Sifu dan Tonga: Lakonan hebat, cerita mengecewakan!

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Antara babak lucu dalam filem Sifu dan Tonga.
Antara babak lucu dalam filem Sifu dan Tonga.

AGAK mengecewakan! - Itulah yang dapat diperkatakan mengenai filem Sifu dan Tonga hasil karya terbaru pengarah prolifik negara, Prof. Madya Razak Mohaidden.

Bukan untuk menidakkan kredibiliti pengarahnya namun naratif dan jalan cerita yang agak membosankan akan mematikan mood penonton.

Sudah berkali-kali Razak menghasilkan filem komedi namun apa yang dapat dilihat, semuanya masih berlandaskan sentuhan yang sama.

Deretan filem komedi seperti Anak Mami The Movie, Mami Jarum, Mami Jarum Junior, Nana Tanjung, Nana Tanjung 2, semuanya sudah dihasilkan biarpun filemnya sering mencapai kutipan box office namun pengisiannya dari aspek jalan ceritanya masih lagi kurang.

Selepas 10 minit tayangan bermula, hati penulis mula gelisah, perasaan teruja sebelum ini bertukar hampa. Sebaliknya penulis dapat merasakan bagai ada yang tidak kena dalam filem ini. Jalan cerita yang cuba dipaparkan juga kurang pengisiannya.

Menyentuh mengenai pelakonnya, lakonan primadona filem Melayu masa kini, Erra Fazira dan peserta Audition musim ke-2, Azad Jasmin kurang memberi impak kepada filem ini. Watak yang dibawa tidak terlalu meninggalkan kesan.

Apek yang membawakan watak utama sebagai Sifu juga agak hambar sekalipun wataknya sering mencuit hati penonton. Rasanya, Apek mampu menampilkan karekter lakonan lebih baik daripada biasa.

Sifu dan Tongga mengisahkan cerita mengenai dua orang wartawan dari Kuala Lumpur melakukan pengembaraan mencari suku sakat kaum Watson (Orang Asli) yang hampir pupus ditelan zaman.

Namun apabila mereka dapat menemui kaum ini, seorang daripada mereka, iaitu Mama Tammy (Erra) menculik Mila, anak kepada ketua kampung itu, lalu dibawanya ke Kuala Lumpur.

Di sini lah bermulanya pengembaraan Sifu dan Tongga apabila mereka menawarkan diri untuk ke Kuala Lumpur dan mencari Mila.

Melihat kepada jalan ceritannya, sememangnya penulis dapat membayangkan pengembaraan Sifu dan Tonga ke kota besar akan menggeletek hati penonton.

Bermacam-macam imginasi dan aksi yang dipaparkan semasa mereka (Sifu dan Tonga) keluar daripada kampung menuju ke kota mampu membuatkan penonton ketawa.

Kerana tinggal lama di hutan, Sifu dan Tonga tidak pernah melihat kerusi, kereta, komputer, motor, tandas dan pelbagai alatan canggih yang telah tercipta pada zaman ini membawa kepada elemen kelucuan dalam filem ini.

Pendek kata, apa yang dilakukan mereka pastinya serba tidak kena dan melucukan, inilah yang boleh dikatakan sebagai penyelamat filem ini kerana visual yang dipaparkan kurang memuaskan.

Namun babak Sifu berkomunikasi dengan makhluk halus wajar diberi pujian. Menerusi humor dan interaksi bersama makhluk halus itu sedikit sebanyak menghiburkan.

Begitupun, setakat mahu berhibur, Sifu dan Tongga masih lagi boleh ditonton oleh seisi keluarga. Tidak semua bahagian dalam filem ini menghampakan, lebih-lebih lagi aksi Apek dan Nabil yang sentiasa melucukan.

Nabil yang pertama kali berlakon dalam filem ini nampak natural dengan membawakan watak Tonga.

Sifu & Tongga dibarisi pelakon popular dan meningkat naik, mempertemukan buat pertama kali dua raja lawak iaitu Saiful Apek dan Nabil, juara Raja Lawak musim kedua.

Filem ini juga turut dibarisi dengan barisan pelakon yang bukan saja berbakat, malah ada nilai komersil sebagai rencah bagi menarik penonton seperti Erra Fazira, Pak Piee dan bakat baru, Fouziah Gous.

Apatah lagi ditambah dengan penampilan khas nama-nama besar dalam industri filem di negara ini seperti, Datuk Jalaluddin Hassan, Azwan Ali, Zainal Alam Kadir, Rozita Che Wan, Along Raja Lawak, Din Beramboi, Shamsul Ghau Ghau, Ruminah Sidek dan Mak Jah.

Jangan lupa saksikan filem Sifu dan Tonga dipawagam bermula pada 29 Januari ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan