Oprah diketepikan kerana Viola Davis - Berita Hiburan | mStar

Oprah diketepikan kerana Viola Davis

Diterbitkan: Khamis, 15 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengacara talk-show paling popular di dunia, Oprah Winfrey.
Pengacara talk-show paling popular di dunia, Oprah Winfrey.

PENGACARA 'talk-show' paling popular di dunia Oprah Winfrey begitu teringin untuk membawa watak Mrs Miller dalam filem 'Doubt' namun pengarah John Patrick Shanley enggan memberikan watak itu padanya.

Shanley, bagaimanapun, membuat pilihannya sendiri dan memilih Viola Davis untuk menggalas tugas itu.

Winfrey memberitahu perkara ini kepada aktres Meryl Streep di rancangan bual bicara 'Oprah Winfrey' nya semalam.

Bagi Winfrey, watak Mrs Miller amat sesuai untuknya dan dia begitu yakin dapat menjiwainya. Tambahan pula, beliau kepingin sekali berlakon dengan Streep.

"Saya tawarkan diri untuk pergi audition tapi pengarahnya tidak mahu," kata Oprah.

"Tapi Shanley tidak mahu saya dan memberi sebab-sebab kenapa dia rasa saya tidak sesuai membawa watak itu. Saya rasa itu adalah keputusan yang baik."

Davis pernah dicalonkan untuk pelakon pembantu terbaik di Anugerah Golden Globe baru-baru ini. Kemungkinan besar, Davis dapat merangkuli anugerah Oskar.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan