Nabil akui rapat dengan Irma Hasmie

Diterbitkan: Khamis, 15 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nabil punya aura tersendiri sebagai pelawak.Foto The Star Oleh: SHAARI CHE MAT
Nabil punya aura tersendiri sebagai pelawak.Foto The Star Oleh: SHAARI CHE MAT

LAWAKNYA yang bersahaja sering membuatkan penonton tidak kering gusi dengan gelagat jejaka tinggi lampai yang berasal dari Negeri Sembilan ini.

Namanya menjadi sebutan selepas berjaya dinobatkan sebagai Juara Raja Lawak Astro musim kedua.

Mencipta nama sejak bergelar juara program realiti televisyen terbabit, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad menjadikan rancangan tersebut sebagai menjadi batu loncatannya untuk menerokai bidang seni yang diceburinya sejak setahun yang lalu.

Biarpun baru setahun jagung dalam bidang seni Nabil, 25, pantas mencipta nama dalam persada hiburan tanah air.

Atas populariti diraih, Nabil menggunakan peluang dengan bijak apabila menceburi bidang seni lain seperti pengacaraan.

Namun akhir-akhir ini kisah cintanya menjadi topik perbualan hangat di forum-forum gosip di internet.

Peluang menemuramahnya di majlis pratonton filem pertama lakonannya, Sifu dan Tonga digunakan untuk mendapatkan kepastian daripada tuan empunya badan sendiri.

Nyata gosip yang bertiup tersebut bukan sekadar omongan kosong kerana anak muda yang berasal dari Mambau, Negeri Sembilan ini tidak menafikan perkara tersebut.

"Ya, memang betul saya tak nafikan saya ada keluar dengan Irma, baru-baru ini, tapi sebagai kawan tak lebih daripada itu.

"Saya dengan dia kenal masa saya terlibat dengan rancangan Gitu-Gitu Raya di Astro Ria tahun lepas,” ujar Nabil.

Ditanya sejauh mana hubungan mereka, Nabil berkata, dia dalam proses mengenali hati budi wanita terbabit.

"Saya dalam proses nak mengenali hati budi dia. Kita tengok lepas ini macam mana mungkin terlalu awal untuk saya katakan mengenai status hubungan kami," katanya.

Seperti diketahui ramai sebelum ini, Irma Hasmie merupakan bekas kekasih kepada pelakon kacak Farid Kamil namun entah dimana silapnya hubungan mereka putus ditengah jalan tahun lalu.

Mungkin kekosongan itu membuatkan Nabil dan Irma rapat, lantas menyulam kasih dalam diam.

Namun persoalan yang timbul adalah, sebelum ini Nabil pernah dikatakan rapat dengan anak kepada pengurus besar Grand Brilliance Sdn Bhd,Mira.

"Saya akui sebelum ini kami memang rapat, saya ni suka berkawan dengan semua orang, mungkin sebab itu ramai akan salah sangka saya bercinta dengan orang ini dan saya suka orang itu.

"Hakikatnya orang suka saya kerana sifat 'gila-gila' saya sahaja kot. Saya senang berkawan dengan sesiapa sahaja,” ujar Nabil yang tidak mahu kisah cintanya digembar-gemburkan sehingga menenggelamkan karier seninya.

Tak fikir tentang populariti

Jelas Nabil lagi, dia masuk ke bidang seni bukan untuk mencipta populariti sebaliknya dia ingin mengenengahkan bakat yang ada dalam dirinya.

"Terus terang saya katakan, saya tak risau dan tak fikir langsung tentang populariti saya. Sebab saya menjual bakat dalam bidang ini.

"Bagi saya dalam apa jua bidang pun, apa yang kita lakukan itu satu proses pembelajaran yang boleh memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik,” kata Nabil.

Tahun 2009 sibuk berlakon

Bercerita mengenai karier seninya, Nabil tidak sabar menantikan maklum balas daripada penonton serta peminat-peminatnya terhadap lakonannya.

"Saya takut tapi dalam masa yang sama saya teruja untuk tunggu feedback daripada peminat-peminat. Mana tahu ada yang tak suka,” ujarnya ceria.

Terbaru Nabil bakal muncul dalam filem Sifu dan Tonga pada 29 Januari ini, selepas itu wajahnya akan terus berada di layar perak apabila beberapa filem lakonannya bakal ditayangkan pada tahun ini.

Selepas Sifu dan Tonga, filem terbitannya sendiri, Lu Fikirlah Sendiri, sedang menunggu masa untuk ditayangkan.

Pada ketika ini Nabil sedang sibuk menghabiskan penggambaran bagi filem Kecoh Betul bergandingan bersama pelakon jelita, Diana Danielle.

Bermula Januari ini juga Nabil akan terbabit dengan filem Momok arahan M Jamil.

Dia juga akan membintangi filem Man Tera yang menggunakan konsep tiga dimensi atau 3D arahan Bade.

Nabil terus unggul biarpun usia pembabitan baru setahun jagung.

Bayangkan dalam tempoh singkat, aura jejaka kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini mampu menguasai stesen TV tempatan seperti di TV3, TV9, RTM dan Astro.

Rezekinya memang tidak putus, malah dek kesibukannya, Nabil terpaksa menolak hasrat menjadi pengacara majlis untuk majlis persandingan dan konsert Gempak Rewang yang diadakan khas sempena perkahwinan Mawi dan Ekin pada bulan Disember lalu.

Pernah mengacarakan Melodi bersama Fara Fauzana dan Wahid Senario, impiannya untuk beraksi di bawah arahan pelakon versatile, Adlin Aman Ramli terus terbuka apabila dapat berlakon telefilem Sonata Labu Labi.

Telefilem yang disiarkan di Saluran Astro Ria tahun lalu ini bakal diteruskan dengan penerbitan sekuel terbaru Sonata Labu Labi, ia bakal menemui penonton tidak lama lagi.

”Alhamdulillah saya bersyukur sangat biarpun masih baru dalam bidang lakonan tapi saya dapat peluang berlakon di bawah arahan Abg Adlin.

"Saya rasa teruja berlakon di bawah arahannya. Banyak benda yang saya belajar,” kata Nabil.

Nabil mempunyai kontrak selapa 18 bulan dengan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) bermula 2009 hingga pertengahan 2010.

Bagi tempoh itu, dia akan membintangi tiga filem. Selain filem, Nabil juga akan muncul dengan program Studio Nabil dan program motivasi membabitkan Datuk Dr Mohd Fadhilah Kamsah di TV9 tidak lama lagi.

Meminati lawak Apek

Kali pertama berlakon filem, nyata ia menjadi pengalaman berharga buat anak muda ini, dan dia tidak malu mengakui bahawa dirinya masih dalam proses menimba pengalaman berlakon dan menganggap pelawak nombor satu negara, Saiful Apek sebagai gurunya.

Jelas Nabil, semata-mata untuk berlakon bersama sifunya itu dia sanggup menangguhkan projek filem pertama,Lu Fikirlah Sendiri The Movie kerana begitu teruja untuk berlakon bersama Apek.

"Terus terang saya katakan, saya memang minat menonton Apek sebelum ini dan saya bertuah apabila berpeluang berlakon bersama Apek dalam filem ini.

"Mulanya, saya keliru kerana tidak tahu apa yang harus dibuat sebelum penggambaran bermula. Dalam menyesuaikan diri, saya dan Apek berbincang dan akhirnya kami dapat lakonan yang betul apabila berada di lokasi penggambaran.

"Sebagai pelakon baru, saya gembira mendapat tunjuk ajar daripada pelakon berpengalaman seperti Apek.

”Meskipun andaian artis yang cepat meniti populariti juga mudah jatuh, saya berpendapat ia bergantung pada individu itu sendiri dalam mempertahankan kerjaya dan popularitinya," katanya.

Bercerita mengenai pembabitannya sebagai pelakon, nyata anak muda ini menanam impian yang sangat besar melaui filem pertama lakonannya, Sifu dan Tonga.

”Saya harap gandingan saya dengan Apek akan membuahkan hasil. Siapa tahu filem ini boleh meletup di panggung. Saya doa-doa macam tu la,”katanya.

Tegas Nabil, apa yang cuba diketengahkan melalui lawaknya adalah isu yang dibawa perlu fresh dan elakkan membuat lawak slapstik.

”Pada saya komedi yang saya jual bukan lawak slapstik tapi saya kaitkan dia dengan alam persekitaran dan suasana ketika itu.

"Penonton sudah tidak suka kita buat lawak statik lagi, penonton hari ini sudah bijak menilai kualiti lawak yang ada pada pelawak,” ujar Nabil.

Namun bagi Nabil untuk membuat lawak bukan mudah, kerana ia perlu dicampur adukkan dengan cerita, gerak tubuh dan mimik muka barulah orang akan tertawa dengan apa yang sedang diceritakan itu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan