Ash dalam senarai '50 Wanita Paling Menggairahkan di Dunia'

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bekas 'Ratu Cantik Dunia' yang kini telah menjangkau 35 tahun dan bergelar isteri tapi namanya tetap meniti di bibir bila tersenarai dalam '50 Aktres Paling Menggairahkan di Dunia.'
Bekas 'Ratu Cantik Dunia' yang kini telah menjangkau 35 tahun dan bergelar isteri tapi namanya tetap meniti di bibir bila tersenarai dalam '50 Aktres Paling Menggairahkan di Dunia.'

KEJELITAAN 'Ratu Dunia' Aishwarya Rai (Ash) memang tidak dapat dinafikan lagi. Isteri kepada aktor kacak Abishek Bachchan dan menantu kepada Amitabh-Jaya Bachchan masih lagi mendapat tempat teratas dalam senarai wanita tercantik dunia yang dijalankan oleh portal lelaki AskMen.com baru-baru ini.

Walaupun usia Ash sudah menjangkau 35 tahun dan sudah bergelar isteri, namanya tetap meniti di bibir bila tinjauan dilakukan untuk mencari senarai wanita seksi, hot dan jelita dunia dilakukan.

Ash antara yang tersenarai dalam '50 Wanita Menggairahkan di Dunia' dan beliau menduduki tangga ke-48 dan Ash satu-satunya wanita India yang mendapat pengiktirafan itu.

Nama Ash mungkin antara tercorot dalams enarai itu tetapi penghormatan yang diberikan oleh portal itu merupakan satu kebanggaan kerana beliau dapat melintasi nama besar seperti Beyonce.

Pengundi-pengundi portal itu membuat pilihan berdasarkan kriteria 'karisma, bijaksana dan cita-cita.'

Mendahului carta dan menduduki tempat teratas ialah aktres Amerika Eva Mendes diikuti Anne Hathaway, Scarlett Johansson, Rihanna, Angelina Jolie, Heidi Klum dan Jessica Alba.

Dua tahun sudah, Ash menduduki tempat ke-9 dalam tinjauan yang dibuat oleh Harpers and Queen.

Yang menariknya, walaupun sudah berkahwin, Ash tetap mendapat perhatian dunia.

Ash juga bijak menguruskan akriernya dengan baik setelah berkahwin. Dengan menerima tawaran filem 'Ravana' oleh Mani Ratnam yang akan dilakonkan bersama suaminya Abhishek Bachchan, 'Endhiran' (Robot) - Rajinikanth, sebuah filem Sanjay Leela Bhansali di samping Hrithik Roshan, filem Farhan Akhtar-Ritesh Sidhwani production dan sebuah filem bersama Akshay Kumar, nama Ash sudah pasti akan tetap berada di mercu filem Bollywood.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan