Bunkface: Kami tak 'kekwat', akui terkena kejutan!

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan indie yang sedang meningkat naik Bunkface dianggotai oleh, Sam, Faan dan York bersama drummer Zam.Foto The Star Oleh:NURUL AIN MOHD. HUSSAIN.
Kumpulan indie yang sedang meningkat naik Bunkface dianggotai oleh, Sam, Faan dan York bersama drummer Zam.Foto The Star Oleh:NURUL AIN MOHD. HUSSAIN.

KEMASUKAN band indie ke persada muzik tempatan berkembang dengan cepat akhir-akhir ini. Lebih mengukuhkan keadaan tersebut apabila muzik yang dibawa oleh mereka semakin diterima oleh peminat-peminat muzik di Malaysia.

Terbaru 'Lagu Untukmu' dendangan kumpulan indie,Meet Uncle Hussien(MUH) diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-24 baru-baru ini.

Kejayaan tersebut mengulangi kemenangan yang pernah dicapai oleh sebuah lagi band indie, kumpulan Extranged dengan lagunya Itu Kamu tahun lalu.

Bagi band indie baru seperti Bunkface, kemasukan band-band indie, seperti MUH, Extranged, Hujan membuka jalan kepada mereka untuk masuk ke industri muzik ‘mainstream’ di negara ini.

"Jika dulu kami hanya buat persembahan di show di kelab-kelab malam dan secara underground tapi sekarang ini tidak lagi.

"Sekarang ini ramai promoter persembahan berminat untuk mengambil kumpulan indie untuk buat persembahan di satu-satu majlis, mengikut kesesuaian. Perbezaan yang ketara ini buatkan kami tak perlu lagi buat ’gig’ show lagi.

"Selain daripada itu, muzik indie lebih dikenali dan peminat tempatan mula menerima genre muzik yang kami bawa. Apa pun kami berterima kasih kepada kumpulan Hujan yang telah membuka jalan kepada kami untuk masuk ke dalam industri muzik di sini," kata Sam yang juga vokalis kumpulan Bunkface.

Bunkface tak ‘kekwat'

Namun disebalik kebanjiran muzik yang dibawa oleh kumpulan indie berbakat ini terutamanya single mereka, 'Situasi' yang sedang rancak diputarkan di stesen-stesen radio tempatan.

Ada berita yang kurang enak didengar mengenai Bunkface, apabila mereka di cop 'kekwat' atau sombong dengan wartawan.

Kesempatan menemui mereka baru-baru ini digunakan untuk mendapatkan kepastian daripada ahli kumpulan Bunkface yang terdiri daripada tiga orang jejaka ini.

"Kekwat ke kami ini? Kami tak ‘kekwat’la. Kami akui sebagai kumpulan baru banyak benda yang kami sedang belajar. Mungkin juga kami ini terkena kejutan bila diberi perhatian sebegini, sebab sebelum ini kami tak banyak publisiti lebih banyak buat persembahan sahaja.

"Tapi sekarang ini kami banyak belajar daripada apa yang terjadi. Kami sedang memperbaiki kelemahan diri kami.

Menceritakan apa terjadi sehingga mereka dicop ‘kekwat’, nyata Bunkface berani berterus-terang kejadian sebenar yang terjadi ketika itu.

"Semuanya terjadi masa kami menghadiri sesi fotografi sebuah majalah telah menyebabkan kami dicop sedemikian.

"Kami jumpa macam-macam orang dalam industri ini, ada yang macam ini, ada yang macam tu. Mungkin juga kitaorang ni salah cakap ke, kami mintak maaf la kepada mereka yang tersinggung.

"Kadang-kadang tu selepas buat persembahan manager kami suruh bagi masa 15 minit untuk berehat dan lepas tu baru buat sidang media. Mungkin sebab-sebab macam ini yang sebabkan mereka kata kami ‘kekwat’. Kami tak kisah media nak cakap apa pada kami sebab kami tahu hakikat sebenarnya.

"Cuma kami harap mereka pun ikut cara betul la sebab sebelum ini pun kumpulan macam Butterfingers pun dia orang mintak rehat 10-15 minit lepas perform untuk berehat. Kami pun ikut cara macam tu jugak.

"Takkan la lepas perform dengan baju basah kuyup macam orang main futsal kami nak terus pergi ambik gambar, mesti tak elokkan. Mungkin sebab tu media terasa dengan kami dan cakap Bunkface sombong kot," kata Sam yang juga vokalis kumpulan ini.

Tambah Sam lagi, pengajaran tersebut menjadikan mereka lebih berhati-hati dengan semua orang dan lebih menghormati semua pihak terutamanya media.

"Kami akan hormat semua orang macam kami hormat semua sebelum ini, tapi kali ini lebih sikit. Kalau salah tolong tunjukkan kami,"katanya.

Sejarah Bunkface

Kumpulan Bunkface ini terdiri daripada empat orang anak muda yang berasal dari ibu kota Kuala Lumpur, mereka adalah, Sam (vokalis), Youk (back up vokalis), Faan (gitaris dan Zam(drummer).

Menceritakan mengenai sejarah kumpulan ini dibentuk dan bagaimana mereka memperoleh nama kumpulan mereka, nyata tiga anak muda ini tidak lokek berkongsi cerita bersama peminat mereka.

"Kami bertiga ini ini daripada sekolah yang sama Seri Andalas dari situ kami bertemu dan tubuhkan kumpulan sebab minat muzik.

"Nama Bunkface ini daripada sebuah kumpulan rock di Amerika Syarikat, Sum 41. Tajuk lagu dia, 10 Crazy Amanda Bunkface dari situ kami dengar nama tu macam best dan kami akhirnya pilih nama itu jadikan nama kumpulan kami.

"Kami bermula dengan menerbitkan EP berbahasa Inggeris,yang memuatkan enam buah lagu dan yang paling popular dalam EP tu adalah lagu Silly Lily dan Land of Hope," ujar Faan.

Kumpulan yang ditubuhkan sejak tiga tahun yang lalu ini telah merasai pelbagai suka dan duka sebelum berjaya menerbitkan sendiri EP sulung mereka yang bertajuk Bunkface, Lesson of The Season.

Suka dan duka bergelar band indie

"Banyak kisah suka dan duka sebelum kami berjaya terbitkan EP ini, ada yang sanggup tipu harga kos untuk terbitkan cd untuk EP kami ini.

"Lebih menyedihkan ada promoter yang tak bayar duit show dan terus melarikan diri sehingga sekarang. Mula-mula tu sedih juga, tapi kami anggap apa yang berlaku sebagai pengajaran dan asam garam dunia seni.

"Tapi alhamdulillah, kami bersyukur sangat sebab sekarang kami dah boleh berdikari sendiri lebih-lebih lagi kami dah ada syarikat kami sendiri, Bunkface Production sejak setahun setengah yang lalu. Syarikat kami ini yang menguruskan aktiviti seni kami sekarang ini," Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Anuar Mohamad Bahrain.

Ditanya mengapa mereka ambil masa yang agak lama bersaing di persada muzik tempatan, Sam berkata:

"Kami mula dari bawah sebenarnya, dulu kami masuk pertandingan seperti Battle of The Band dan menyanyi di universiti-universiti.

"Kemuncaknya kami menyertai satu lagi pertandingan, Time Blast Off. Walaupun kalah dalam pertandingan tersebut tapi, pihak Astro telah menaja kami untuk menerbitkan klip video dan lagu Silly Lily dan itulah pembuka jalan yang juga batu loncatan kepada kami untuk masuk dalam industri muzik ‘mainstream’ di sini," kata Sam yang baru berusia 21 tahun.

Istimewanya vokalis kumpulan Bunkace, Sam bukan hanya boleh menyanyi malah dia turut menulis lirik dan mencipta lagu untuk kesemua lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan indieini.

"Saya memang minat menulis lirik dan mencipta lagu, walaupun mak ayah tak menggalakkan tapi sebab minat dari zaman sekolah lagi dan sebab tu saya buat juga.

"Kawan-kawan yang lain, Faan dan York banyak membantu dari segi muzik arrangement dan mereka turut memberi idea untuk memperbaiki lagu yang saya hasilkan itu," ujarnya.

Tambah Sam lagi, mereka sangat bertuah kerana pada ketika ini kebanyakan pihak memberi kerjasama yang baik dalam menyiarkan lagu-lagu mereka.

"Alhamdulillah kami dapat kerjasama yang baik daripada stesen-stesen radio tempatan seperti Exfresh FM, Hot Fm even RTM sendiri turut menyiarkan lagu-lagu kami.

"Pendengar juga dah mula meminati band-band indie macam kami. Dari segi tu memang kami tak ada masalah," kata Sam.

Bakal muncul dengan album Melayu

Terbaru kumpulan yang sedang popular dengan lagu Situasi ini bakal keluar dengan album Melayu mereka tidak lama lagi.

"Bukan kami tak mau keluarkan album Melayu tapi sebab minat muzik Inggeris itu yang menyebabkan, EP, pertama kami memuatkan lagu-lagu Inggeris.

"Namun bila menyedari lagu-lagu Inggeris agak kurang mendapat perhatian kami sepakat untuk terbitkan album kedua yang memuatkan lagu-lagu Melayu.

"Sekarang ini tengah kumpul material untuk album baru ini dan setakat ini dah ada lapan buah lagu. Kami pun tengah sibuk buat recording lagu untuk album tersebut.

"Insya-Allah mungkin sebelum bulan Julai atau paling lewat bulan Oktober kami akan keluar dengan album baru," kata Sam yang merakamkan lagu di Studio 21.05, milik kumpulan Pop Shuvit.

Ingin menang anugerah

Ditanya mengenai azam Bunkface pada tahun 2009, nyata tiga anak muda ini punya pemikiran yang jauh kehadapan.

"Tahun ini kami nak hasilkan lagu-lagu yang terbaik kepada peminat-peminat selain daripada nak keluarkan album baru.

"Yang lebih penting kalau ada rezeki kami pun nak menang anugerah macam band indie yang lain," kata Sam.

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan