Leona Lewis akan ada haruman tersendiri

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Leona Lewis melahirkan album debut 'Spirit'yang mendapat sambutan di luar dugaan. Leona adalah penyanyi dan pemenang siri television yang mencungkil bakat iaitu 'The X Factor'.
Leona Lewis melahirkan album debut 'Spirit'yang mendapat sambutan di luar dugaan. Leona adalah penyanyi dan pemenang siri television yang mencungkil bakat iaitu 'The X Factor'.

PENYANYI kesayangan British Leona Lewis akan mempunyai harumannya sendiri tidak lama lagi. Khabarnya, dia sedang rancak membuat perbincangan dengan kosmetik terkenal dari German untuk haruman signature itu.

"Saya cukup gembira dengan projek haruman ini. Saya seorang yang suka melahirkan rasa hati saya untuk sesuatu dan projek ini membuat saya begitu gembira sekali. Ini adalah hadiah untuk peminat saya," jelas Leona.

Leona sendiri menunjukkan minat yang mendalam tentang setiap aspek minyak wangi yang akan dihasilkan itu, dari haruman yang sesuai, reka bentuk botol haruman dan bagaimana ia akan dipasarkan.

Haruman ini akan berada di pasaran Eropah dan Asia pada tahun ini juga.

Leona yang dilahirkan pada 3 April, 1985 adalah penyanyi dan pemenang siri television yang mencungkil bakat iaitu 'The X Factor'.

Singlenya yang pertama 'A Moment like This', telah diedarkan pada bulan Disember 2006, memecah rekod dunia apabila lagu itu di muat turun sebanyak 50,000 kali dalam tempoh 30 minit.

Singlenya yang kedua pula, 'Bleeding Love', merupakan single terlaris pada tahun 2007 di United Kingdom, mengatasi 30 single yang berada di carta ketika itu.

Dan album debut Leona pula yang bertajuk 'Spirit', diedarkan di Eropah pada bulan November 2007 mencatatkan penjualan tertinggi bagi satu-satunya album debut di United Kingdom dan Ireland.

Lewis sendiri mencatat sejarah peribadi apabila menulis lagu pertamanya sewaktu berusia 12 tahun. Beliau juga melalui zaman remaja yang susah apabila bekerja sebagai pelayan dan penyambut tetamu.

Kejayaan Leona banyak dibantu oleh perhatian peribadi yang diberi oleh Mogul muzik terkenal Simon Cowell, yang juga pengkritik American Idol yang paling lancang itu.

Malah Cowell adalah orang pertama yang memujuk beberapa produser musik Amerika termasuk pemuzik legenda Clive Davis, supaya menghasilkan album debut Leona 'Spirit.'

Dan usaha itu mendatangkan hasil yang membanggakan apabila 'Spirit' terjual sebanyak 4 juta keping di seluruh dunia dan akan mendapat tiga pencalonan Grammy pada anugerah akan datang.

Namun, menurut satu sumber, Cowell tidak berapa setuju membenarkan Leona mengadakan konsert dunia.

Walaupun dia sedar Leona berbakat besar tapi dia tidak pasti samada Leona sudah cukup bersedia dan yakin dengan kebolehannya, tambahan untuk menghiburkan khalayak yang besar.

"Ada cara untuk menjadi penghibur hebat seperti Mariah Carey, Robbie Williams dan Elton John. Leona ibarat anak kecil Simon dan dia tahu betapa pemalunya Leona," jelas sumber terdekat itu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan