SRK guna air mineral untuk cuci rambut

Diterbitkan: Rabu, 21 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shah Rukh amat menitikberatkan soal penjagaan rambut. Hanya air mineral saja digunakan untuk mencuci rambutnya yang hitam berkilat itu.
Shah Rukh amat menitikberatkan soal penjagaan rambut. Hanya air mineral saja digunakan untuk mencuci rambutnya yang hitam berkilat itu.

RAJA Bollywood Shah Rukh Khan (SRK) cukup cerewet bila soal penjagaan rambutnya. Rambut hitam dan berkilatnya itu dijaga dengan sungguh rapi dan dia sanggup menggunakan air mineral untuk mencuci rambutnya itu.

Air paip biasa tidak boleh digunakan kerana ia akan membuat rambut SRK jadi keras dan hilang mayanya. Ini pernah berlaku ketika beliau membuat pengambaran utnuk filem 'Paheli' di sebuah kawasan pedalaman. Akibat menggunakan air paip biasa sepanjang penggambaran itu, rambutnya menjadi begitu keras.

Disebabkan pengalaman itu, SRK begitu serik untuk menggunakan air paip biasa untuk mencuci rambutnya. Kini, di mana saja dia pergi beliau akan membawa sebotol air mineral untuk mencuci rambutnya.

Pelakon kacak yang menjadi kegilaan ramai peminat Bollywood ini juga cerewet tentang produk rambut yang digunakan. Yang paling ditakutinay ialah rambutnya menjadi kelam dan tidak bermaya.

Apapun yang dilakukan, SRK akan pastikan kilauan hitam di rambutnya tidak hilang.

Kini, ketika sedang menjalani penggambaran filem Priyadarshan bertajuk 'Billu Barber' di sebuah tempat bernama Pollachi, SRK sekali lagi gusar tentang penjagaan rambutnya.

Satu sumber memberitahu, rambut SRK tidak boleh langsung terkena air paip kerana ia memberi reaksi buruk kepada rambutnya.

Manakala pendandan rambut SRK pula berkata, "Adalah penting untuk rambut di cuci dengan betul. Rambut SRK terus rosak bila dia menggunakan air perigi ketika penggambaran filem 'Paheli' yang dibuat di kawasan pendalaman.

"Dalam industri yang SRK ada, dia terpaksa menjaga semua ini, termasuklah penjagaan kulit, badan dan wajah. Ianya juga banyak mempengaruhi kesinambungan sesuatu filem itu dan SRK tidak mahu ini berlaku," kata pendandan rambut itu. Superstar Bollywood ini juga akan bergandingan dengan Kareena Kapoor, Priyanka Chopra dan Deepika Padukone untuk lagu-lagu yang akan dimuatkan dalam filem 'Billu Barber' di mana beliau bukan sahaja menjadi pelakon tetapi menjadi penerbit filem ini.

Kareena ternyata begitu teruja kerana akan berduet dengan SRK untuk lagu 'Yeh Mera Dil'.

"Lagu 'Yeh Mera Dil' memang rock habis. Dan ia adalah lagu pertama di dalam promo untuk filem ini. Itu saja sudah membuat saya gembira," kata Kareena.

Priyanka, pula, ingin membuktikan bahawa dia adalah peminat nombor satu SRK.

"Saya adalah peminat nombor satu SRK. Mustahil bagi saya untuk mengatakan tidak padanya. malah, ramai bertanya kenapa saya tidak ada dalam lagu yang dipaparkan dalam 'Rab Ne Bana Di Jodi' di mana ramai heroine Bollywood diundang. Sebenarnya, saya tidak diajak pun. Kalau saya diajak, tentu saya akan mengambil bahagian sama," kata Priyanka.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan