua. Sebaik Hasan muncul, nenek itu memesan kepada Hasan untuk menjaga anaknya dengan baik. Anak itu dinamakan Zaman.

20 tahun berlalu dan Hasan semakin tua, manakala, Jagat dan Zaman meningkat dewasa. Jagat berperangai buruk dan panas baran, manakala Zaman pula masih menuntut di sebuah universiti. Malika pula masih kekal begitu, jelita dan cantik, walaupun umurnya telah tua menjangkau setengah abad.

Naya pula semakin berumur namun masih setia pada Malika kerana hartanya yang ada hanya suara, dan suara itu masih dikuasai oleh Malika.

Akhirnya Hasan semakin uzur, dia perlu membuat keputusan. Dalam satu upacara rahsia, dia telah menurunkan segala rahsia ilmu kebatinannya pada Zaman dan bukannya Jagat. Di sinilah bermulanya satu pertempuran yang hebat di antara dua beradik. Perebutan harta dan cinta, siapakah yang akan berjaya dan siapa yang bakal kecundang?

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, jangan lupa untuk menyaksikan ‘Anak Betong’ setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang di TV3 dan 8.30 malam di TV9.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan