Catriona mula sibuk buat persiapan kahwin

Diterbitkan: Rabu, 21 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Biarpun berdarah campuran Melayu-Inggeris, Catriona tidak suka membawakan watak, 'Minah Saleh'.
Biarpun berdarah campuran Melayu-Inggeris, Catriona tidak suka membawakan watak, 'Minah Saleh'.

DETIK untuk bergelar isteri semakin ligat dihitung oleh aktres jelita ini. Meskipun majlis bersejarahnya itu bakal berlangsung pada penghujung Jun nanti, Catriona Ross yang mesra dipanggil Cat ini akui semakin berdebar menantikan hari tersebut.

"Cat memang teruja sangat dan setakat ini hampir 80 peratus persiapan dah siap.Memang penat tapi Cat bersyukur sangat sebab ada pihak yang sudi menaja perkahwinan Cat ini.

"Cat rasa bertuah sangat sebab orang ini sudi taja pelamin dan dekorasi dalam dewan masa majlis resepsi Cat nanti,” ujarnya ceria.

Ditanya mengenai tema majlis perkahwinannya nanti, nyata Cat tidak lokek berkongsi cerita untuk peminat-peminatnya.

"Cat sebenarnya malu nak cerita sebab lama lagi. Tapi tak apa la. Sebenarnya tema majlis perkahwinan Cat ialah ’Romance and Dreaming’, Cat nak semua orang yang datang akan rasa in lovedalam suasana yang begitu romantis untuk dikenang.

"Sebab itu dekorasinya akan dihias dengan warna-warna dan perhiasan yang bertemakan cinta dan kaih sayang,” ujar Cat.

Menurut Cat lagi, majlis akad nikah akan berlangsung di kediaman keluarganya di Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan.

Si dia banyak memberi kata-kata semangat

Diusik mengenai tunangnya yang merupakan penerbit program TV di Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin, 30, nyata Cat sangat menyintai bakal suaminya itu.

Cat berkata, dia tertarik dengan ciri-ciri yang dimiliki Shaharuddin antaranya sentiasa memberi kata-kata semangat untuk terus bangun daripada trauma akibat kemalangan ngeri yang dialaminya pada April 2007.

"Saya tak ada rasa apa-apa pun masa mula-mula kenal dengan Shaharuddin, yang bezanya dia kerap hubungi saya selepas pertemuan kali pertama itu.

"Percaya atau tidak, sepanjang tempoh lima bulan pertama perkenalan itu kami hanya berhubungan melalui telefon sahaja atau istilahnya perkenalanan jarak jauh.

"Ketika itu saya di Kota Bharu kerana menjalani rawatan susulan di sana sedangkan Shaharuddin di Kuala Lumpur.

"Alhamdulilah, berkat doa semua yang ingin lihat saya kembali seperti biasa memberi kekuatan kepada saya untuk bangkit semula walau pun pada mulanya agak sukar," ujar Cat.

Namun, putik cinta mereka bermula di Astro setahun setengah yang lalu, apabila Shaharuddin yang pemalu orangnya, bertindak berani menyapa Cat selepas mengacarakan program Wayang Kita.

"Shaharuddin memberi keyakinan bahawa saya akan sembuh sepenuhnya dan bermula dari situ kami berkawan rapat sehingga dia melamar saya tahun lalu," kata Cat.

Katanya, ramai pihak hanya melahirkan simpati tetapi Shaharuddin bertindak lebih daripada itu dengan memberikan kata semangat bahawa dia akan sembuh sepenuhnya.

"Dia menarik hati saya kerana amat mengambil berat terutama ketika saya dalam proses pemulihan selepas kemalangan jalan raya pada bulan April dua tahun lalu.

"Ketika saya masih belum sembuh akibat kemalangan itu dan masih bertongkat, dia adalah satu-satunya teman yang selalu mengambil tahu pada diri saya. Kesungguhannya berjaya menambat hati saya," akui Cat.

Cat berkata, buat masa sekarang, beliau akan meneruskan kerjayanya sebagai pelakon dan Shaharuddin tidak menghalang kerana sudah fahami dengan dunia ini.

"Bagaikan ada keserasian antara kami berdua, saling memahami serta sealiran dalam kerjaya," katanya yang pernah menjadi model iklan Milo satu ketika dahulu.

Tolak watak Minah Saleh

Nama Cat sememangnya sudah begitu sinonim dengan drama-drama Melayu seperti Sephia, Bonda, Bagasi Biru.

Gadis berdarah campuran Melayu (emak) dan Scottish (ayah) ini mula menceburi bidang lakonan setelah menjadi pengacara rancangan Wayang Kita (Astro RIA) pada awal 2004.

Satu demi satu drama lakonannya, sama ada episod, cerekarama atau telemovie, dipertontonkan di kaca TV.

Nyatalah gadis jelita ini memang tidak janggal membawakan apa saja watak yang diberikan kepadanya.

Berilah apa sahaja watak kepadanya, gadis kampung, gadis nakal, isteri yang tabah sehinggalah kepada perempuan tua, pasti Catriona yang lebih mesra dengan panggilan Cat tidak menolaknya.

Tetapi jika diberi watak perempuan mat salih, selagi boleh dia pasti akan menolaknya.

"Cat tidak mahu membawa watak yang begitu stereotaip bagi pelakon-pelakon seperti Cat yang berwajah Pan Asian.

"Jika adapun Cat bawa watak sebagai gadis mat salih ia hanyalah dalam drama Mek Salmah Dari Scotland dan filem Mistik.

"Bila penerbit dan pengarah menawarkan Cat watak perempuan mat salih Cat tolak kerana bagi Cat tidak adil hanya kerana wajah Cat mirip perempuan mat salih, maka Cat mesti membawa watak yang sama," cerita Catriona.

"Pada masa yang sama pelakon yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini melahirkan kekecewaanya dalam industri perfileman di negara ini.

"Hanya kerana Cat punya wajah Pan Asian, mereka tak boleh beri watak gadis kampung. Cat rasa stereotaip itu perlu ditukar di zaman sekarang ini,"tegas Cat.

Namun ia ibarat hadiah tahun baru apabila Cat ditawarkan membawa watak utama dalam sebuah filem yang masih boleh diumumkan kerana sebab-sebab tertentu.

Menurut Cat dia sangat gembira dengan ketika mendapat tawaran tersebut.

"Cat akui gembira sangat bila dapat tawaran bawa watak utama, sebab sebelum ini Cat pernah kecewa setiap kali pergi casting filem pengarah akan cakap muka Cat tak sesuai bawak watak kampung dan naif,” ujarnya.

Dalam filem yang bertemakan kekeluargaan ini Cat bakal membawakan watak utama.

Filem yang bakal memulakan penggambaran pada penghujung bulan Februari ini menjadikan Cat tidak lagi dibelenggu stigma pelakon berwajah campuran yang hanya layak membawakan karakter urban saja.

Azam 2009

Masih belum terlambat untuk bertanya azam gadis jelita yang berdarah manis ini, ketika diajukan soalan mengenainya Cat berkata dia mahu menumpukan lebih perhatian kepada kerjaya lakonan disamping memberikan yang terbaik dalam setiap watak yang diberikan kepadanya.

"Cat nak tumpukan perhatian pada bidang lakonan dan dalam masa yang sama Cat juga nak persiapkan diri dengan ilmu rumahtangga.

"Kalau tanya pasal perancangan mengenai anak, Cat tak kisah, Cat terima kalau dapat anak cepat ke lambat.Tapi kalau ada rezeki Cat nak empat orang anak,” ujar anak sulung daripada tiga beradik ini.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan