Misi pencarian pengacara baru Kids@fgw bermula!

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengacara Kids@fgw, Rusdiana dan Hafiz
Pengacara Kids@fgw, Rusdiana dan Hafiz

ADAKAH anda mempunyai sifat humor yang tinggi, petah bercakap dan berkeyakinan tinggi di hadapan kamera? Jika ya, anda mungkin berpeluang untuk muncul sebagai bintang – muka baru rancangan popular, Kids@fgw yang dulunya dikenali sebagai Whoa!.

ntv7 akan memulakan misi pencarian pengacara terbaru Kids@fgw yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur lapan hingga dua puluh tahun. Kriteria yang dicari adalah calon-calon yang mahir bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, fotogenik, berani dan selesa dengan kamera.

Mereka yang berminat digalakkan untuk menyertai sesi ujibakat di Sri Pentas, Bandar Utama, Sabtu, 31 Januari dan Ahad, 1 Februari dari 10 pagi hingga 5 petang dengan membawa koleksi gambar terbaik anda.

Mula bersiaran pada tahun 2005, rancangan ini pernah dikemudikan oleh bintang yang semakin dikenali seperti Lisa Surihani dan Rusdiana Rusdi.

Kedua-duanya merupakan bekas pengacara rancangan Whoa! dan hari ini, bakat mereka juga semakin berkembang dan mendapat pengiktirafan.

Pastinya, sesi ujibakat ini dilihat bertepatan dengan usaha stesen untuk tampil sebagai platform terbaik untuk rakyat Malaysia mencungkil dan mengembangkan kemahiran dan bakat terpendam mereka. Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai impian dan harapan tinggi untuk menjadi penghias kaca televisyen – ini mungkin detik permulaan yang terbaik untuk anda menceburkan diri dalam industri hiburan tempatan!

Selain itu, jangan ketinggalan untuk menyertai “Day Out With Kids @ fgw”, - sebuah mini karnival yang menyediakan hiburan berkualiti terbaik dalam suasana yang menghiburkan untuk kenikmatan seisi keluarga.

Selain menganjurkan sesi ujibakat, ntv7 turut menyediakan aktiviti hebat, persembahan secara langsung dan himpunan permainan untuk aktiviti luar sepanjang dua hari berturut-turut Sabtu, 31 Januari & Ahad, 1 Februari di Sri Pentas, 10 pagi hingga 5 petang.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan