Marc-Jennifer tidak sehaluan?

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sumber tidak rasmi itu juga turut melaporkan yang Marc dan Jennifer akan membuat pengumuman perpisahan mereka sebaik Marc membuat persembahan penutup di Madison Square Garden pada 14 Februari nanti.
Sumber tidak rasmi itu juga turut melaporkan yang Marc dan Jennifer akan membuat pengumuman perpisahan mereka sebaik Marc membuat persembahan penutup di Madison Square Garden pada 14 Februari nanti.

GOSIP liar semakin bertiup kencang mengenai rumahtangga pasangan romantis Marc Anthony dan Jennifer Lopez. Kononnya, pasangan ini akan berpisah secara rasmi pada 'Hari Kekasih' 14 Februari ini.

Menurut satu sumber terdekat pasangan ini, perkhabaran perpisahan Marc-Jennifer semakin hangat diperkatakan apabila jurucakap Marc dan Jennifer masing-masing enggan mengulas lanjut tentang khabar-khabar angin ini.

Walaubagaimana pun perkara ini masih menjadi tanda tanya kerana Marc dan Jennifer beraksi romantis ketika hadir di acara red carpet Anugerah Golden Globes minggu lepas.

Sumber tidak rasmi itu juga turut melaporkan yang Marc dan Jennifer akan membuat pengumuman perpisahan mereka sebaik Marc membuat persembahan penutup di Madison Square Garden pada 14 Februari nanti.

"Banyak perkara yang tidak kena dalam hidup pasangan ini. Mereka bercadang untuk berpisah secara baik pada 14 Februari. Ianya akan menjadi perpisahan yang pahit dan manis bagi mereka berdua," jelas sumber itu.

Marc dan Jennifer, mempunyai pasangan kembar Max dan Emme yang kini berusia 10 bulan.

Pada bulan Oktober tahun lepas, Marc dan Jennifer cuba memperbaharui lafaz cinta mereka dalam satu majlis di Las Vegas.

Majlis yang dibuat untuk mentautkan kembali rasa cinta pasangan ini, bagaimanapun tidak mampu mengikat mereka lagi.

"Mereka tetap akan meneruskan perpisahan yang dirancangkan itu," kata sumber itu.

Katanya lagi, Jennifer tidak berapa senang dengan cara Marc melayan anak kembar mereka dan tidak suka usaha Marc untuk menjadikan dia sebagai bintang Latin.

"Marc cuma ingin melupakan segala yang berlaku dan meneruskan kariernya. Marc sudah jemu dengan pergaduhan yang berlaku di antara mereka.”

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan