Konsert Rihanna tetap diteruskan, setuju ikut etika pakaian

Diterbitkan: Rabu, 21 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Bintang Pop Amerika Syarikat, Rihanna bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 13 Februari ini.
Bintang Pop Amerika Syarikat, Rihanna bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 13 Februari ini.

BANTAHAN yang diterima dari parti politik PAS sedikitpun tidak akan melemahkan semangat penganjur untuk meneruskan hasrat mengadakan konsert sulung Rihana di Malaysia pada 13 Februari ini di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Konsert yang bakal diadakan oleh penyanyi pop Amerika Syarikat yang terkenal dengan lagu 'Umbrella' ini merupakan sebahagian daripada himpunan konsert jelajah dunia Rihanna “Good Girl Gone Bad” yang kedua pada tahun ini.

Menurut Pengerusi Eksekutif Celcom, Datuk Shazali Ramli, pihaknya sebagai penaja hanya bertindak sebagai penaja dan mereka sudah mendapat persetujuan daripada Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) sejak awal lagi.

"Tidak timbul soal bantahan di sini, kebenaran telah diperoleh sejak awal lagi dan dia (Rihanna) setuju ikut etika berpakaian dalam konsert di negara ini," kata Shazali dalam sidang media di Menara Celcom semalam.

Siapa tak kenal dengan kelunakan suara penyanyi berkulit hitam ini. Alunan suara merdunya mampu memukau siapa sahaja hingga album dan singlenya terjual 10 juta unit di seluruh dunia.

Lagu-lagu hitsnya dalam album singlenya yang ketiga, Good Girl Gone Bad’ termasuk lagu Umbrella, Don’t Stop The Music, Disturbia dan Take A Bow bakal didendangkan pada konsert berkenaan.

Lebih membanggakan kedatangannya ke Malaysia dibawakan khas oleh syarikat telekomunikasi terkemuka di negara ini iaitu, Celcom.

Celcom juga turut bekerjasama dengan Syarikat Pineapple Concert Sdn Bhd dalam menjayakan konsert berkenaan menjadikannya satu realiti.

Menurut Shazali lagi, konsert berkenaan sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang tidak terhingga pengguna prabayar Xpax kepada Celcom.

“Xpax sememangnya dikhaskan untuk pengguna remaja, jadi konsert ini satu platform kami mendekati golongan muda yang sentiasa mencari kelainan dalam berhibur.

"Rihanna diiktiraf sebagai penyanyi pop wanita yang paling sensasi diperingkat antarabangsa ketika ini.

"Oleh kerana itu, kami mengambil peluang ini untuk membawakannya untuk menjayakan konsert sulungnya di Malaysia dan hanya pelanggan Xpax berpeluang untuk bertemu dengannya secara 'live'," kata Shazali.

Tambah Shazali, pemilihan Rihanna sebagai ikon untuk konsert kali ini adalah kerana imej yang telah dipaparkannya sebagai seorang artis yang berdisiplin dan mempunyai imej yang bersih.

"Ciri-ciri seperti berdisiplin dan imej yang bersih, Rihanna menjadi ikon kepada golongan remaja yang amat meminatinya, jadi kerana itu pihak kami membawanya ke sini,” katanya.

Lebih istimewa, pelanggan Xpax juga berpeluang menyertai peraduan hebat, 'RIHANNA MANIA' bermula daripada 20 Januari hingga 8 Februari ini.

Untuk menyertai konsert ini pelanggan hanya perlu menghantar rakaman video dan gambar dengan mengajuk gaya Rihanna dan menghantarkannya menggunakan MMS.

Pelanggan perlu menaip kata kunci ”Rihanna” dalam pesanan ringkas tersebut dan hantar kepada 263888 dan untuk melihat kembali rakaman video dan gambar yang telah dihantar pelanggan boleh melayari laman web http://wap.channelx.com.my/metv dan pilih kategori tersebut.

Pemenang paling kreatif bakal menerima hadiah utama dan berpeluang berjumpa secara bersemuka dengan penyanyi pop berkenaan semasa konsertnya di Malaysia nanti.

Istimewa untuk pengguna talian prabayar Celcom, Xpax bakal memperoleh diskaun sebanyak 30 peratus dengan menambah had nilai kredit sebanyak RM10 dan mendaftar dengan menaip REGRIH dan hantar kepada 28881.

Selepas menghantar SMS berkenaan pelanggan Xpax perlu menambah nilai dengan jumlah minimum RM10 untuk memperoleh voucher telefon.

Voucher itu perlu ditebus dan pelanggan akan memperoleh dua tiket dengan potongan harga 30 peratus di mana-mana kaunter Axcess Ticket selagi stok masih ada.

Sementara itu, menurut Pengarah Urusan Pineapple Sdn Bhd, Razman Razali hampir suku daripada tiket tersebut telah terjual dan hasil daripada jualan tiket tersebut akan disalurkan kepada badan kebajikan.

"Dijangka ramai lagi akan membeli tiket konsert Rihanna disaat akhir dan kami menjangkakan 15,000 orang akan membanjiri stadium Bukit Jalil untuk menghadiri konsert berkenaan.

"Daripada jumlah kutipan jualan tiket itu nanti kami akan salurkan kepada The Force of Nature Aid Foundation, berapa jumlah saya tak boleh dedahkan ketika ini," katanya.

Ditanya mengenai persediaan Rihanna untuk membuat konsert di negara ini seperti yang diketahui umum banyak perkara yang perlu diambil kira, Razman berkata:

"Pihak pengurusan Pineapple telah memberitahu beliau (Rihanna) apa yang boleh dia lakukan dan apa yang tidak boleh dilakukannya dan difaham serta akan mengikuti semua peraturan yang telah ditetapkan itu.

"Dia akan pakai pakaian yang sesuai dengan adat dan budaya negara ini seperti yang ditetapkan.

"Disamping itu juga, pihak kami sudah mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan sejak awal lagi mengenai konsert ini.

Jelasnya, apa yang diharapkan adalah semuanya akan berjalan lancar dengan harapan Tuhan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku ketika konsert tersebut berlangsung.

"Di pihak artis kami tiada masalah. Tahun lalu semasa dia mengadakan konsert di Singapura dia tidak sempat untuk datang ke Malaysia, jadi kami mengambil peluang untuk mengadakannya pada tahun ini," ujarnya.

Artis tempatan juga bakal membuat persembahan pada konsert berkenaan difahamkan artis tersebut merupakan seorang artis wanita popular di negara ini.

"Kami tidak boleh dedahkannya sekarang. Apa pun kita kena tunggu dahulu kita akan umumkannya nanti. Nanti tidak ada kejutan pula," kata Razman.

Untuk maklumat lanjut berkenaan konsert Rihanna Live in KL 2009 sila layari laman web www.axcess.com.my atau menelefon talian hotline +60377115000.

Tiket turut dijual di semua kaunter Axcess Ticket. Setiap tiket dijual daripada RM138, RM158, RM288 dab RM328.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan