Siapa Nabil di hati Irma?

Diterbitkan: Rabu, 21 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Irma akui selesa berdampingan dengan Nabil yang diakui mula rapat dengannya sejak kira-kira tiga bulan lalu
Irma akui selesa berdampingan dengan Nabil yang diakui mula rapat dengannya sejak kira-kira tiga bulan lalu

CUKUP senang untuk mendekati pelakon berusia 27 tahun ini. Sikap periang dan ramah yang dimiliki oleh Irma Hasmie membuatkan banyak pihak tidak kekok untuk mendekatinya walaupun baru pertama kali bertemu. Mungkin sikap itu juga yang berjaya 'menawan' hati Raja Lawak musim kedua, Nabil yang kini dikatakan begitu intim dengan aktres muda ini.

Hanya gelak tawa yang terbit dari dalam diri Irma tatkala menceritakan tentang dirinya dan pelawak muda yang semakin meningkat naik itu. Tidak pula mengaku mahupun menafikan, namun dari tutur kata pelakon itu, jelas terpancar nada ceria apabila topik tentang 'Nabil' diperkatakan.

"Masih terlalu awal lah nak cakap tentang perkara ini. Kami pun baru kenal sejak membintangi program Gegar Gitu Raya pada Oktober lalu. Masih baru berkawan.

"Tetapi, saya tidak nafikan memang saya amat selesa berkawan dengan Nabil. Tentang hal-hal jodoh ini, saya hanya mampu serahkan kepada Allah," tutur Irma dalam nada perlahan.

Bagi pelakon yang popular menerusi drama-drama seperti Awan Dania dan Bella ini, dia cukup senang berdampingan dengan jejaka tersebut apatah lagi bila melihat perangai masing-masing yang tidak jauh bezanya.

"Dia tu gila-gila orangnya dan selamba. Boleh 'ngam' dengan saya. Saya tidak nafikan, kami sering keluar bersama sekadar lepak minum di mana-mana.

"Selalunya, saya akan bawa anak angkat saya yang belum pun mencecah usia sebulan keluar bersama dengan kami. Saya tahu ramai yang nampak sebab ramai juga yang memperkatakan hal ini di internet. Rasanya, perkara itu tidak jadi masalah.

"Tetapi, satu perkara yang saya lihat pada Nabil, dia sebenarnya seorang yang cukup serius, walaupun khalayak lebih mengenali dia dengan karektor kelakar dan gila-gila.

"Sebagai artis baru, ada juga dia meminta nasihat atau tips daripada saya walaupun saya juga bukanlah terlalu berpengalaman dalam bidang ini," luah Irma tentang diri 'sahabat' barunya itu.

Namun, keakraban yang terjalin itu, tutur Irma, belum boleh diklasifikasikan sebagai 'cinta'. Dalam nada lembut, pelakon ini berkata, dia lebih senang meletakkan cintanya terhadap karier seni yang semakin berkembang, selain menggalas tugas sebagai seorang ibu.

Meskipun hanya sebagai ibu angkat, bagi Irma, tanggungjawab yang dipikulnya itu tidak jauh bezanya dengan ibu-ibu yang lain.

Namun begitu, tatkala diajukan tentang perihal 'baby girl' yang dijaganya itu, Irma bagaimanapun menolak untuk bercerita lanjut tentang bayi itu.

Bukan untuk menyorokkan identiti, tetapi kata Irma, buat masa sekarang dia lebih selesa untuk tidak terlalu mendedahkan kisah tentang hal tersebut.

"Kalau boleh, memang saya tidak mahu terlalu bercakap tentang perkara ini. Tetapi, memandangkan ada yang sudah terserempak dengan saya bersama bayi itu, saya kena bagi tahu juga status sebenar bayi tersebut.

"Saya ambil dia beberapa hari selepas dia dilahirkan akhir Disember lalu. Seorang kenalan yang tanyakan pada saya sama ada saya sudi untuk menjaga bayi tersebut.

"Saya pula memang sukakan kanak-kanak. Tidak pula saya rasa beban walaupun saya tinggal bersendirian dan perlu menjaganya seorang diri. Ibubapa saya juga bersetuju dan mereka sendiri cukup gembira bila dengar saya nak ambil anak angkat.

"Sebab itu saya cuba perlahankan sedikit karier lakonan saya buat masa ini untuk bagi tumpuan pada dia sebab dia pun masih kecil lagi.

"Kalau ada 'shooting', saya akan bawa pembantu ke set penggambaran untuk menjaganya seketika," jelas Irma yang turut terlibat dengan filem terbarunya, 2 Hati 1 Jiwa, arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen.

Bercerita tentang perkembangan terbaru karier seninya, selain terlibat sebagai pengacara program Chopp di TV9, Irma juga sedang menjalani penggambaran telemovie, Rahsia Gambar arahan Yeop Hitler bersama aktres jelita, Rozita Che Wan.

Kata Irma, dalam telemovie tersebut, dia membawakan watak roh seorang isteri yang tidak tenteram setelah dibunuh.

"Seronok bawa watak yang sebelum ini memang tidak pernah saya lakonkan. Tetapi, saya sebenarnya masih menantikan mana-mana produser yang ingin tawarkan watak antagonis kepada saya.

"Sudah lama saya pasang impian untuk bawakan watak jahat, tetapi mungkin juga orang belum nampak lagi kemampuan saya untuk watak-watak seperti itu," kata Irma yang juga pernah muncul di layar perak menerusi beberapa buah filem seperti Cinta Fotokopi dan Main-Main Cinta.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan