Ummi Nazeera dalami ilmu lakonan di New York

Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ummi kini makin mula mendapat perhatian produser tempatan
Ummi kini makin mula mendapat perhatian produser tempatan

IMPIAN bintang muda ini menceburi bidang lakonan bukan atas dasar glamor. Bagi Ummi Nazeera, saat dirinya dibawa oleh sutradara popular Erma Fatima melangkah ke dunia seni beberapa tahun lalu, dia sudah mula merancang jauh untuk memastikan karier seninya bukan hanya bersandarkan kepada populariti semata-mata, tetapi juga mengutip ilmu lakonan sebanyak mungkin.

Berbekalkan impian yang sudah lama ditanamkan sejak di awal pembabitannya lagi, Ummi berhasrat untuk mengikuti kursus pendek di New York di dalam bidang lakonan bagi memantapkan lagi 'skill' lakonannya kelak.

Hasrat tersebut sudah lama diluahkan kepada keluarganya, namun kerana komitmen serta jadual lakonan yang sibuk, gadis berusia 18 tahun ini terpaksa memendamkan dulu niatnya itu.

Meskipun, tawaran tidak putus-putus diterimanya, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Awan Dania ini menegaskan, dia akan cuba mencari masa yang sesuai pada tahun ini untuk merealisasikan impiannya itu.

"Sudah lama saya fikirkan tentang perkara ini. Saya tidak mahu pembabitan saya di dalam bidang lakonan adalah berdasarkan minat semata-mata. Selagi boleh, saya mahu tingkatkan tahap lakonan saya dan boleh pergi sejauh mungkin kelak.

"Saya ingin benar-benar mendalami bidang ini. Sebab itu saya terfikir untuk ikuti kursus lakonan di salah sebuah universiti di New York.

"Tidak pasti lagi bila tarikhnya, tetapi kemungkinan saya akan ke sana pada bulan Ogos nanti untuk 'summer course' di sana.

"Sengaja saya pilih untuk ke luar negara...nak rasa hidup di negara orang dan cuba hidup berdikari, sebab selama ini saya selalu dikelilingi dan banyak bergantung kepada keluarga.

"Tetapi jika jadi ke sana pun, saya akan pergi bersama abang saya yang juga akan melanjutkan pelajaran di New York," kata anak bongsu dari dua beradik ini.

Bercerita pula tentang perkembangan karier seninya, kata Ummi, ketika ini dia sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Klon Teja setelah selesai menghabiskan drama bersiri Awan Dania yang makin melonjakkan namanya itu.

Akui pelakon yang memulakan kariernya menerusi drama Pesona Bintang arahan Erma Fatima ini, dia juga semakin mula mendapat perhatian ramai produser drama dan tidak putus-putus menerima tawaran berlakon.

"Alhamdulillah, semakin banyak pihak mula percaya dengan kemampuan saya. Tetapi saya tidak pernah rakus menerima semua tawaran itu sekaligus. Saya serik nak berkejar-kejar ke lokasi.

"Sekarang ini saya hanya tumpukan kepada satu-satu 'job' dulu. Jika tidak susah juga saya nak uruskan masa," kata anak jati Kuala Lumpur ini.

Ummi juga akui gembira kerana setakat ini dia sudah berjaya membawakan pelbagai jenis watak.

"Watak yang saya terima cukup pelbagai sekarang ini. Dapat juga merasa jadi pramugari dalam Awan Dania dan macam-macam lagi. Saya akui menerusi Awan Dania juga nama saya semakin melonjak naik.

"Tetapi dalam banyak-banyak watak yang pernah saya pegang, karektor saya di dalam drama Takdir Yang Terindah adalah yang paling sukar pernah saya bawakan.

"Mungkin juga ketika itu saya masih baru dalam bidang lakonan ditambah pula watak itu memerlukan saya bermain dengan emosi," kata Ummi yang masih berharap agar diberi peluang untuk muncul di layar perak pula.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan