Nicole Kidman akan bawa watak transeksual pertama di dunia

Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aktres Nicole Kidman sudah biasa bawa watak transeksual.
Aktres Nicole Kidman sudah biasa bawa watak transeksual.

NICOLE Kidman, akan membawa watak transeksual pertama yang berjaya melalui operasi tukar jantina dan akhirnya berkahwin dengan Charlize Theron dalam filem terbaru 'The Danish Girl'. Kidman akan berlakon dan menerbitkan filem bertajuk "The Danish Girl," yang diinspirasi dari kisah benar pelukis Danish Einar dan Greta Wegener.

Perhubungan mereka melalui fasa yang mengejutkan apabila Einar (lakonan Nicole Kidman) tiba-tiba menjadi model wanita untuk Greta (Charlize Theron).

Kidman dan Theron pernah mendapat Oskar pelakon wanita terbaik bagi watak lesbian yang mereka lakonkan dalam "The Hours" dan "Monster."

Setelah potret mereka menjadi terkenal pada tahun 1920 di Copenhagen, Greta memujuk 'suaminya' untuk meneruskan penyamarannya sebagai wanita itu.

Perhubungan mereka memeranjatkan banyak pihak sehingga menimbulkan satu metamorfosis dan menjadi satu 'landmark' pada tahun 1931 apabila operasi mengubah jantina dilakukan oleh Einar.

Namun ini bukan watak 'transgender' yang pertama untuk Kidman, yang pernah melakonkan watak Dusty Springfield dalam sebuah biopik tentang seorang penyanyi Inggeris yang biseksual.

Filem 'Australia' yang dilakonkan oleh Kidman baru-baru ini kurang mendapat sambutan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan