Watak perempuan gipsi - Kareena atau Priyanka?

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Priyanka Chopra lebih layak dari Kareena Kapoor kerana watak penari gipsi bernama Chamki itu memerlukan seseorang yang terlatih dalam bidang tarian.
Priyanka Chopra lebih layak dari Kareena Kapoor kerana watak penari gipsi bernama Chamki itu memerlukan seseorang yang terlatih dalam bidang tarian.

PENGARAH terkenal Shyam Benegal bercadang meneruskan hasratnya menerbitkan filem epik Bollywood termahal 'Chamki' yang pernah tergendala satu ketika dulu.

Filem yang memakan belanja besar ini, diadaptasikan dari kisah pemain muzik Perancis Georges Bizet berbentuk opera yang pernah dihasilkan pada tahun 1875.

Masalahnya sekarang, siapakah yang layak memegang watak perempuan gipsi bernama Chamki, yang berwatakan garang dan bebas laku untuk filem 'Carmen'? Dua nama aktres jelita bermain dalam kepala Syam sekarang. Adakah si seksi riyanka Chopra atau si jelita Kareena Kapoor?

Menurut satu sumber, Priyanka Chopra lebih layak dari Kareena Kapoor kerana watak penari gipsi bernama Chamki itu memerlukan seseorang yang terlatih dalam bidang tarian.

Priyanka pula tidak mempunyai masalah menerima tawaran itu dan agak terbuka dengan cadangan menjadi perempuan gipsi.

"Saya pernah membaca skripnya tetapi itu agak lama dulu. Keseluruhan projek ini harus dikaji semula walau apapun. Lagipun, siapa yang tidak mahu bekerja dengan pengarah terkenal seperti Shyam Benegal?"

"Carmen" telah ditunda penerbitannya beberapa tahun dulu. Ini adalah kerana pada asalnya Sanjay Gupta berminat untuk menerbitkan fielm itu tapi akhirnya berpindah kepada Big Pictures pula.

Pada waktu itu, kedua-dua aktres Priyanka dan Kareena pernah ditawarkan untuk watak 'Chamki' tapi kedua-dua mereka telah menolak tawaran itu dengan berbagai alasan.

"Kareena agak teruja pada mulanya memandangkan kakaknya Karisma pernah ditawarkan watak sedemikian dalam filem 'Zubeidaa'.

Namun seperti selalu, Kareena selalu ubah fikiran di saat-saat akhir apabila mendapat tawaran untuk watak 'offbeat' seperti yang pernah berlaku dalam filem Deepa Mehta iaitu 'Water' and filem Rituparno Ghosh - 'Raincoat.'

Alasan yang diberikan oleh pelakon yang kini sedang diulit rasa cinta dengan pelakon Bollywood Saif Ali Khan, agak terlalu awal untuk dia menerima watak 'unconventional' sedemikian.

Priyanka pula menolak kerana mempunyai masalah dengan produser pada ketika itu iaitu Sanjay Gupta kerana Priyanka telah mengecilkan hati Sanjay apabila enggan berlakon dalam filem 'Musafir'.

Watak 'Chamki' kemudiannya ditawarkan kepada aktres grade 'B' Bollywood, Urmila Matondkar, yang kemudiannya menghadapi masalah kewangan dengan produser filem itu.

Oleh kerana kini filem itu akan mengalami pertukarand ari segi produser, rasanya soal duit bukan lagi menjadi satu isu.

Sementelah Priyanka masih menunjukkan minatnya untuk membintangi filem ini, Kareena tidak memberitahu pendiriannya lagi.

"Kareena masih lagi mempunyai prinsipnya tersendiri tentang filem menongkah arus yang bukan 'main-stream.'

'Chamki', yang akan dibuat penggambarannya di Rajasthan, akan diubah konsepnya sekali lagi menjadi sebuah filem epik muzikal dengan koreografi dan lagu-lagunya diserahkan kepada penggubah lagu tersohor Javed Akhtar dan A.R. Rahman.

"Macam-macam usaha dilakukan untuk memastikan filem 'Chamki' menjadi filem blockbuster," jelas sumber itu.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan