Liyana berjilbab labuh dalam Merempuh Karma

Diterbitkan: Khamis, 15 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Liyana teruja diberikan peluang berlakon dalam filem Merempuh Karma.-foto AIDA
Liyana teruja diberikan peluang berlakon dalam filem Merempuh Karma.-foto AIDA

BUKAN mahu menyalahkan wataknya sebagai Su yang dikatakan kurang menyerlah di dalam filem Maut, namun pelakon berbakat besar dalam industri perfileman, Liyana Jasmay semakin pandai mempelbagaikan wataknya di dalam filem akan datang.

Bagaimanapun, Liyana tidak pernah lari daripada diberikan watak posisi gelap atau sebaliknya.

Menurut Liyana, wataknya di dalam filem terbaru, Merempuh Karma agak berlainan daripada perwatakan yang dilakonkan sebelum ini tetapi masih mengekalkan watak posisi gelap.

Kelainan yang ditonjolkan adalah melalui pemakaian jilbab labuh di mana dia melakonkan watak Aqilah, seorang gadis yang belajar di Mesir.

Menyentuh tentang lakonannya di dalam Maut, Liyana berkata karektor yang dilakonkannya menjadi kurang menyerlah kerana permulaan filem itu yang lambat dan mempunyai tiga jalan cerita berbeza.

“Jalan ceritanya memang macam tu dan Abang Bade Hj. Azmi memang sukakan plot cerita yang disusun sebegitu iaitu bermula daripada ‘slow’.

“Namun, saya rasa ‘lembik’ sebab ia melibatkan satu perjalanan karektor sahaja. Saya tak kisah sebab sebelum ini saya sudah banyak membawa watak ‘gelap’ dan biarlah dalam filem Maut ini saya nampak lebih keperempuanan,” jelas gadis berusia 21 tahun ini.

Filem Maut ditayangkan di pawagam mulai 15 Januari.

Berbalik kepada filem Merempuh Karma atau tajuk asalnya, Arus Merah, ia merupakan sebuah filem aksi, memaparkan realiti kumpulan kongsi gelap dan kegiatan jenayah ala ‘Mafia’ di Malaysia sendiri.

Selain Liyana, pelakon hebat lain yang bakal turut serta di dalam filem arahan Azhar Yunus ini adalah Ahmad Yatim, Sidi Oraza, Fauziah Nawi, Rosyam Nor, Faizal Hussien, Hasnol Rahmat, Que Haidar, Raja Farah dan Kamal Adli.

Liyana ‘demand'?

Semasa majlis beramah mesra dengan para pelakon filem tersebut, penulis skripnya selaku pengerusi majlis, Shahriman Wahap, sempat mengusik Liyana.

Kata Shahriman, Liyana seolah-olah ‘demand’ apabila menyoal senarai pelakon terlebih dahulu tanpa menilai skrip filem tersebut.

Apabila mendengar senarai pelakon yang bakal membintangi filem ini, Liyana terus bersetuju untuk berlakon.

Lantas, Liyana menyatakan alasannya dengan berkata: “Apabila bekerja dengan orang yang hebat, ia sedikit sebanyak membantu saya dalam selok-belok lakonan. “Lagipun, saya bukannya selalu mendapat peluang ini.”

Tanpa berselindung, Liyana berkata Rosyam Nor yang mengajar dia supaya bertanyakan senarai pelakon terlebih dahulu sebelum menerima sesuatu tawaran lakonan itu.

“Sebab itu saya selalu tanya nama pelakon. Selain itu, saya sukakan filem bercorak ‘Mafia’ seperti filem Godfather.

“Saya rasa generasi sekarang sukakan cerita yang ganas kerana ia lebih menarik minat mereka untuk menonton filem. Saya teruja apabila mendapat peluang ini,” cerita Liyana penuh minat.

Jelas Liyana, walaupun dia baru sekali selesai membaca skrip filem itu dan belum memahami isi kandungan sepenuhnya, tetapi dia pasti filem ini bakal memberikan ‘sesuatu’ kepadanya.

“Kalau boleh saya nak ‘sesuatu’ pada watak Aqilah dan apa yang boleh saya ‘push’, saya akan lakukan.

“Sebagai persediaan, saya akan mengikuti kelas lakonan dengan Ibu Fauziah. Saya suka dengan latihan lakonan sebelum memasuki pengambaran kerana ia sangat membantu saya berbanding terpaksa bersusah-payah untuk mencari sendiri identiti lakonan saya sebelum ini,” kata wanita muda yang meminati aktres Hollywood, Natalie Portman yang memperjuangkan dunia wanita.

Kata Liyana, dia bukanlah seorang feminis tetapi jika boleh dia mahukan sesuatu cerita yang membuatkan orang menjadikan dia sebagai inspirasi.

Tips Liyana bekerja

Liyana dikatakan sebagai salah seorang pelakon pelapis dan berpotensi untuk mara lebih jauh dalam industri perfileman ini.

Apabila ditanyakan tentang tips atau cara dia bekerja, Liyana tidak lokek untuk berkongsi bersama.

“Terima kasih. Bagi saya, apa yang penting dalam diri seseorang pelakon itu adalah disiplin, jujur, dan jangan hampakan orang lain.

“Kita juga perlu menghormati orang lain termasuk team produksi yang menjalankan tugas mereka kerana mereka juga mencari rezeki.

“Saya juga menekankan yang sesebuah filem atau drama itu tidak akan berjaya tanpa bantuan orang lain. Jadi, kita perlu menghargai kerjasama semua orang,” ujar Liyana yang turut menafikan gosip dia bercinta dengan Aizat.

Katanya, Aizat hanyalah kawan sekerjanya memandangkan Aizat bertindak selaku komposer lagu yang bakal dimuatkan di dalam albumnya nanti.

Selain itu, pelajar yang sedang mengikuti kursus Seni Persembahan dan Media ini juga menerima tawaran berlakon telefilem Pontianak Remaja arahan Nizam Zakaria dan sebuah lagi filem bersama Rosyam Nor.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan