Paris tidak serik buat rakaman video lucah

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Selebriti kontroversi Paris Hilton buat hal lagi. Hilton yang selalu diburu paparazi kerana sikapnya yang mengundang kontroversi kali ini diberitakan telah membuat rakaman aktiviti seksnya di dalam teksi.
Selebriti kontroversi Paris Hilton buat hal lagi. Hilton yang selalu diburu paparazi kerana sikapnya yang mengundang kontroversi kali ini diberitakan telah membuat rakaman aktiviti seksnya di dalam teksi.

SELEBRITI kontroversi Paris Hilton buat hal lagi. Hilton yang selalu diburu paparazi kerana sikapnya yang mengundang kontroversi kali ini diberitakan telah membuat rakaman aktiviti seksnya di dalam teksi.

Rakaman aksi ghairah yang ditunjukkan di dalam teksi itu khabarnya sudah tersebar luas sehingga sukar lagi untuk dibendung.

Namun, ini bukan kali pertama Hilton membuat rakaman aktiviti seksnya. Sudah tiga kali mengikut laporan, Hilton berani membuat rakaman lucah sebegini.

Pada tahun 2003, video lucah menunjukkan Hilton sedang melakukan seks dengan bekas teman lelakinya Rick Salomon telah tersebar.

Satu lagi video menunjukkan Hilton bertelanjang bulat sedang bermandi manda yang diedarkan pada tahun 2007.

Bintang yang pernah mengambil bahagian dalam program realiti 'Simple Life' mendakwa, imej yang mengatakan beliau adalah 'remaja yang rosak akhlak' adalah tidak benar sama sekali.

"Saya adalah seorang yang suka berfikir dan mempunyai kecenderungan artistik. Tapi ramai yang tidak tahu perkara ini," jelasnya lagi.

Pewaris jutawan yang mula mencipta nama ketika membuat rakaman seks bertajuk 'Satu Malam di Paris'(One Night In Paris) berkata beliau amat kolot dan 'old-fashioned' bila tiba soal lelaki.

"Ramai yang lihat saya dalam program 'The Simple Life' dan ingat saya seorang yang rosak dan manja. Pada hal saya cuma memainkan watak yangd iberikan saja.

"Produser sendiri yang mahukan watak jadi sedikit gila dan kelakar dan membuat perkara-perkara tidak masuk akal dalam program itu. Sebenarnya, saya lebih serius dan pemalu.

"Kalau tidak ada apa-apa aktiviti saya lebih suka lepak di rumah. Saya ada bilik di rumah yang saya gunakan untuk melukis. Saya juga telah dijemput untuk membuat satu pameran lukisan dan saya mungkin membuatnya tahun lepas.

Hilton yang baru berpisah dengan bintang rock Benji Madden, berkata, "Bukan senang saya hendak berkawan dengan lelaki. Ada satu proses yang mereka terpaksa mengikuti. Saya ni kolot sikit. Mereka kena lalui sejuta temujanji sebelum mereka mendapat kucupan dari saya."

"Ramai yang terperanjat kerana fikir saya telah bersama ramai lelaki. Tapi itu tidak benar.

Saya tidak bercakap dengan lelakipun. Lain dari Madden yang bersama saya selama satu tahun, saya tidak ada lelaki dalam hidup saya. Elok juga saya bersendirian sekarang. Saya perlu tahu siapa diri saya sebelum saya mengadakan perhubungan dengan lelaki lain.

"Untuk ketika ini lebih elok saya bersendirian saja," jelas artis berasal dari Los Angeles dan kini sibuk dengan projek terbaru ITV2 'Paris Hilton's British Best Friend' di mana 12 orang akan menjadi kawan-kawannya.

Walaupun Hilton berkata beliau senang bersendirian, tapi menurut satu laporan, kelibat Hilton dilihat intim dengan orang kuat MySpace dalam satu majlis Sundance Film Festival di Utah, baru-baru ini.

Perhubungan dengan lelaki yang pernah berkahwin dan berusia 43 tahun itu turut mendapat liputan meluas.

Bila ditanya, Paris hanya berkata, 'kebetulan kami di tempat yang sama."

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan