Mr Roarke " Fantasy Island" meninggal dunia

Diterbitkan: Khamis, 15 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ricardo Montalban, bintang Mexico yang cukup sinonim dengan watak lelaki misteri bersut putih bernama Mr Roarke dalam drama TV 'Fantasy Island', meninggal dunia semalam akibat sakit tua.
Ricardo Montalban, bintang Mexico yang cukup sinonim dengan watak lelaki misteri bersut putih bernama Mr Roarke dalam drama TV 'Fantasy Island', meninggal dunia semalam akibat sakit tua.

RICARDO Montalban, bintang Mexico yang cukup sinonim dengan watak lelaki misteri bersut putih bernama Mr Roarke dalam drama TV 'Fantasy Island', meninggal dunia semalam akibat sakit tua dan beberapa komplikasi. Beliau yang berusia 88 tahun meninggal dunia di kediamannya di Los Angeles.

Montalban merupakan seorang bintang filem terkenal di Mexico apabila MGM membawa beliau ke Hollwyood pada tahun 1946. Beliau telah diberi watak utama dan digandingkan dengan Esther Williams dalam "Fiesta," "On an Island with You" dan "Neptune's Daughter."

Bagi peminat drama kesukaan ramai 'Fantasy Island', tentu masih mengingati watak Mr. Roarke yang dibawa oleh Montalban yang selalu menjelma ketika tetamu di Fantasy Island menghadapi kesukaran. Beliau akan menyambut dengan kata: "I am Mr. Roarke, your host. Welcome to Fantasy Island."

Itulah 'catch phrase' Montalban yang paling popular sepanjang beliau membintangi drama TV popular itu dari tahun 1978 hingga 1984.

Beliau juga terkenal dalam watak antagonis dalam filem hit sekitar tahun 1980an iaitu "Star Trek: The Wrath of Khan" dan "The Naked Gun: From the Files of Police Squad."

"Fantasy Island" mendapat rating paling tinggi bagi program keluaran ABC dan masih lagi ditayangkan disesetengah negara sehingga ke hari ini.

Selain watak Mr Roarke yang sudah menjadi ikon dan cukup diminati, drama TV itu juga menampilkan 'sidekick' Mr. Roarke iaitu Tattoo, yang dilakonkan oleh pelakon yang mempunyai ketinggian 3-kaki 11 inci Herve Villechaize, yang meninggal dunia pada 1993.

Mendiang Montalban meninggalkan dua orang anak perempuan - Laura and Anita, dua anak lelaki Victor and Mark dan enam orang cucu.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan