Penelope sudah bosan dengan L.A

Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aktres Penelope Cruz, bekas kekasih Tom Cruse sudah bosan dengan kehidupan di Los Angeles.
Aktres Penelope Cruz, bekas kekasih Tom Cruse sudah bosan dengan kehidupan di Los Angeles.

AKTRES Penelope Cruz sudah bosan dengan kehidupannya di Los Angeles sehingga membuat keputusan untuk berpindah ke New York.

Pelakon yang pernah membintangi 'Vanilla Sky' itu berkata dia rasa kesunyian sangat di Hollywood dan kini merancang untuk membahagikan masa untuk tinggal di New York dan tempat kelahirannya Madrid, Spain, di mana keluarganya berada.

"Setelah menetap beberapa tahun di Los Angeles, saya sudah tidak berminat lagi tinggal di sini," jelas pelakon jelita itu.

"Lebih baik saya menghabiskan masa antara New York dan Madrid, di mana keluarga saya berada," katanya.

Penelope berkata hidupnya di New York tidak mungkin sunyi kerana sahabatnya, pengarah 'Vicky Cristina Barcelona', Woody Allen ada di sana.

"Allen melahirkan pandangannya tanpa berselindung tidak seperti sesetengah orang di Los Angeles," kata Penelope.

Dalam perkembangan lain, bekas teman Penelope, Tom Cruise berharap pelakon jelita itu akan memenangi Oskar kerana watak yang dibawanya dalam "Vicky Cristina Barcelona".

"Saya sukakan lakonannya dalam filem itu. saya cukup teruja dengan pencalonan keduanya dan saya harap dia akan menang," jelas Cruise di Madrid, di mana beliau sedang mempromosikan filem barunya "Valkyrie" ketika ditanya harapan kemenangan Cruz untuk Anugerah pembantu Aktres Terbaik.

Cruise, 46 dan Cruz, 34, berjumpa di set pengambaran "Vanilla Sky" di 2001.

Cruz juga pernah mendapat pencalonan untuk pelakon terbaik bagi filem "Volver" pada tahun 2007 yang diarahkan oleh pengarah Spanish Pedro Almodovar.

Anugerah Academy ke 81 akan diadakan pada 22 Februari di Hollywood's Kodak Theater.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan