Cucu kembar mendiang Elvis Presley diraikan

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Detik menjadi ibu kepada pasangan kembar turut membuat Lisa Marie-Presley begitu emosi kerana dia baru sedar yang mendiang ayahnya dulu juga mempunyai saudara kembar bernama Jesse tetapi meninggal dunia ketika dilahirkan.
Detik menjadi ibu kepada pasangan kembar turut membuat Lisa Marie-Presley begitu emosi kerana dia baru sedar yang mendiang ayahnya dulu juga mempunyai saudara kembar bernama Jesse tetapi meninggal dunia ketika dilahirkan.

NALURI keibuan ketika mencecah usia 40 tahun lebih dirasai oleh Lisa Marie Presley, satu-satunya anak tunggal lagenda rock dunia Elvis Presley.

Untuk pertama kalinya, Lisa memberi keizinan foto anak kembarnya - Harper dan Finley (yang kini berusia 3 bulan), dirakamkan oleh majalah 'People.'

Pasangan kembar itu juga merupakan cucu keempat Elvis dan anak pertama bagi pasangan Lisa Marie Presley dan penerbit album/gitaris Michael Lockwood.

"Ketika mula-mula membawa mereka pulang, kami rasa cukup terharu," ujar Lisa yang mempunyai dua orang anak dari hasil perkahwinan pertama - Riley (19 tahun) dan Ben (16).

Lisa telah cuba untuk mengandung selama dua tahun setelah berkahwin dengan gitaris Michael pada bulan March 2006. Perkahwinan Lisa-Michael telah diadakan di sebuah tempat eksklusif dan terpencil di Jepun di mana hanya beberapa orang sahaja dijemput.

Antara yang diundang ialah bekas suami pertama Lisa yang juga ayah kepada Riley dan Ben iaitu Danny Keough. Danny bertindka sebagai pengapit lelaki.

Ini merupakan perkahwinan Lisa yang keempat. Suami kedua dan ketiganya ialahpenyanyi terkenal Michael Jackson dan pelakon Hollywood Nicholas Cage.

Detik menjadi ibu kepada pasangan kembar turut membuat Lisa begitu emosi kerana dia baru sedar yang mendiang ayahnya dulu juga mempunyai saudara kembar bernama Jesse tetapi meninggal dunia ketika dilahirkan.

"Ketika diberitahu yang saya akan mendapat kembar, saya baru sedar rupa-rupanya saya sedang meneruskan tradisi keluarga kerana ayah saya dulu juga ada pasangan kembar. Dan nenek saya juga ada pasangan kembar.

"Bila doktor memberitahu ada dua nadi ketika ultrasound, saya menangis kegembiraan begitu juga Michael," kata Lisa. Menurut Lisa lagi, apa yang pasti anak kembarnya akan didedahkan tentang muzik lagenda peninggalan datuknya, Elvis Presley.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan