Shila dahulukan pelajaran dari nyanyian

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Shila semakin bijak mengatur langkah sebagai penyanyi. Foto The Star Oleh: AZLINA ABDULLAH
Shila semakin bijak mengatur langkah sebagai penyanyi. Foto The Star Oleh: AZLINA ABDULLAH

JIKA dulu, sebut saja nama Nur Shahila Amir Amzah sebelum ini, mungkin ramai yang tidak mengenali siapa gerangan gadis ini. Namun namanya semakin mekar sejak dia menyertai One In A Million musim kedua (OIAM2) tahun lalu.

Gadis manis yang lebih dikenali dengan panggilan Shila ini mengakui pertandingan OIAM yang disertainya telah membuka laluan besar kepadanya sebagai anak seni.

Lebih manis selepas bergelar Naib Juara OIAM 2, dia terus mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi anugerah emas pada Penang Shanghai World Star Quest (PSWSQ) yang diadakan di Pulau Pinang, hujung April tahun lalu.

Namun entah dimana silapnya, populariti penyanyi agak kurang menjadi.

Biarpun demikian, nyata gadis manis ini tidak berkecil hati biarpun popularitinya tidak segah mana.

Gadis berusia 18 tahun ini tetap bangga punya bakat nyanyian setanding dengan artis yang lebih senior daripadanya.

Bakal adakan konsert Cornetto Love Sparks

Terbaru gadis manis ini baru sahaja dilantik menjadi duta produk aiskrim terkenal Cornetto.

Pada masa yang sama juga Shila bakal menjayakan konsert yang akan dianjurkan oleh jenama aiskrim popular itu pada bulan Februari ini seperti yang dijayakan oleh Dafi dan Gita Guntawa tahun lalu.

"Insya-Allah pihak Cornetto adakan konsert khas Cornetto Love Sparks seperti tahun lalu. Namun kali ini saya diberikan peluang untuk berduet dengan band popular dari Indonesia, kumpulan Ran.

"Saya rasa gembira sangat dapat peluang sebegini dan harap peminat akan datang beramai-ramai pada konsert itu nanti," ujar Shila yang popular dengan single, Memori Tercipta ini.

Selain itu, gadis manis ini juga bakal muncul dengan single terbaru bertajuk Tunjukkan Cintamu pada 4 Februari ini.

"Kalau tak ada apa-apa halangan syarikat rakaman saya, Monkey Bone akan lancarkan single saya pada tarikh tersebut. Setakat ini tak ada apa-apa perubahan lagi.

"Konsep untuk album terbaru saya adalah Pop. Ada tiga buah lagu Melayu dan dua buah lagu Inggeris disamping satu lagu bonus iaitu lagu yang memberi kenangan manis kepada saya, Memori Tercipta akan turut dimuatkan dalam album itu nanti," kata anak gadis kesayangan penyanyi ND Lala ini.

Antara komposer yang terlibat dalam penghasilan terbarunya adalah seperti Audi Mok, Aubrey Suwito, Jemie Harbour (komposer Australia).

"Dalam masa yang sama, saya juga sibuk dengan pembikinan muzik video terbaru, dengan menggunakan lagu Hanya Kita daripada mini album saya untuk iklan syampoo, Clean and Clear," katanya yang berminat untuk menceburi bidang lakonan.

Shila yang pemalu

Melihatkan keletahnya yang manja pasti ramai yang tidak tahu dia seorang yang sangat pemalu satu ketika dahulu.

Dalam nada ceria Shila mengakui pada awal pembabitannya dalam bidang seni, dia memang tidak boleh berhadapan dengan kamera.

"Tahap kenyakinan saya rendah bila berhadapan dengan kamera, dulu saya memang tak pandai nak berkomunikasi dengan penonton bila hendak memulakan persembahan," katanya yang bakal muncul dengan album sulung Mac ini.

Namun itu semua dulu, masa dalam OIAM2 Shila banyak belajar dan di sana saya dapat banyak tips untuk menghilangkan rasa gugup ketika membuat persembahan di pentas,” ujar Shila.

Mahu jadi penyanyi berilmu

Di usia yang masih muda dia sudah sibuk di pentas nyanyian, namun cita-cita untuk menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi tidak pernah pudar dalam dirinya.

"Saya tahu masuk dalam bidang seni ini banyak cabarannya. Jadi dalam masa yang sama nak juga telah mempersiapkan diri dengan menyambung pelajaran selepas tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu.

"Sekarang ini saya sudah sedang mengikuti kursus diploma dalam bidang perniagaan. Baru tamat semester pertama.Namun disebabkan jadual saya terlalu padat, saya terpaksa ponteng kelas kerana terikat dengan kontrak penghasilan album sulung saya.

"Akhirnya saya nekad untuk menangguhkan pengajian sementara waktu untuk tumpukan sepenuh perhatian kepada penerbitan album ini.

"Saya mahu memberikan yang terbaik, saya tak nak yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran pula," ujarnya serius.

Bagi gadis manis ini, pelajaran bakal menjadi harta berharga yang akan kekal selamanya berbanding karier sebagai penyanyi.

"Walau apa pun saya tetap akan kuatkan semangat untuk habis belajar dan genggam kejayaan untuk masa depan saya satu hari nanti," katanya yang kini sedang menuntut di Kolej Segi di Damansara.

Ke kuliah tanpa make-up

Biarpun sering dilihat bergaya ketika membuat persembahan di setiap show yang dihadirinya, Shila mengakui hakikatnya dia seorang yang sangat simple.

"Sebenarnya kalau nak tahu masa di kolej saya sangat simple, saya lebih selesa pakai jeansdengan baby T sahaja. Tanpa kasut tumit tinggi pun, saya lebih suka pakai sandal.

"Kadang tu orang sampai tengok dua kali untuk pastikan saya ni penyanyi. Sebab kalau pergi kuliah saya takkan pakai make-up.

"Saya lebih suka natural dan hanya pakai pelembap bibir dengan bedak sahaja. Satu lagi saya ni berkaca mata jadi selalunya orang tak perasan saya ni artis,” ujar Shila yang suka memasak ketika di rumah.

Bercita-cita ada jenama baju sendiri

Bercerita mengenai cita-citanya, nyata gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini seorang yang berfikiran jauh.

"Kalau tanya impian, saya harap satu hari nanti saya ada syarikat yang mengeluarkan jenama pakaian menggunakan label nama saya sendiri.

"Biarpun itu hanya impian saya akan cuba untuk merealisasikannya. Sebab saya sangat suka berfesyen, nak saya gemarkan sesuatu yang trendy dan funky.

"Oleh kerana saya belajar dalam bidang perniagaan jadi saya rasa ilmu yang saya perolehi itu akan dapat membantu saya membina perniagaan yang dicita-citakan satu hari nanti," katanya yang berazam ingin merealisasikan impiannya itu pada tahun 2010 nanti.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan