Norman: Abby masih punya kepentingan di dalam MDH

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norman Hakim ketika menghadiri prosiding kes khalwatnya dengan Memey Suhaiza di Mahkamah Syariah Gombak Timur, hari ini. -foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN
Norman Hakim ketika menghadiri prosiding kes khalwatnya dengan Memey Suhaiza di Mahkamah Syariah Gombak Timur, hari ini. -foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN

[SEMASA] KUALA LUMPUR: Walaupun sudah sebulan bercerai, aktor Norman Hakim masih menganggap bekas isterinya, aktres Abby Abadi sebagai salah seorang yang mempunyai kepentingan di dalam syarikatnya, MDH Trading.

“Abby masih lagi mempunyai kepentingan dalam salah satu syarikat di bawah MDH tetapi saya tidak mengerakkan syarikat itu. Saya bergerak di bawah syarikat melibatkan ‘trading and services’ di mana kita ada banyak ‘vehicle’.

“Maknanya, setiap bisnes akan bergerak di dalam syarikat masing-masing,” kata Norman ketika menghadiri prosiding perbicaraan kes khalwatnya dengan aktres Memey Suhaiza di Mahkamah Syariah Gombak Timur, di sini, hari ini.

Sebulan lalu, Abby mendakwa dia telah lama diketepikan walaupun sama-sama melabur dan mempunyai syer dalam syarikat itu.

Menurut duda yang turut dikaitkan dengan pelakon Memey Suhaiza ini, semasa Abby masih bergelar isterinya, mereka telah memasukkan beberapa syarikat di bawah MDH.

“Melalui salah satu syarikat itu, saya masukkan peratusan bahagiannya di dalam syarikat itu. Jadi, dalam empat ‘core’ yang terdapat di dalam syarikat itu, salah satu syarikat itu saya masukkan namanya sebagai pengerusi ‘non-eksekutif’.

“Saya tidak mengenepikan Abby dalam MDH tetapi mengalu-alukan sesiapa untuk memberikan sumbangan dalam syarikat.

“Kita tak kisah sesiapa yang boleh membawa masuk projek dan mencetuskan idea. Dalam momentum bekerja itu, kita semua sama sahaja walaupun masa itu kami bergelar suami dan isteri. Apa pun yang berlaku, kami masih lagi teman sekerja,” jelas Norman.

Bercerita mengenai penglibatan Memey di dalam syarikatnya, Norman berkata dia mengambil Memey bekerja kerana terpaksa.

“Kebetulan pada bulan Ogos lalu, salah seorang daripada staf saya telah mengambil keputusan untuk berhenti. Jadi, secara ‘spontan’ dan ‘urgent’, Memey membantu atas dasar keikhlasan tanpa mengambil kira apa yang tersirat dan tersurat.

“Memey bukan staf tetap tetapi khidmatnya mengikut tugasan yang ada. Jika ada apa-apa, abang saya akan panggil dia.

“Ingin saya tegaskan yang kami bukannya jabatan kerajaan. Jika melakukan sesuatu agenda syarikat selain daripada lakonan, ada transaksi atau komunikasi yang melibatkan negara Celenia yang berpengkalan di Itali.

“Terdapat percanggahan waktu ketika kami mengadakan rundingan. Kita yang ‘serve’, jadi kami perlu mengikut jadual ‘client’.

“Kita nak penjelasan satu-persatu dan kita pula bukan yang bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Kami bekerja lebih dari pukul 7 malam tetapi ada waktu rehatlah,” ujar Norman yang masih lagi melakukan urusan promosi dan periklanan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan