Aditya: Kebergantungan kita keterlaluan!

Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, bangga menjemput Rihanna untuk beraksi di Stadium Putra Bukit Jalil pada 13 Februari. Ironinya kerana ketika ini kita warga Malaysia sedang berkempen pemboikotan produk Amerika Syarikat dan Israel, tiba-tiba muncul kempen ini.
Sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, bangga menjemput Rihanna untuk beraksi di Stadium Putra Bukit Jalil pada 13 Februari. Ironinya kerana ketika ini kita warga Malaysia sedang berkempen pemboikotan produk Amerika Syarikat dan Israel, tiba-tiba muncul kempen ini.

LEBIH 1,000 nyawa terkorban di Gaza City, Palestin. Kanak-kanak paling ketara menjadi kerakusan Zionis Israel. Itu hakikat yang kita dengar dan lihat hari ini.

Sejak Disember 2008, serangan Israel ke atas bumi Palestin kembali lagi, lebih dahsyat apabila mereka menggunakan senjata kimia untuk mematikan sasaran. Subhanallah!

Dunia menyaksikan kekejaman ini dan mengecam dari jauh perbuatan tidak berperikemanusiaan yang ditunjukkan bangsa angkuh itu. Tidak kurang juga yang cuba menghulurkan bantuan terutama makanan yang semakin hari semakin nipis bekalannya.

Di negara kita juga tidak terlepas pelbagai usaha mengutip dana sambil memberi kesedaran kepada masyarakat tentang jahatnya Israel. Bukan atas dasar Islam semata-mata malah memandang dari aspek kemanusiaan.

Bangganya apabila anak-anak seni tidak terlepas berusaha ke arah sasaran yang sama – mengumpul dana untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa kekejaman Israel yang sedang menderita di Gaza City. Tidak perlu Aditya menamakan seorang demi seorang warga seni Malaysia yang berbuat begitu kerana tidak termuat ruangan ini untuk disebutnya. Pengaruh mereka dalam menarik perhatian masyarakat ke arah kerja-kerja kebajikan ini tidak dinafikan.

Cuma Aditya tergerak untuk menyebut nama Erma Fatima saja. Di bawah yayasan anak-anak yatimnya, perempuan ini berpakat dengan puluhan rakan artis untuk mengadakan acara mengumpul dana itu yang dirancang pada 1 dan 2 Februari ini di Istana Budaya. Pelbagai yang dilakukan, pelbagai usaha kreativiti mereka dalam menarik orang ramai ke perkarangan Istana Budaya itu.

Dalam pada itu, dalam usaha kita menabung dan mendana ini, pastinya ramai yang mendapat kiriman emel atau SMS dari kenalan yang menyenaraikan nama-nama produk keluaran Amerika Syarikat- negara besar yang bersekutu dalam membantu Israel. Dengan erti kata lain, emel berantai itu menyeru agar kita memboikot daripada menggunakan barangan tersebut atau mengunjungi premis francais Amerika Syarikat.

Beberapa menteri dan orang kenamaan kita sudah menyatakan hasrat untuk memboikot produk Amerika Syarikat. Tidak terkecuali yang cuba mengecualikan diri dalam usaha memboikot ini kerana rata-rata yang turut terjejas adalah warganegara Malaysia yang mencari rezeki di premis atau francais menjual barangan Big Apple itu.

Inilah kebergantungan kita yang tidak kita boleh nafikan. Sekian lama mereka menguasai ekonomi dunia termasuk Malaysia sehingga terjadi hal-hal sebegini, masih orang kita mati akal untuk bersatu menentang mereka. Bagaimanapun cara kita boikot barangan atau francais Amerika Syarikat juga bergantung kepada keperluan semasa kerana kita sememangnya bergantung kepada mereka.

Makanan, pakaian, kosmetik, ubat-ubatan, teknologi telekomunikasi dan hiburan antara yang kita tidak boleh ketepikan. Dalam hal ini, Aditya mahu pinjam slogan Nabil si Raja Lawak, Lu fikirlah sendiri!

Entah macam mana, tiba-tiba hati Aditya sedikit terkilan dan sedikit ralat apabila mengaitkan hiburan sebagai keperluan yang kononnya amat perlu standing dengan keperluan asas seperti makanan dan pakaian. Begitu taksub orang kita untuk berhibur sehingga menjemput warga seni Amerika Syarikat ke sini. Inilah orang kita dan inilah kebergantungan kita.

Sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, bangga menjemput Rihanna untuk beraksi di Stadium Putra Bukit Jalil pada 13 Februari. Ironinya kerana ketika ini kita warga Malaysia sedang berkempen pemboikotan produk Amerika Syarikat dan Israel, tiba-tiba muncul kempen ini.

Aditya percaya sudah lama mereka merancang untuk memanggil penyanyi yang popular dengan lagu Umbrella dan Don’t Stop The Music itu ke sini. Kebetulan pula ‘serigala lapar’ Israel yang bersekutu dengan Amerika Syarikat melancarkan serangan bom fosforus putih ke atas penduduk Islam Palestin. Seolah-olah konsert ini sudah tidak boleh ditunda ke tarikh yang lebih manis. Tetapi ini kebergantungan kita!

Dalam sidang media baru-baru ini, orang kuat telekomunikasi itu mahu orang ramai menerima kehadiran Rihanna yang bernaung di bawah syarikat rakaman negara sekutu Israel itu, Def Jam Recordings, hanya dari aspek hiburan semata-mata tanpa mencampuradukkan dengan sebarang agenda politik.

Ini permintaan yang beragama Islam. Tak mengapa, lain padang lain belalang. Fikirlah sendiri! Dalam soal ini, ia bukan lagi sekadar hiburan atau tiada berkaitan dengan politik tetapi elemen kemanusiaan yang harus diutamakan. Sedikitpun Rihanna tidak bersalah kerana itu tanggungjawabnya sebagai artis dalam memberi hiburan. Namun selaku penganjur dan penaja, mereka ada pilihan yang dirasakan lebih baik dalam hal ini.

Dalam usaha kumpulan-kumpulan akhbar mengumpul dana, artis tempatan membantu menyeru membuat amal jariah membantu mangsa kekejaman Israel, tiada kita mampu elakkan untuk kedatangan produk hiburan Amerika Syarikat ke sini. Nampak percanggahan di sini tetapi inilah kita yang terlalu bergantung kepada orang lain.

Stesen-stesen TV juga tidak terlepas dalam usaha memberi bantuan ini. Baik swasta mahupun stesen milik kerajaan, mereka menghebahkan agar masyarakat bersimpati dengan nasib malang rakyat Palestin. Namun dalam masa yang sama, mereka juga tidak terlepas daripada menyokong produk Amerika Syarikat melalui siaran drama, filem dan hiburan lain terbitan negara itu.

Mampukah kita menolak produk terbitan mereka dan hanya bergantung kepada produksi terbitan anak watan yang selama ini dianggap tidak bermutu oleh sesetengah pihak? Selama inipun, bukan hasil seni anak tempatan saja, kita juga mengimport produk terbitan negara serantau Asia yang tiada kaitan dengan Israel. Mungkin penonton masing-masing dianggap tidak ‘standard’ kalau tidak menonton Gossip Girl, Kyle XY, American Idol dan yang sewaktu dengannya.

Pawagam dan sinepleks juga barangkali tutup kalau tiada barangan Hollywood untuk ditayangkan kepada rakyat jelata Malaysia. Inkheart, Underworld 3: Rise of the Lycans, They Wait, Outlander, Watchmen, Bedtime Stories, Changeling dan The Curious Case Of Benjamin Button antara yang sedang ditayangkan dan menanti tukaran akan datang ke sinema kita. Prinsip kita tidak sama. Kadang-kadang prinsip perlu diketepikan demi bisnes.

Pemboikotan produk Amerika Syarikat sebenarnya sekadar laungan semata-mata, tiada kesungguhan yang jelas. Di halaman akhbar dan siaran berita TV, bukan main berpiket menentang pembelian dan penggunaan barangan Amerika Syarikat. Hakikatnya, sejauh mana kesungguhan itu? Sedangkan antara kita belum menunjukkan kesatuan yang jitu selama ini.

Rasanya kalau kita jenis manusia yang bersatu, usaha memboikot atau yang mendatangkan kebaikan buat semua, ia insyallah akan lebih mudah tetapi sayangnya kita, jenis yang bukan begitu. Ramai yang individualistik. Tidak perlu jauh ke seluruh topik, lihat saja dunia hiburan yang jelas tidak bersatu. Bergaduh sesame sendiri? Apa yang peliknya malah lebih pelik kalau mereka tidak bergaduh.

--

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan